Dania bercekak pinggang. Baru sahaja dia mahu membalas percakapan Hasya, Alief terus memotong.

"Eh korang boleh tak buat kerja tu diam? Semak telinga aku lah!" jerkah Alief kuat. Dah keluar dah perangai samseng dia tu.

Semua di situ terus terdiam. Tahu takut!

Dania merengus kasar. Nak tak nak, kena kunci mulut lah. Tak pasal-pasal kena sembur dengan Alief kang.

Ayna menjeling. Memang dari lahir kut Alief tu suka terjerit-jerit.

Mop di tangan di tolak ke seluruh kawasan dewan dengan penuh rasa bebal. Baru dua bulan dia kat sekolah ni, dah berapa banyak denda dia dapat.

Langkah Ayna terhenti apabila mopnya bertembung dengan mop Alief. Ayna dan Alief mengangkat wajah mereka dan berpandangan.

"Blah" arah Alief.

"Kau lah blah" jawab Ayna berani.

Alief tersenyum sinis. Seperti yang di jangkakan, Ayna pasti akan melawan. Bukan Ayna lah namanya kalau tak melawan.

"Aku cakap elok-elok ni. Move." ujar Alief lagi.

Ayna menayang wajah selamba.

"Aku pun tengah cakap baik-baik ni. Kau lah ke tepi" balas Ayna masih tidak mahu kalah.

Alief memandang ke tempat lain. Dia masih tersenyum sinis. Memang tak faham bahasa betul lah perempuan ni.

Alief menoleh semula ke arah Ayna. Wajah Ayna ditenung lalu Alief tersenyum manis. Idea untuk mengenakan Ayna sudah terlintas di dalam kepalanya.

"Ayna sayang?" sengaja Alief melembutkan suaranya. Mahu melihat reaksi Ayna.

Ayna tersentak. Jantungnya sudah berubah rentak tetapi dia tetap menayang wajah selamba. Dia tahu Alief sengaja mahu mengusiknya.

"Ye Alief sayang?" balas Ayna selamba lalu tersenyum manis juga. Bukan sahaja tersenyum manis malah senyuman comel kucing diberikan pada Alief. Amek kau.

Wajah Alief berubah serta merta. Senyuman manis Alief hilang. Jantungnya pula yang dirasakan berdegup kencang.

Ah! Rasa apa ni? Peliknya.

Alief terus menolak kasar mop Ayna lalu dia berlalu begitu sahaja. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Buat selamba.

Ayna tersenyum sinis. Kali ni, nampaknya dia yang menang.

Alief satu. Ayna satu.

.

.

Ayna menapak turun ke tingkat bawah selepas siap mandi.

Lapar. Nak makan.

Kepala dijengukkan ke dapur. Pembantu rumahnya Kak Mah entah ke mana?

Dalam bilik kut.

Ayna terus membuka peti sejuk. Misi mencari makanan bermula!

Semangat sangat cari makanan sampai Alief yang sudah berdiri di tepi pintu peti sejuk tu pun dia tak sedar.

Ayna terjerit kecil saat dia menutup pintu peti sejuk itu. Dadanna diurut seketika sambil dia menjeling tajam Alief yang sedang selamba menyandarkan badannya pada kabinet dapur.

Tanpa mempedulikan kewujudan tiang di situ, Ayna terus membawa susunya keluar lalu gelas dicapai.

"Punya lama dia bertenggek kat peti ais tu, susu je yng dibawa keluar?" soal Alief mengangkat kening. Tingkah laku Ayna diperhatikan.

"Suka hati aku lah. Tak payah sebok" balas Ayna bersahaja. Malas mahu melayan Alief.

"Asal kau tak makan nasi? Diet eh?" Alief melangkah mendekati Ayna.

"Tu lah perempuan. Mengada sangat nak diet. Bukan boleh jadi kurus macam Miss Universe pun. Acah" sambung Alief lagi.

Ayna hanya diam.

Alief mengetap bibir geram. Bat-buat pekak pulak dia.

Melihat Ayna hanya diam sambil meneguk susunya, Alief berlalu begitu sahaja.

Ayna tersenyum kecil. Padan muka kena palau dengan aku! Ayna menuang lagi susu ke dalam gelasnya lalu diteguk perlahan.

Sedang dia enak menikmati kesedapan susu HL nya, tiba tiba .

"Baa!!" Alief yang muncul entah dari mana membuatkan Ayna tersembur susunya. Habis disemburnya ke atas meja. Nasib baik atas meja. Kalau kena muka Alief kan best!

Alief terus ketawa besar. Seronok betul dapat kenakan Ayna.

Ayna mengetap bibir geram. Terus dia mencapai tisu dan lap mulutnya. Di hentak-hentak kakinya apabila melihat susu yang sudah bersepah sana sini.

"Sampai tersembur-sembur en kau" ujar Alief masih lagi dengan sisa tawanya. "Nasib baik kau tak melatah!" sambungnya lagi tersengih kemenangan.

Ayna menjeling.

"Kau ni memang lah Alief! Tak reti nk berhenti kacau orang!" Tukas Ayna geram yang amat.

Alief diam. Matanya tertancap pada Ayna. Comel gile Ayna malam ni. Rambut ikalnya dibiarkan lepas, rambut depan Ayna diikat satu. Comel. Rasa nak gigit! Uish! Biar betul Alief.

"Kau tau tak aku boleh mati tersedak kalau kau buat macam tu! Kalau aku mati, kau nak bertanggungjawab ke ha??" bebel Ayna sambil mengelap lengan bajunya yang juga terkena tempiasnnya tadi.

"Ni semua ni, aku jugak yng kena bersihkan tau tak. Nak harapkan kau? Lambat lagi lah jawabnya" sambung Ayna lagi.

"Alief? Kau dengar tak ni?" Ayna menoleh ke arah Alief yng ralit memandangnya. Berangan apa pulak tiang ni? Punyalah mangat dia bebel, mamat ni boleh pulak buat tak dengar.

Tangan dihayunkan dihadapan muka Alief. Masih tiada respon dari Alief. Apa kena pulak dengan tiang ni.

"Alief Danyel Dato' Ahmad!"

Alief tersedar. Dia menarik nafas. Ya Allah! Berangan. "Hah ye? Pahal?" soal Alief binggung.

Ayna menggelengkan kepala. Tah apa yang difikirnya tu. "Kau berangan apa?" soal Ayna bengang. Dari tadi dia membebel cakap dengan apa? Tiang? Eh, Alief memang tiang pun!

Alief menggeleng lalu dimasukkan tangan ke dalam poket seluar. Takkan dia nak bagitau Ayna yang dia tengah berangan pasal kecomelan Ayna kut? Pft.

"Dah lah. Cakap dengan kau ni bukan ada faedah pun. Buang masa aku je." ujar Ayna kemudian dengan pantas dia masuk kembali ke dapur. Lagi lama dia di situ, makin tak keruanlah jadinya.

Alief menarik nafas lalu memegang dadanya. Kali ni memang betul. Jantungnya berdegup kencang. Lebih laju daripada biasa. Apakah ini?

Gengster Tu Aku Punya!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang