Part 4

4 1 0
                                        

Seminggu sudah berlalu.... Yana dapat menyesuaikan diri pada keadaan sekolah barunya.Seperti biasa.. Yana sentiasa menjadi tumpuan pada pelajar dan guru di sekolah itu. Tetapi pada suatu hari.... Waktu rehat.. Di dewan makan ataupun kantin... Kelihatan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar.

"Woi!!!.... Pergi belikan aku makanan!! Guna duit kau " arahan seorang pelajar perempuan yang ada dalam kumpulan tersebut kepada seorang pelajar yang sedang duduk di meja makan. "Ta...tapi... Duit cukup untuk saya je." tergagap-gagap pelajar itu berkata kerana takut" Aku tak kira!!! Kau pergi beli sekarang!!" salah seorang pelajar itu menjerit. "Ba...baik!!!" pelajar yang kena buli itu tadi kelam kabut membeli makan dan kumpulan pelajar yang membuli itu tadi hanya ketawa... Semua pelajar di situ tidak berani membantu pelajar yang kena buli tadi kerana takut....

Sementara itu... Yana dan Irene duduk di bangku berdekatan dengan tempat pelajar itu dibuli. "Irene... Kenapa semua orang tak nak tolong dia? Kesian lah.." kata Yana bersimpati kerana dia melihat agenda itu. " Tak payahlah..." kata Irene buat tidak tahu. " Kenapa?" Yana tidak puas hati. "Oklah... Mari sini saya bagi tahu.. Dekat disini ada dua perkara yang awak tak patut buat. Pertama... Jangan sesekali pergi ke bangunan lama yang ada berdekatan dengan block kelas kita. Dan yang kedua jangan sesekali cari pasal dengan Geng Biska. Kalau awak cari masalah dengan mereka... Habislah..." terang Irene kepada Yana dengan panjang lebar. "Geng Biska itu apa?" tanya Yana. Irene hanya mengelengkan kepala. " Geng Biska itu adalah pelajar yang suka membuli orang.. Tak kiralah orang tu senior ataupun tak. Jadi jangan cari pasal dengan mereka." terang Yana lagi. Yana menoleh ke arah pelajar yang kena buli itu dan melihat keadaan sekeliling.. Tiada siapa yang mahu tolong.. Hanya ada suara ketawa dan ada juga yang senyap saja. Yana tidak sanggup melihat agenda tersebut lalu terus bangun. " Yana!! Nak pergi mana?" tanya Irene kerana Yana tiba-tiba bangun. "Sekejap.. Saya ada hal yang perlu diselesaikan." kata Yana dan terus menuju ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang dikenali sebagai Geng Biska. Semua orang memandang ke arah Yana. Tiba sahaja... " Hai!!!.. Boleh saya duduk di sini.." sapa Yana dengan selamba kepada pelajar perempuan yang kena buli itu tadi.. Pelajar yang ada di situ semua terkejut dengan tindakan Yana. "Hmmm..." pelajar itu takut.. " Nama awak apa? Saya Yana.. Yana Haslina.." kata Yana lagi. "Hmmm... Au..Auni... Nurul Auni.." kat pelajar yang bernama Auni.. "Woi!!!.. Kau ini siapa? Kau tak kenal kita orang ke?!!!" marah seseorang yang ada di hadapan Yana. Yana hanya buat-buat tak dengar dan hanya berbual dengan Auni. Kumpulan pelajar tersebut marah... " Wei... Bella.. Dia lah orang yang mencuri kepopularan kita.."bisik salah seorang disitu. Perempuan yang bernama Bella semakin bengang. "Buk!!!" bunyi meja di hentak dengan kuat dan menyebabkan seluruh dewan makan menjadi senyap. Semua pelajar memandang ke arah bunyi tersebut. "Woi!!!! Budak baru... Kau jangan nak cari pasal dengan kita orang... Hari ini aku maafkan sebab kau budak baru tak tahu apa-apa.. Lain