Sembang Kosong #2

3.2K 131 26
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu semua.

Saya, Shahrin Ezzat, berterima kasih dan menjunjung tinggi penghargaan kepada anda semua yang sudi membaca 'Dia' ini sehingga ke episod 52.

Terima kasih.

Terima kasih.

Terima kasih.

Pada yang sentiasa bertanyakan episod baru untuk diupdate, terima kasih kerana setia menanti episod-episod baru.

Di sini, saya ingin menjelaskan beberapa isi penting dalam huraian kali ini.

Pertama, untuk masa sekarang, saya terlalu sibuk. Untuk pengetahuan anda semua, saya baru sahaja mendapat kecederaan di bahagian lutut kerana berlaga ketika bermain bola sepak.

Ya saya seorang pemain bola sepak yang tidak ternama. Bukan star player seperti Safiq Rahim mahupun Poyeng.

Tidak. Saya cuma seekor ayam yang berlari-lari di atas padang.

Cuma, untuk masa sekarang, saya mendapat kecederaan yang agak serius. Kesan ACL pada 2007 mula terasa semula. Dan hasil bebelan dari rakan penulis, saya berakhir di hospital, menunggu masa untuk dirawat secara rapi. Untuk masa sekarang, saya sudahpun keluar dan telah menjalani beberapa fisio untuk melatih lutut saya kembali elok dan berfungsi seperti biasa.

Atas nasihat doktor, kasut but akan saya gantung. Dan saya akan fokus pada team saya sendiri. Pada yang ada Wechat saya, mereka mengetahui hal ini di mana saya sedang merekrut ahli baru untuk membarisi skuad utama Apes FC. Di mana saya adalah coach, dan juga pengurus pasukan. Team ini dah lama tertubuh, cuma sekarang dalam proses rebranding, dan sedang diberi nafas baru. Kebanyakan line up utama adalah sebaya saya, dan ada yang sudah berkahwin, dan komitmen untuk bersama saya semakin pudar. Jadi saya telah memutuskan, karier bola sepak saya berakhir sebagai pemain, dan saya akan mulakan semula sebagai coach dan pengurus pasukan.

Ada juga yang bertanya pada saya, apa faedahnya saya buat semuanya percuma?

Minat. Minat mengatasi segalanya. Cukuplah saya tengok Pahang FC pada tahun ini jadi lubuk meraih 3 mata. Saya tak larat. Saya ada team sendiri, dan jersi yang jauh lebih baik dari Pahang FC.

Pahang FC adalah contoh penswastaan yang gagal. Dan malam tadi, FRU tidak bertolak ansur dengan orang kelainan upaya macam saya. Saya dibaling gas pemedih mata. Bayangkan, orang bertongkat dibaling gas pemedih mata? Kami merusuh kerana sayangkan bola sepak kami. Kalau mereka kata saya tidak berpengetahuan dalam bola sepak, bagaimana saya mampu mentadbir sebuah pasukan tanpa perlu penaja dan pemain yang ternama? 4 kali juara, 5 kali naib juara dan tiada rekod kekalahan teruk melainkan kekalahan ketika persahabatan, saya masih tidak berpengetahuan?

Saya kecewa dengan pengurusan yang sepatutnya jauh lebih baik dari saya. Tapi saya sedar, hidup berkroni amatlah sukar untuk ditegur. Dan kerana itu, saya rasa adalah lebih baik saya bina semula team ini andai kata suatu hari nanti, mereka dapat menjulang Piala Malaysia sama seperti MPPJ FC pada tahun 2005 dahulu.

Siapa tahu?

Di samping itu, huraian saya yang kedua, saya juga sedang melakar masa depan penulisan saya untuk dibukukan. Andai kata ianya jadi, maka, 'Dia' akan berakhir di sini dan penamatnya anda boleh dapatkan buku tersebut.

Bukanlah saya bersikap kapitalis, akan tetapi hidup di zaman Najib, duit adalah segalanya. Saya perlukan kewangan yang kukuh untuk meminang seseorang untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anak saya kelak.

Jangan risau. Saya akan jemput semua untuk hadir nanti.

Ketiga, dan paling utama untuk saya katakan, saya sedang membina company sendiri, Ambitious Proud.

Company ini akan menghasilkan beberapa produk pertamanya iaitu jersi pasukan saya sendiri dan juga menjadi penerbit untuk buku saya kelak.

Ini semua dalam perancangan. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT.

Berdoalah kepadaNya, agar semuanya diberikan kemudahan segala-galanya.

Amin.

DiaWhere stories live. Discover now