PART 10: HYUNA DAH.... ___________

1.1K 96 0
                                    

"Jigeum arasseo?", kata Ravi.

Jungkook dan Jimin hanya mendiamkan diri.

"Jin, cepat ambil roh Hyuna!", arah Ravi.

"Wait!! Kau berdendam dengan kitaorang! Bukan dengan Hyuna! Wae kau nak bunuh dia pulak?! Dia tak bersalah!", kata Jimin.

"Oho~ Memang lah bukan Hyuna yang salah~ Tapi kan..", kata Ravi sambil memegang dagu Hyuna.

"Kalau Hyuna mati, korang akan terseksa kan? Lepas korang terseksa tu, boleh la aku bunuh korang!", kata Ravi lalu menolak Hyuna hingga terjatuh.

Jin memangku Hyuna di atas pehanya. Hyuna masih lemah. Nak angkat kepala pun payah.

"Kau!!!", marah Jungkook.

Jungkook cuba melepaskan diri. Lagilah akar pokok itu mencengkam tubuh Jungkook. Jungkook tidak peduli! Dia mesti belasah Si Ravi tu. Jungkook meronta ronta untuk melepaskan diri.

Semakin mendalam duri-duri akar itu masuk ke dalam tubuh Jungkook. Akar-akar itu mula membaluti muka Jungkook.

"Argh!!!", jerit Jungkook.

Beberapa duri tercucuk di sebelah kiri Retina Jungkook. Darah merah mengalir dari mata Jungkook. Mata Jungkook terasa pedih yang amat! Jungkook berhenti meronta apabila tenaga berkurangan.

"Jungkook!! Kau!! Lepaskan!! Pabo!!", marah Jimin.

Ravi ketawa berdekah-dekah.

"Tunggu apa lagi?! Cepatlah ambil nyawa Hyuna tu!", marah Ravi kepada Jin.

"Hyuna.. maafkan aku.. Aku tau kau satu satunya chingu yang aku percayai dulu. Kau yang selalu pertahankan aku bila aku kena buli dengan diorang.. tapi, aku dah buat perjanjian dengan Ravi.. Aku mesti ambil nyawa kau.. kalau tak.. aku akan..", Jin tidak menghabiskan kata-katanya.

Sungguh dia tak sanggup mengambil nyawa chingu nya itu dengan tangannya sendiri. Hyuna lah peneman dia di kala suka dan duka. Air mata mula menitis dari kedua-dua belah mata Jin. Air matanya jatuh ke muka Hyuna.

Hyuna menyentuh muka Jin. Walaupun tangannya terasa sungguh berat.

"Saya tau.. awak bukan dengan rela hati nak buat semua ni.. maaf ya sebab saya tak dapat nak tolong awak masa awak kena kejar dengan along2 tu? Saya.. rasa bersalah sebab pindah... padahal masa tulah chingu saya perlukan saya..", kata Hyuna perlahan.

Jin menyentuh tangan Hyuna sambil menggelengkan kepalanya.

"Ani Hyuna.. aniyo.. Aku yang bersalah.. Aku yang pabo sangat sebab percayakan orang lain..", kata Jin.

"Woi!! Kau buat apa tu?! Cepatlah bunuh Hyuna pabo!!", marah Ravi.

Jin memandang wajah Hyuna yang kelihatan tidak berdaya lagi. Macam tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

"Awak bunuh jelah saya.. saya pun.. macam dah nak pergi.. Saya dah letih dengan semua ni.. Saya nak pergi dengan tenang.. kalau di tangan awak ni.. saya sanggup.. daripada dibunuh oleh Ravi tu..", kata Hyuna.

"Tapi., tapi..", semakin deras air mata Jin mengalir.

"Takpe Jin.. Buat je apa yang Ravi nak.. Saya tak sanggup tengok awak yang mati. Biarlah saya yang berkorban daripada semua orang mati sebab saya.. Saya nak awak tau Jin... Saranghae chingu..", kata Hyuna.

Tangan Hyuna di pipi Jin masih Jin pegang. Tak nak dilepaskan. Jin menutup matanya dengan kuat supaya air mata tidak dapat mengalir lagi. Jin mendekatkan bibirnya dengan bibir Hyuna.

Hyuna menutup matanya. Apabila bibir mereka bersentuhan, roh Hyuna disedut ke dalam mulut Jin. Perlahan-lahan mata Hyuna tertutup.

"Andwae!!!!", jerit Jungkook dan Jimin.

Jin dapat rasa tubuh Hyuna mula terasa sejuk. Jin menitiskan air matanya sekali lagi. Sungguh! Melihat chingu baiknya yang sudah tidak bernafas di hadapannya sendiri sungguh menyakitkan!

Ravi menyentuh dada Hyuna. Jantung sudah tidak berdegup. Tiada nafas dapat dikesan dari hidung Hyuna.
Ini tandanya.... __________________

"Kau!! Mampus kau Ravi!! Jin!!!", marah Jimin.

Mata Jimin mula bertukar merah. Taring Jimin sudah kelihatan. Otot-otot di tangan Jimin mula membesar. Jimin merentap akar-akar pokok itu. Terputus akar-akar pokok itu dan hancur dipijak oleh Jimin.

"Hahh! Hahh! Hahh!", Jimin bernafas dengan kuat.

Jimin terus menerkam Ravi. Ravi menendang Jimin ke dinding. Ditekan dada Jimin dengan kuat sehingga terdengar bunyi...

KREKK! - bunyi tulang rangka Jimin retak.

"Arghhh!!", jerit Jimin.

Jimin cuba menolak kaki Ravi tapi tidak berjaya. Lagi Ravi menekan kakinya lagi kuat. Tulang rusuk Jimin mula menusuk ke jantung. Jimin pengsan. Apabila Ravi menarik kakinya, terjatuh Jimin ke atas tanah.

"Jimin hyung!!!!", jerit Jungkook.

Ravi ketawa berdekah-dekah. Jin cuma memandang perbuatan Ravi. Tubuh Hyuna yang sudah tiada roh masih di dalam pelukannya.

"Ah.. ah.. AWWUUUU!!!", Jungkook mengaum dengan kuat.

******

Hyun Eun yang sedang minum kopi, terjatuh cawannya ke lantai sehingga pecah berderai. Hyun Eun terdengar suara itu.

Jungkook!! - kata nya dalam hati.

Hyun Eun terus bangun.

"Wae Cik Hyun Eun?", tanya Bossnya.

"Mian, saya perlu pergi ke sesuatu tempat.", kata Hyun Eun.

"Tapi sekarang tengah meeting! Important tau. Nanti dulu lah.", kata Bossnya.

"Urgent ni!!", tegas Hyun Eun.

"Kalau awak keluar dari meeting sekarang ni, awak akan dipecat tau tak?!!", marah Bossnya.

"You know what boss? I don't care!! My dongsaeng in danger now!! Presentation ni saya orang yang penting kan? Project ni berjuta akan lenyap kalau saya takde! Terpulang! Saya letak jawatan! Annyeong!", kata Hyun Eun.

"Hei.. hei!! Cik Hyun Eun!!!!!", jerit Bossnya.

Hyun Eun buat tak dengar. Terus je blah. Dongsaeng -dongsaeng nya lebih penting!

Takde orang.. Hyun Eun terus teleport ke tempat Jungkook.

~To Be Continue~

OMG! MY NEIGHBORS ARE VAMPIRES! SEASON 2 | ✔Where stories live. Discover now