Part 3

5 1 0
                                        

Di sebuah sekolah yang tersergam indah dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang besar disetiap lalu masuk ke sekolah menambahkan lagi keindahan sekolah tersebut. Di sekitar sekolah.. Terdapat pelajar-pelajar yang baru sahaja datang. Ada yang menaiki kenderaan sendiri dan ada juga yang berjalan kaki. Beberapa minit kemudian...

Kelihatan sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti dihadapan pintu pagar sekolah dan ianya telah menarik perhatian orang disitu. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut untuk membuka pintu kereta bagi seseorang yang ada di dalam. Apabila pintu kereta itu telah di buka keluar seorang gadis dengan pakaian seragam sekolah tersebut yang menandakan dia adalah pelajar sekolah disitu. " Terima kasih Pak Sham." kata gadis itu sambil tersenyum. " Sama-sama.Cik Yana. Lagipun itu adalah tugas saya." kata Pak Sham selaku pemandu peribadi Yana. Yana pun melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah barunya itu. Apabila Yana masuk sahaja di dalam sekolah. Yana merasakan dirinya diperhatikan.Semua pelajar di sekolah itu memandang ke arah Yana kerana terpesona melihat kecantikan yang ada pada Yana. Ada segelintir pelajar mula berbisik...
" Siapa perempuan tu!!?? Cantiknya!!!" jerit seorang pelajar disitu. " Budak baru kot?. Sebab tak pernah nampak pun." satu lagi bisik oleh pelajar. "Nasib baiklah.. Aku ni perempuan. Kalau budak lelaki tahu ni.. Mesti heboh satu sekolah." bisik satu lagi pelajar disitu. Tanpa mengetahui apa-apa... Yana pergi menanyakan sesuatu kepada seorang gadis yang ada berhampiran dengannya. " Maafkan saya. Kelas 2-A dekat mana ye?" tanya Yana dengan ramah. " Ohh!!! Kelas 2-A dekat block C... " gadis itu terkejut dengan pertanyaan yang tidak di duga. "Ooo... Hmmm... Awak boleh tunjukkan?" tanya Yana lagi." Boleh..!!! Jom saya tunjukkan. Lagipun kita sama kelas." gadis itu berasa teruja. Mereka mulakan perjalanan ke kelas secara beriringan. Semasa mereka berdua berjalan, ada sahaja mata-mata memandang ke arah mereka. " Hmmmm.... Selamat berkenalan saya Yana Haslina. Nama awak pula?" Yana memperkenalkan diri. " Saya Irene. Yasmin Irene." kata gadis itu. " Selamat berkenalan... Boleh kita berdua jadi kawan?" tanya Yana. " Hmmm.... Boleh ke?" tanya Irene dengan nada ragu-ragu. "Mestilah boleh!!! " Yana berasa teruja lalu memegang tangan Irene. Irene terkejut dengan tindakan Yana. " Ok!!!" Irene mengangggukkan kepalanya. Yana memberi senyuman yang paling manis untuk Irene. Irene terkaku sebentar apabila melihat senyuman yang dilemparkan oleh Yana. Mereka sambung semula perjalanan ke kelas."Hmmm.... Irene..." panggil Yana. " Iya..." Irene memandang Yana. " Hmmm.... Kenapa semua orang pandang kita?" tanya Yana kerana berasa pelik. Irene yang mendengar ketawa kecil. " Bukan kitalah.. Yang mereka pandang tu awak." jawab Irene. " Kenapa pula? Ada apa-apa kat muka saya ke? Ataupun baju saya?" tanya Yana. "Bukanlah..." Irene ketawa kecil melihat telatah kawan barunya. " Habis tu?".Yana pelik. "Awak nak tahu?" tanya Irene kembali. Yana hanya menganggukkan kepalanya." Sebab.... Awak ni cantik dan comel sangat!!! Geram saya tengok pipi tembam awak tu.. Nak cubit je." jawab Irene.
"Haaa!!! Tak mungkinlah.Awak pun cantik dan comel juga." kata Yana dengan pelik. " Awak tidak tahu ke yang awak ni dah popular. Satu sekolah tahu pasal awak." kata Irene lagi. "Ye ke? Tipulah... Saya baru masuk sekolah ni." Yana tidak percaya. "Betulah.." kata Irene dan tiba-tiba berhenti. "Ok!!! Ini kelas 2-A. Jom masuk." Yana telah ditarik oleh Irene untuk masuk dan berhenti di hadapan kelas. Keadaan didalam kelas riuh kerana tidak ada guru yang masuk "Oklah kawan-kawan... Kita ada pelajar baru." sebaik sahaja Irene berkata.. Keadaan kelas yang riuh tadi menjadi senyap dan mata mereka tertumpu ke arah Yana. " Selamat pagi... Nama saya Yana Haslina. Awak semua boleh panggil saya Yana. Sila beri tunjuk ajar." kata Yana kepada pelajar di dalam kelasnya. Suasana menjadi sepi... Tiba-tiba.."Wah!!! Comelnya awak ni!!!"... Seorang pelajar perempuan yang ada di hadapan Yana. " Awak dah ada boyfriend ke?" tanya pelajar lelaki ditepi tingkap." Wah!!! Cantiknya!!!" semua pelajar mula menanyakan soalan dan terpegun dengan kecantikan Yana..Keadaan yang sepi menjadi bertambah riuh. Selesai sahaja sesi pengenalan.Yana belajar secara biasa. Pada waktu rehat... Yana ingin keluar untuk berehat. Dalam perjalanan ke kantin. " Alamak!!! Irene... Dompet saya tertinggal dalam kelas. Awak pergi dulu.. Nanti saya datang." kata Yana lalu meninggalkan Irene menuju ke kelas. Ketika berada di kelas. "Haishh!!! Mana dompet aku ni.." Yana mencari di bawah mejanya. "Yeay!!! Jumpa pun!!!" Yana ingin keluar. Tiba-tiba... Yana menoleh ke arah sebuah bangunan lama yang ada berdekatan dengan bangunan kelasnya kerana merasakan dirinya diperhatikan dari arah itu. Lantas dia mendapati tiada sesiapa di situ. Yana berfikir mungkin imaginasinya sahaja. "Yana!!! Cepatlah... Nanti waktu rehat tamat" panggil sesorang dari pintu kelas. "Oh!!! Sorry Irene" Yana pun rehat bersama Irene. "Kring!!! Kring!!!" loceng waktu persekolahan sudah tamat. Masa untuk semua pelajar pulang termasuklah Yana.

 I'm Always With You...Where stories live. Discover now