kali jangan harap..." kata perempuan yang bernama Bella selaku ketua di antara 4 pelajar di kumpulan itu. " Ehh!!! Jap... Kenapa ada bunyi lalat ni... Bisinglah.. Jom lah Auni.. Kita pergi tempat lain.. Banyak sangat lah lalat kat sini." kata Yana dengan selamba dan ianya membuatkan seluruh pelajar yang ada didalam dewan makan terkejut beruk mendengarnya termasuklah kumpulan Biska. Yana pun bangun dengan Auni dan ingin beredar dari situ.. Tetapi langkah Yana terhenti apabila merasakan bahunya disentuh oleh seseorang... "Kejap... Kau nak ke mana? Jangan harap kau boleh belah cam tu je.." kata Bella sambil memegang bahu Yana. Yana menoleh ke arah Bella dan menepis tangan Bella yang ada pada bahunya.. Bella terkejut.. Semua orang terkejut.. " Kau memang cari masalah.. Tasha!!! Kau tolong ajar sikit budak baru ni!!" arah Bella kepada seorang pelajar yang ada di belakangnya. Seorang pelajar perempuan yang bernama Tasha pun muncul.. "Ehhh!!! Budak baru... Jangan nak tunjuk berlagaklah... Kau ingat ... Kau tu cantik sangatlah.. Tolonglah!!" sinis pelajar yang bernama Tasha. "Saya tak cakap apa-apa pun" Yana menjawab sambil menjarakkan Auni dari dirinya.. Kini Yana berhadapan dengan Tasha bersendirian. " Kau tak boleh lawan dengan Tasha sebab dia ada tali pinggang hitam dalam seni pertahanan diri." Bella berlagak.. Ada segenlitir pelajar di situ berbisik. "Habislah. Yana macam ni... Tasha tu hebat" bisik seorang pelajar. "Tulah.. Harap-harap tak ada apa-apa kecederaan berlaku" bisik pelajar lagi. Suasana diantara Yana dan Tasha tegang."Nampaknya dia macam nak belasah aku je" hati kecil Yana berkata. Tiba-tiba Tasha memegang tangan Yana tetapi Yana sempat mengelak. Lantas itu Tasha memberi tendangan pada bahu Yana. Yana bertahan dengan tangannya... Tasha memberi tumbukan padu kepada kepala dan perut.Yana berjaya mengelak tetapi satu serangan mengejut Tasha terkena perutnya."Argh!!" Yana mengerang kesakitan sambil memegang perutnya... Semua pelajar melihat agenda itu dengan penuh rasa risau. "Boleh tahan gak kau kan.. Asal kau tak serang aku.. Kan dah kena... Hahaha..." Tasha ketawa bersama kumpulannya. Dan beredar dari itu.. Sebelum sempat beredar... " Woi... Siapa kata ini dah tamat... "Yana bangun dari lantai akibat tumbukan Tasha tadi.. " Aku belum mula lagi.." kata Yana dengan sinis.. Terdapat aura yang berbeza pada Yana.. Sifat Yana berubah. Bukan dirinya yang sebenar.Yana mendekati Tasha dan menarik tangan Tasha ke belakang.Lalu menendang kaki Tasha sehingga melulut dan menumbuk Tasha. Serangan demi serangan akhirnya Tasha mengalah. Semua pelajar disitu terkejut dengan berubahan Yana. Tasha asyik mengerang kesakitan... " Hei!!!! Dengar sini!!! Kalau aku tengok korang buli pelajar disini lagi siap korang!!!" Marah Yana sambil memegang kolar baju Tasha dan melepaskannya. Yana pun pergi ke arah Auni dan Irene... Dan terus beredar dari situ... Semua pelajar terkejut dengan kehebatan Yana yang baru sahaja membelasah Tasha yang merupakan pelajar terbaik dalam seni pertahanan diri.. Bukan itu sahaja.. Sebaik sahaja Yana beredar... Seorang pelajar lelaki yang ada berdekatan sudah melihat semua agenda yang terjadi hanya tersenyum sinis memandang Yana...

 I'm Always With You...Where stories live. Discover now