Sebulan sudah berlalu...Semenjak Melina High School melakukan aktiviti tahunan mereka. Macam-macam perkara sudah berlaku... Waktu petang yang menenangkan dengan suasana yang aman damai... Angin yang sepoi-sepoi bahasa menerpa wajah seorang gadis dengan lembut.. Gadis itu sedang mengemas alatan yang digunakan oleh kelas mereka pada waktu jasmani.. Ketika waktu perjalanan ke bilik salinan pakaiannya di sekolah... Terdapat sebiji bola meleret ke arah kakinya... Dia pun mengambil bola tersebut... Tiba-tiba...
"Maafkan saya... Boleh kembalikan bola itu.." tanya seorang lelaki kepadanya... Dia pun berjalan mendekati lelaki tersebut lalu berhenti tepat pada depan pintu gelangang bola keranjang. " Ohh?! Bola ni?!" gadis itu menunjuk ke arah bola yang dipegang olehnya. Semua pelajar lelaki yang ada di dalam gelangang yang sedang bermain bola keranjang memandang ke arahnya.. Mereka terkaku apabila melihat orang yang ada dihadapan mereka sekarang. "Yana..." kata seorang lelaki yang berambut berwarna jingga kemerahan dan terdapat pin rambut di tepi rambutnya...Mata yang berwarna hijau seperti epal hijau. Yana memandang ke arah orang yang memanggil namanya..."Edie..?!" Yana terkejut.. "Ehh... Ingat dia je ke.. Kita yang hensem ni tak ingat ke?.." tanya seorang lelaki yang berambut berwarna merah darah dengan diikat sedikit rambutnye ke belakang dan matanya berwarna purple gelap. Berada dibelakang Yana.. Yana menoleh ke belakang.. " Adrian?!.." Yana terkejut lagi.. " Eleh... Perasaan betullah ko ni... Aku yang paling hensamkan..." seorang lagi lelaki berambut warna hijau kebiruan dengan mata biru lautnya memandang tepat pada anak mata yang berwarna emas milik Yana.Lelaki itu memengang tangan Yana lalu dibawa ke bibirnya dan mencium tangan Yana "Rayyan?!." Yana terkejut dan malu dengan perlakuan yang dilakukan oleh Rayyan terhadap dirinya.." Malunya!!! .. orang yang paling popular di sekolah mencium tangan aku secara tiba-tiba.. Tapi kalau perempuan lainlah diperbuat begitu cair habislah diorang.. Nasib baiklah aku tak macam tu.." Yana bermonolog dalam hati...
"Hmmm.. Apa yang korang buat dekat sini?" kata Yana lalu melepaskan tangannya dari pegang Rayyan. Tiba-tiba seseorang memeluknya dari belakang.. " Nama pun gelangang bola kerajang... Mestilah main bola keranjang... Yana..." lembut sahaja suara yang berbunyi dibelakang Yana.. Yana apa lagi terkejutlah lalu menoleh ke arah belakang dan mendapati orang yang memeluknya adalah..."Edie!!! Lepaslah..." Yana cuba melepaskan diri dari pelukan yang tidak disangkanya. Dengan sedaya upaya akhirnya lepas juga.. " Hmmm... korang teruskanlah bermain bola keranjang... Saya nak balik dah ni... Bye...." Yana pergi keluar dari gelangan bola kerajang.. Hanya beberapa langkah lagi untuk keluar.. Tangannya telah ditarik oleh seseorang.. " Kita balik sama-sama ye..." orang tu berkata.. "Hmmm... Tak apalah Adrian... Saya boleh balik sendiri... Bye...."Yana melepaskan pegangan Adrian dan terus meninggalkan tempat tu... "Aiisshhh... Janganlah jumpa dengan dia orang lagi.. Rimaslah!!!" hati kecil Yana berkata..
