#1

16.7K 399 49
                                    

2008

"Angah, kau sorok dari mak eh surat ni?"

Suara mak aku pada pagi Ahad tu kedengaran. Mampos, mampos aku macam ni. Aku dapat tawaran dari sekolah untuk menyertai kem apa benda entah, dekat Janda Baik.

Aku dah lupa sangat kem apa. Tapi aku rasa pasal jati diri.

Korang tahu-tahu je lah, masa sekolah, kem jati diri mesti bersepah. Konon sijil tu ada gunanya.

6 tahun berlalu, sijil tu takde guna pun. Aku simpan je.

Tapi, kerana kem tu lah, aku jumpa dia.

Ya, dia. Gadis brutal. Kasar.

Aku benci gila dia. Aku marah la jugak dengan mak. Sibuk suruh join kem tu. Aku malas. Aku try sorok surat tu. Entah macam mana, terkantoi jugak.

Berat hati jugak aku masa tu. Nak kemas beg baju semua. Dah la aku pergi 2 orang je. Satu sekolah, cuma 2 orang. Nanti dia akan satukan dalam kumpulan mengikut negeri.

Fak.

Malaysia ni sebenarnya dari awal dah serapkan sikap kenegerian dari sekolah. Makanya, itu jadi darah daging bila kita dewasa.

Sebagai contoh,

"Weh, kau orang mana?"

"Aku orang Sabah bah."

"Oh, patutlah lain sikit. Aku orang KL."

Eh, best sangat ke KL tu?

Jangan marah aku, aku tulis dari apa yang aku nampak. Aku sebagai orang Negeri Pahang, kadangkala aku lalui jugak benda ni dulu.

Apa kau ingat dekat Pahang takde dapur gas ke?

Apa kau ingat dekat Kuantan orang masak pakai dapur arang?

Sebab tu aku tak terkejut sangat bila kerajaan tak habis-habis cari salah negeri pembangkang. Tak kiralah apa isu pun. Semua dia bongkar.

Pernah jugak aku baca, "Kelantan negeri mundur."

Pergh, kau memang nak tengok negara ni huru-hara?

Kata serumpun?

Kata senegara?

Kata Satu Malaysia?

Habis kenapa isu macam ni pun masih wujud? Eh sial lah. Asal aku jauh sangat dari tajuk asal aku ni?

Ni cerita pasal 'Dia' ke pasal Najib?

*****

Jam 5.45 pagi, aku dah tercegat depan pagar sekolah. Hari Sabtu. Aku sedang menunggu Cikgu Osman, cikgu pengiring aku datang jemput aku dan Marina, wakil sekolah yang menyertai kem jati diri tu.

Hish, lambat betul la cikgu ni.

"Awak, dekat sana nanti ada tak lelaki yang hensem?", soal Marina pada aku.

"Kau ni tak habis-habis dengan jantan je lah."

Marina mencebikkan bibir. Ingat comel? Tapi sekarang dia comel. Fak betul. Kenapa la orang yang pernah suka aku dulu, semua comel, cantik sekarang.

Masa sekolah, muka macam reban.

Kalau ye pun, janganlah tunjuk sangat reban tu.

Dah kata suka, cubalah melawa sikit.

Masa ni Marina masih selekeh. Hitam manis. Tapi dia baik. Aku lega jugak sebab pergi dengan dia. Sebab kalau aku pergi dengan Sofia, lagi mampos. Aku bukan tak pernah terlibat apa-apa kegiatan sekolah dengan Sofia.

Gedik.

Nak.

Mampos.

Nyamuk gigit pun nak nangis.

"Awak?", Marina menegur aku. Aku cuma duduk di atas beg baju aku sambil termenung.

"Apa dia Cik Marina?", balas aku berlagak cool. Entah, aku ni dingin orangnya. Dari darjah 1, sampai ke sekolah menengah, aku tak banyak bercakap.

Dingin aku ni yang buat aku misteri barangkali.

Hmm, syok jugak puji diri sendiri ni.

"Awak termenung apa?", soal Marina. Hish, sibuk betul la minah ni. Tapi sebab dia je la satu-satunya kawan aku dekat sana nanti, aku layankan juga.

Ingat aku ni kejam ke?

"Termenung masa depan. Lambat sangat cikgu ni. Aku dah termenung sampai umur aku 24 tahun dah."

"Agak-agak awak dah kahwin ke belum masa tu?"

"Entah. Aku pun tak tahu. Kau?"

"Kalau awak dah kahwin, maknanya saya dah kahwin la. Hikhikhik."

Aku menjeling. Eh, budak ni. Tapi aku senyum je la. Layankan je.

Weh, Marina, kalau kau baca cerita ni, aku nak beritahu satu benda,

Sorry tau. Masa tu aku selalu mengumpat kau sebab kau suka sangat letak getah ikat rambut dekat tangan.

Tapi kau tak pakai pun. Dan masa tu kau bertudung. Jadi, apa fungsi getah ikat rambut tu?

Tapi aku selamanya suka berkawan dengan kau, Na. Sebab kalau tak kerana kau, aku takkan terbuka hati nak join kem ni. Walaupun aku dipaksa mak aku, aku takkan join kalau tak kenangkan kau mesej aku suruh teman kau join kem ni dulu.

Hey, Marina.

Thank you.

DiaWhere stories live. Discover now