Part 2

6 1 0
                                        

Pada keesokkan paginya, " Yana!!! Bangun!!!" jerit seorang dari jauh. Yana yang mendengar jeritan itu pun tersedar. " Iya ibu.. Yana dah bangun ni " jawab Yana dan bangun dari tempat tidurnya dalam keadaan malas. Di dalam keadaan yang masih separuh sedar. Yana menuju ke arah bilik mandi. Selepas selesai mandi dan lengkap dengan pakaian seragam sekolah yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Yana berdiri dihadapan cermin besar yang ada di dalam biliknya untuk meneliti diri. Dia mengikat sedikit rambutnya yang panjang dengan menggunakan dua reben kecil berwarna putih kepada dua bahagian. Satu bahagian kanan, satu lagi bahagian kiri dan yang selebihnya dilepaskan begitu sahaja. Selepas selesai meneliti dirinya, Yana turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. " Yana.... Cepat sarapan.. Pak Sham sudah tunggu kamu tu." kata ibu Yana. "Iya ibu...." Yana pun bersarapan dengan ibunya. Selesai sahaja sarapan, Yana menuju ke arah pintu utama rumahnya dan di ikuti oleh ibunya. Yana menyalam ibunya. " Elok-elok di sekolah." kata ibu Yana. " Iya.... Yana pergi dulu.." Yana menuju ke arah kereta mewah berwarna hitam. " Silakan masuk Cik." Pak Sham membuka pintu untuk majikannya iaitu Yana. "Terima kasih... Pak Sham.." Yana memasuki ke dalam kereta dan Pak Sham hanya menganggukkan kepalanya. Kereta yang dinaiki oleh Yana pun meninggalkan perkarangan rumah agamnya. Sepanjang perjalanan ke sekolah, Yana hanya mendiamkan diri sahaja sambil mendengar lagu dari telefon melalui earfonnya.

 I'm Always With You...Where stories live. Discover now