#57

3.7K 170 32
                                    

"Ceraikan saya."


Aku terduduk.

Tergamam.

Terkejut.

Sedih.

"Saya nak mintak cerai. Abang dengar kan?"

"Tapi kenapa sayang?"

Aku seakan tak boleh berdiri. Ini ke harga sebuah pengorbanan?

"Sudahlah abang. Kita dah tak mampu hidup bersama, tak mampu nak teruskan rumahtangga kita. Apa yang kita dah kecapi selain dari menderita?"

"Bersama dengan awak bukan bermakna derita. Tak, abang tak pernah rasa derita."

"Abang, cukuplah tipu diri sendiri. Cukuplah bang. Saya nampak semua jawapan tu dalam mata abang. Abang terseksa. Abang silap. Abang menyesal."

"Maira, kita dah janji kan nak berubah? Jangan buat abang macam ni boleh tak?"

Aku sampai satu tahap, airmata pun dah kering. Mungkin kesakitan yang lepas mengajar aku erti sebuah kekuatan.

"Abang.. Maira pun nak berubah. Ceraikan Maira. Dan Maira takkan derhaka lagi dengan abang. Bercerai saja pilihan kita dari kita terus menerus hidup dalam dosa."

Maira menelan airliurnya dan kembali menyambung,

"Dan kalau bercerai juga jadi derita, maafkan Maira, abang.."

Aku dilanda kekeliruan.

Permainan apakah ini?

Seketika dia berkata demikian, dan kemudian meminta maaf.

Sungguh aku tak mengerti jawapan dari seorang perempuan!

"Maira, kita baiki semua bersama ye? Tolonglah, bercerai ni perkara paling Tuhan tak suka --"

Belum sempat aku habiskan ayat aku, Maira dah mencelah,

"Tapi Tuhan tak larang."

Aku nekad. Aku tak mahu bercerai. Aku dah cukup merasa kehilangan abah, takkan aku sengaja kehilangan dia?

"Maira, abang tunggu awak lama tahu tak? Bangun-bangun awak jadi macam ni, awak langsung tak fikir soal saya ke?"

Aku mula mengungkit tak puas hati.

Memang aku tak puas hati, malah aku sakit juga.

"Abang, selagi kita bersama, selagi tu kita macam ni. Abang pernah fikir tak apa perasaan saya setiap kali kita bertengkar? Saya rasa derhaka. Abang masih pilih nak simpan saya? Abang masih pilih untuk tahan dengan sikap saya? Abang sendiri pernah cakap, abang nak isteri yang solehah. Saya tak sesolehah tu bang! Abang nak jadi dayus ke simpan bini macam ni? Abang cakap abang nak berubah, so go on. Maira nak cerai. Putuskan ikatan kita ni. Abang tak lagi menanggung dosa Maira. Abang juga cakap, abang tanggung dosa Maira setiap kali Maira lakukan dosa. Selama kita suami isteri, berapa ribu dosa dah saya lakukan? Abang fikir semua tu? Abang fikir tak? Ceraikan saya. Saya nekad untuk lepaskan abang cari apa yang abang nak."

Bagai dirasuk, Maira menyatakan isi hati dia. Aku tak pasti apakah itu paku buah keras yang dipulangkan pada aku. Ataupun ayat pelepas diri sekadar alasan untuk meminta penceraian.

Hati aku, masa tu seakan dihentak sekuatnya. Hati aku, dah diibaratkan kaca yang terhempas.

Betapa aku terlukanya dengan seseorang bernama Humaira pada ketika itu.

Seboleh-boleh aku menarik nafas, menahan amarah dari terus membelenggu diri.

"Abang maafkan Maira, abang halalkan semua yang dah abang bagi. Abang... aku ceraikan kau dengan talak satu."

DiaWhere stories live. Discover now