Ah, sudah. Mana budak ni nak bawak aku? Dia nak buat apa dengan aku?!

"Kau nak pergi mana ni?"

"Ikut sajalah."

Dan akhirnya kami berdiri di luar pagar yang memagari kawasan tangki air. Muka aku terasa panas. Aku tercungap-cungap, cuba untuk mencari nafas yang hilang. Kepala aku terasa berdenyut-denyut. Jantung laju mengepam darah ke seluruh tubuh. Peluh tak usah cakap, memang menjijis-jijis jatuh.

"Jom," ujar Ghani sepatah sebelum dia berjalan ke hujung pagar, dan menyelak selonggok lalang yang tumbuh tinggi melebihi tinggi aku (yang tak berapa nak tinggi). Di sebalik lalang itu, terdapat satu lubang yang muat untuk seorang yang kecil untuk lalu dan tembus di sebelah pagar sana.

Ghani terus masuk tanpa ragu-ragu.

"Woi, kau buat apa ni? Kalau kena tangkap habislah kita weh."

"Alah aku dah biasa buat dah. Jangan risaulah."

Aku pandang sekeliling, memastikan tiada orang yang melihat sebelum aku masuk ke dalam lubang dengan takut-takut. Ghani sudah mula memanjat tangga tangki air itu. Ya Allah, apalah budak ni dah buat. Dengan sepatah bismillah, aku pun mula memanjat naik tangga, perlahan-lahan. Yalah, kalau aku jatuh, entah zaman bila baru orang jumpa mayat aku. Entah-entah, masa mereka jumpa, aku hanya tinggal tulang. Huiiii, mintak simpang.

Semakin tinggi aku daki, semakin kuat aku rasa angin yang bertiup. Sedikit-sebanyak, rasa seronok mula menyelubungi diri. Akhirnya aku tiba di pelantar besi tangki air di atas. Ghani menyambutku dengan senyumannya.

"Sinilah tempat aku selalu lepak petang-petang. Aku ternampak Abang Wahid dengan Abang Dol panjat haritu."

Aku mengangguk. Aku terus lontarkan pandanganku ke sekeliling. Dari atas ini, aku boleh nampak seluruh kawasan sekolah aku. Aku boleh nampak sekolah, rumah pengetua dan padang yang penuh dengan orang yang sedang bermain bola. Dari atas ini, mereka nampak seperti semut saja besarnya.

Dan sepi berlegar antara kami. Sesekali bunyi angin yang menyanyi gembira memecah sunyi. Aman. Seronok.

"Minggu depan dah cuti akhir tahun. Kau balik?" Ghani bertanya padaku.

"Kau gila? Mestilah aku balik. Nak drkat dua bulan kot aku kat sini." ujarku.

"Aku rindu family aku," balasku perlahan.

Sepi.

"Kau? Balik?"

"Kau gila? Mestilah aku balik," jawabnya tersenyum. Aku menyikunya kerana mengajuk aku.

"Kau duduk mana?"

"Ampang. Kau?" tanyaku.

"Dong."

"Dong?"

"Dong," Ghani mengangguk. Dahiku berkerut.

"Dekat mana tu?"

"Raub."

"Raub?"

"Raub," Ghani angguk lagi.

"Robbery," kini gilirannya pula untuk mengerut dahi.

"Robbery?"

"Robbery," aku mengangguk. Aku terus ketawa bila kerutan di dahinya makin bertambah.

"Hahah. Takdelah. Aku Sir Lee ajar aku, robbery dalam bahasa Jerman, Raub," dia mengangguk selepas ketawa.

"Sorrylah aku ambik Arab je," sekolah kami memang diwajibkan untuk belajar bahasa asing sehingga tingkatan empat nanti.

Dan kami menghabiskan masa petang itu dengan berbual bermacam perihal. Perihal cikgu dan kerja sekolah yang tak putus, perihal abang dema yang beri lauk lebih pada perempuan yang cantik, perihal perempuan kelas aku yang diminati Ghani, perihal keluarga kami, perihal negara yang semakin teruk dan bermacam perihal lagi.

Sedar tak sedar, jam di tanganku menunjukkan pukul 6:32 petang.

"Jomlah weh. Nanti tandas penuh," usulku.

"Kejap. Sebelum tu," Ghani mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Sebatang marker permanent hitam.

"Kau jogging bawak marker?" dia ketawa.

"Harimau mati tinggalkan belang. Manusia mati?" dia tanya padaku.

"Tiggalkan nama?" dia angguk. Setuju.

"So, jomlah tinggalkan nama dekat sini. Buat kenangan. Mana tahu aku mati nanti, bolehlah kau usap nama aku bila rindu," dia ketawa besar.

"Bunyi creepy gila," sambungnya lagi sebelum dia menurunkan tanda tangan, dan menulis nama, tarikh dan masa di dinding besi tangki air itu. Aku ambil marker daripada tangannya, dan buat benda yang sama.

Dan aku berharap, nama kami bakal tertulis di sini sampai bila-bila, samalah macam aku berharap persahabatan kami sampai syurga.

UBAH (HIJRAH, #2)Where stories live. Discover now