Troli beg ditolak perlahan. Sambil matanya galak memerhati sekitar kawasan. Apabila sampai disudut tempat menunggu,terus sahaja bibirnya mengukir senyuman manis. Lalu troli ditolak kearah penunggu.

"Ammar?!"

Ammar menoleh apabila namanya dipanggil.Mata membulat besar,walaupun tidak sebesar mana disebabkan kesepetkan matanya. Kemudian senyuman kegembiraan terukir serta merta.

"Hulwa?"

Ammar tanpa menunggu lama,terus memeluk gadis itu tanpa ragu-ragu. Mata Auni pula,makin membesar disebabkan terkejut dek kejutan yang diterimanya.

Baru tadi,sebenarnya dia baru ingin mengatakan betapa cantiknya gadis kecil ini.
Dan mesti gadis ini baik. Tapi bila gadis itu menyambut pelukan Ammar,dia jadi terkejut. Tapi sebenarnya,siapa gadis ini.

Pelukan mereka rapat sekali. Auni hanya memerhati dari jauh. Hendak menegur takut menganggu.

"Lama tak jumpa abang!"

'Abang?'
Hati Auni kini semakin ingin tahu siapa gelaran gadis ini.

"Eh,ni kak Auni kan? Cantiknya akak!"

Tanpa dipaksa atau diminta,gadis kecil itu terus memeluk Auni. Auni membalas juga pelukan gadis ini.

"Ehem-"

Ammar berdehem sebentar. Sengaja mahu mengalih alih perhatian dua gadis yang disayanginya.

Mata kedua-dua gadis itu teralih kepada Ammar.

"Auni,ni lah adik saya, Syarifah Nur Hulwa.Wawa,ni lah kekasih buah hati abang,Nur Auni Afiqah binti Dato' Muhamad Zulkiefli."

"Dato' Muhamad Zulkiefli Park Hyun Jong. "

Auni memperbetulkan nama ayahnya.

"hah? Hyun? Jong? Eh?"

Wawa seakan pelik.

"Sebenarnya ayah akak orang korea,"

"Ouh,really? Wahh,dapat akak korea!"

"Panjangnya nama Papa Auni,"
Ammar seakan terkejut.

Auni pula hanya tersenyum.

'Macam mana nak lafaz akad nikah nanti?'
Ammar berdialog dalam hati. Mukanya cuba mengukirkan senyuman kelat.

"Kalau nak akad nikah nanti tak kena sebut penuh pun nama tu."

"Eh yeke? Hahahaha bagus."

Ammar kembali lega. Dia sudah mampu bernafas dengan sempurna sekarang.

"Eh dah la,kita sembang kat rumah pula. Jom semua. Wawa angkat beg tu,"

"Alaa,angkat kejap!"

Ammar berlalu pergi sebelum sempat dihalang Wawa.

"Takpe,biar akak angkat. Kita angkat sama-sama ye?"

"Alah,akak baik sangat. Tak sesuai dengan Ammar. "

Auni sekadar tersenyum. Troli tadi ditolak ke kereta. Ammar berjalan tanpa menoleh ke belakang. Sampai sahaja dikereta,Ammar masuk dan merenung Iphone.

Sesekali dia memandang ke belakang.Terlihat Auni sedang
bertungkus-lumus mengangkat beg-beg besar milik Wawa.

Pintu kereta dibuka.

"Wawa apa ni,Suruh kak Auni angkat? Angkat sendiri.!"

"Ammar,apa ni marah-marah adik macam tu. Awak yang tak nak angkat tadi."
Auni bicara sebaik mungkin.

"Tepi,meh sini saya angkat semua ni. Dah korang gi masuk kereta tu."

Dua gadis itu hanya mengikut sahaja arahan Encik Peguam itu.Mereka hanya duduk didalam kereta,sementara menunggu Ammar selesai mengangkat beg dan memulangkan troli beg tadi.

"Akak,abang selalu cerita pasal akak kat Wawa."

"Yeke? Hahaha"

Auni tersipu malu.

"Wawa ni umur dah berapa sekarang?"
Auni membuka persoalan.

"Umur Wawa 19 tahun. Sama macam akak. Kita sebaya. "

"Iyake? Akak ingat akak ni terlebih muda,"

"Hahahaha akak ni kelakar lah."

"Wawa belajar kat Universiti mana?"

"Wawa belajar dekat UK. University of Cambridge,Cambridgeshire,England,United Kindom,dalam bidang kedoktoran."

"WAH! Wawa bakal doktor la ni?"

"InsyaAllah One day,I hope it so. Amin."

Auni tersenyum manis. Sudahlah cantik bergaya,bersopan santun,pandai dan bakal doktor pula tu,memang bertuah siapa yang mendapatkan hati Si Wawa ni.

*******

DM CAFE

"Woi,Bob?!"

"Woi,Pak hang setan."

"Apa melatah ni Bob?!"

"Ish kau ni,aku terkejut bodo!"
Bob mengurut dadanya.

Affian ketawa melihat telatah sepupunya itu.

"Bob, nak tanya kenapa orang panggil kau Bob? Nama kau Muhamad Badrul Khusyairi,kenapa bukan Bad?"

"Dulu aku gemuk,sekarang aku dah kurus,segak. Nama Bob tu sebab dulu aku gemuk la,"

"Ouh,dulu kau gemuk?"

"Kau duduk kat Australia lama sangat sampai banyak benda kau terlepas,"

"Termasuk kes syarikat Papa aku,rumah kena rompak. Kan,?"

"Ya,"

"Kau tahu hal ni? Kenapa kau tak kasi tahu aku? "

"Papa kau yang tak bagi. Daddy aku nak tolong pun dia tak bagi,apa aku boleh buat?"
Kata Bob jujur.

"Kalau keluarga Papa aku tak buang dia,benda ni tak jadi kan?"
Affian menundukkan wajahnya memandang meja kaunter.

"Semua ada hikmah Pian. Kau jangan sedih macam ni,"

Affian hanya tersenyum kelat. Hidupnya kaya,tapi kebahagian hidupnya sukar dicari.

"Bob Nescafe Latte satu,"

"Iyalah,suka menyusahkan aku,"
Bob merungut.

Affian kekal diatas kerusi menghadap meja kaunter. Tiba-tiba matanya bertemu dengan susuk tubuh seorang gadis.

"Dian?"

MrPink VS MrsBlackDonde viven las historias. Descúbrelo ahora