02 Rumah Pengembaraan

2.6K 170 4
                                    

Aku dan Kinah tak pernah nak terfikir untuk join game Rumah Pengembaraan yang dianjurkan oleh budak-budak course Event Management. Rumah Pengembaraan ni lebih kurang macam game Escape Room. Rumah Pengembaraan ni berkonsepkan rumah hantu. Tapi sebab aku dengan Kinah teringin nak cuba game tu, kita orang pun isi la nama  untuk join game tu.

Game tu start malam. Aku dan Kinah satu team. Sebab satu team boleh dua orang je. Ada dalam 5 team jugaklah yang join. Sebelum nak masuk tu, kita orang di beritahu arahan game dulu oleh pihak penganjur. Kita orang kena cari harta karun. Selain dari cari harta karun, pistol air diberikan kepada kami semua untuk bunuh hantu-hantu dalam rumah tersebut. Selepas dapat bunuh kesemua hantu-hantu, kita orang kena kira kesemua hantu yang telah dibunuh. Satu-persatu team masuk ke dalam Rumah Pengembaraan tu. Selang beberapa minit baru team kedua masuk ke dalam rumah tu. Lepas ni giliran aku dan Kinah.

Rumah tu gelap gelita. Lampu pun, warna merah je. Tanpa buang masa kita orang cari harta karun tu. Dah tentu la kena solve the puzzle or mission. Kadang-kadang hantu keluar untuk menakutkan kita orang dan melambatkan masa pencarian kita orang. Disebabkan aku lebih aware dari Kinah, aku lebih banyak membunuh hantu-hantu itu manakala Kinah teruskan sesi pencarian harta karun.

Masa terus berlalu dan akhirnya kita orang berjaya jumpa harta karun itu. Aku dan Kinah dapat mencatatkan masa yang paling terawal. Dan aku memberikan jawapan jumlah kesemua hantu yang berjaya dibunuh.

"Total semua sekali ada 8"
"8? Awak pasti?" Tanya penganjur itu.
"Ye saya pasti. Ada 8."
"Salah. Jawapannya ada 7 sahaja."

Aku berasa hairan mana mungkin ada 7 sahaja. Kinah pun macam tu. Kite orang yakin yang aku dan Kinah kira ada 8 kesemua sekali, mustahil ada 7!

Disebabkan jumlah yang aku sebutkan tadi salah, kami tak dapatlah tempat pertama. Dapat tempat kedua je.

Tapi persoalannya sekarang, mana datang yang lagi "satu" tu?

Warning: This content might be your next nightmare.Where stories live. Discover now