" Anakku!!! Lari cepat!!!" jerit seorang perempuan. Pada waktu itu mereka telah diserang oleh sebuah kerajaan.... Terdapat ramai orang terkorban.. Api yang semakin marak merebak di sana dan sini... " Tak nak!!! Nak dengan Bonda!!! " tangisan seorang budak kecil kedengaran. " Tidak boleh anakku!!! Zella cepat bawa Tuan Puteri lari dari sini !!!" kedengaran suara yang cukup tegas oleh seorang lelaki mengarahkan seseorang. "Baiklah Tuanku!!!" perempuan muda yang dalam lingkungan 20 an membawa budak kecil itu seperti mana yang diarahkan. Perempuan yang bernama Zella berhenti di hadapan sebuah pintu. " Bonda !!! Ayahanda !!!" jerit budak kecil itu dan melihat Bonda dan Ayahandanya sedang bersedih...
"Tidak!!!" jeritan itu telah membuatkan seseorang terjaga dari tidurnya. Pada ketika itu air mata seorang gadis turun dari mata ke pipinya tanpa berhenti. Rupanya itu adalah mimpi seorang gadis. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Di hadapan pintu kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 30 an. " Yana!!! Kenapa ni?" tanya perempuan itu lalu menuju ke arah gadis yang bernama Yana. " Ibu!!! " Yana terus memeluk perempuan yang dipanggil sebagai ibunya itu. " Kenapa ni Yana?" tanya ibunya kembali sambil membalas pelukan anaknya. " Ibu... Ya... Yana... Yana... Mimpi perkara itu lagi ibu.." Yana berkata kepada ibu. " Mimpi yang sama." ibunya tidak terkejut tentang perkara itu. " Iya ibu... Mengapa mimpi itu selalu sahaja muncul? Siapa orang yang ada dalam mimpi itu? Yana kenal mereka ke? " Yana menanya kepada ibunya kerana berasa hairan. Mimpi itu sentiasa muncul sejak akhir-akhir ini. Dulu semasa dia kecil, Yana pernah mimpikan perkara yang sama tetapi perkara itu sudah berlaku selama 10 tahun yang lalu.. Yana menyangkakan mimpi itu tidak akan berulang kembali tetapi mimpi itu telah muncul semula. "Tiada apalah Yana... Itu semua mainan tidur sahaja." kata ibu Yana. " Hmmm....." Yana mengiyakan kata ibunya. Tetapi dia tidak percaya yang itu adalah mainan tidur. Dia dapat merasakan mimpi itu ada kaitan dengan dirinya seolah-olah ingin memberi tahu sesuatu. " Sudahlah... Sekarang Yana sambung tidur. Esok Yana kena pergi sekolah baru Yana kan..." kata ibu Yana sambil meleraikan peluk mereka. " Baiklah ibu.." Yana akur dan terus menyambung tidurnya semula. Setelah memastikan Yana sudah tidur, " Yana.... Kamu akan tahu siapa diri kamu yang sebenarnya tidak lama lagi." kata ibu Yana dalam nada yang perlahan sambil memandang sayu ke arah wajah Yana dan mencium dahi Yana. Akhirnya ibu Yana meninggalkan bilik itu.
