Sebulan sudah berlalu... Waktu pagi yang indah... Di sinari oleh mentari yang menyinar di seluruh alam.... Kicaun burung yang merdu menjadi alunan lagu untuk pagi itu..Tetapi keadaan aman damai ini berlaku sekejap sahaja sehingga....Di dalam kelas...
"Baiklah murid-murid... Kamu semua sudah tahu yang hari karnival akan berlangsung tidak lama lagi... Jadi saya nak tahu.. Kelas ini akan membuat apa? " tanya Cikgu Anizah selaku guru kelas..Keadaan kelas menjadi riuh. Pelajar-pelajar di dalam kelas itu berbincang kecuali Yana yang tidak mengetahui apa-apa. Seorang pelajar perempuan mencadangkan untuk membuat Maid Cafe bagi kelas mereka... Semua murid disitu semua setuju termasuklah Yana yang tidak mengetahui apa maksud mereke untuk membuat Maid Cafe?. Pada waktu itulah semua pelajar di Sekolah Melina High School menjadi sibuk. Seminggu berlalu... Ada 2 minggu lagi hari yang dinantikan oleh seluruh pelajar. Di dalam kelas... " Yana.... Yana... Yana.." nada yang manja memanggil nama Yana.. "Hisshhh.... Kenapa saya pulak yang kena.." Yana tidak puas hati.. " Bolehlah Yana... Awak je harapan kelas kita ni... " kata seorang pelajar perempuan membuat muka comel. " Aduh.. Apasal pulak saya kena jadi maid?" Yana tidak puas hati kerana dia dipaksa menjadi Maid untuk Cafe kelas dia.. Sebab apa? Sebab kalau dia jadi Maid ramai orang akan datang ke Maid Cafe yang dianjurkan oleh kelasnya sendiri.. Oopps lupa nak terangkan.. Karnival ini merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah. Pada waktu itulah semua pelajar di sekolah lain akan datang berkunjung ke sekolah mereka bagi mengeratkan lagi hubungan. Karnival ini akan diadakan pada setiap tahun. Untuk melangsungkan karnival ini pelajar di Sekolah Melina High School harus memilih tema yang mereka kehendaki dan membuat persedian seperti membuat kostum, hiasan dan barang keperluan yang lain.
" Yana.... Bolehlah....." rengek rakan kelasnya... "Isshhh... Korang ni..." Yana tidak rela....lalu mengangukkan kepala... " Yeaahhh!!! Yana dah setuju...." semua bersorak... " Ok!! Kalau macam tu saya nak ambik ukuran badan awak untuk buat kostum.." kata seorang pelajar perempuan... "Haaa..!! Tak boleh ke pakai baju sekolah je.." Yana tidak mahu... " Mana boleh!!! Kita kena buat kostum.." kata pelajar tu dengan semangat.. " Tapi Emi..." kata Yana telah di potong oleh Emi yang merupakan ketua kelas dan juga pereka pakaian untuk kelasnya... " Tak ada tapi- tapi.." Emi terus mengambil ukuran badan Yana. Semua pelajar di dalam kelas Yana telah di bahagikan kepada kumpulan iaitu kumpulan membuat kostum, kumpulan membeli barang keperluan cafe, kumpulan hiasan dalaman cafe, kumpulan membuat makanan cafe dan akhir sekali... Kumpulan pelayan ataupun dikenali sebagai maid adalah kumpulan yana..
