BAB 3

1.3K 81 33
                                    

Tetetetetetetetettttttt!

Bunyi alarm jam yang menjengkelkan itu buatkan aku tersedar daripada lena. Mataku dibuka dan bilik sorm masih gelap. Aku duduk dan lihat sekeliling. Yang lain masih tidur terbongkang. Sesekali aku terdengar dengkuran Abang Man cuba meningkah bunyi alarm jamnya. Jam dah bunyi, tuannya masih tidur lagi. Haih.

Aku lihat jam di tangan. Pukul 5.36 pagi. Subuh masuk pukul enam nanti. Bolehlah aku terus mandi. Takdelah nak berebut dengan orang kalau mandi lepas solat subuh nanti. Aku menggeliat, cuba melonggarkan urat-urat yang terasa menjerut badan.

Segera aku bangun, capai tuala dan baldi kecil yang terisi segala barang mandi, dan terus keluar ke tandas. Sebaik saja aku keluar pintu, aku nampak Abang Wahid sedang berjalab ke arahku. Dia sudah selesai mandi.

Pelik. Dia selalunya akan mandi lepas solat Subuh.

"Awalnya mandi bang?" suaraku memecah sunyi pagi dingin itu. Dia yang berjalan menunduk sedari tadi, mendongak melihatku.

"Kena colgate," jawabnya ringkas.

Aku mengangguk sekali tanda faham. Dalam hati, aku terasa kasihan padanya. Aku faham benar perasaan bila kena colgate ni. Salah-satu aktiviti budak aspura (asrama putera) ni adalah mengcolgate orang. Biasanya, diorang akan buat operasi ni dalam pukul dua ke tiga pagi, waktu semua orang dah tidur. Diorang (tak kisahlah siapa-siapa, tapi biasanya budak upper form) akan meronda, dari bilik ke bilik, dengan colgate (atau jenama ubat gigi yang lain) di dalam genggaman, untuk mencari mangsa. Apabila diorang dah nampak mangsa untuk dicolgate (biasanya jenis yang tidur mati), diorang akan picitkan seberapa banyak colgate yang mereka mahu pada rambut mangsa. Setelah selesai, mereka akan pulang tidur atau cari mangsa yang lain.

Colgate di rambut ni, kalau dibiarkan terkena udara dan angin malam, akan menjadi keras keesokan paginya. Like literally, rambut mangsa akan jadi keras macam disapu gel. Untuk buangnya agak susah. Biasanya mangsa akan syampoo rambut. Setakat ni, aku tak pernah kena dan sangat berharap takkan pernah kena.

Abang Wahid masuk ke bilik dan aku terus berjalan ke arah tandas untuk mandi. Sampai saja di tandas, aku lihat sudah ada beberapa orang yang sedang mandi. Jadi aku mencari kubikel yang kosong, dan mula mandi.

Usai mandi, ketika aku sedang menyarungkan pakaian sekolah, sayup-sayup kedengaran azan subuh berkumandang. Aku pandang pula pada Abang Man yang masih berdengkur dan berselimut. Serta-merta aku teringat akan tazkirah daripada ustaz perihal selimut, azan subuh dan kulit babi.

***

Usai solat subuh berjemaah di surau, aku berjalan keseorangan menuju ke dema (dewan makan). Entah sarapan apa harini.

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam dema, bau yang melazatkan menerjah masuk rongga hidung. Aku ikut beratur bersama-sama budak yang lain. Sesekali, beberapa orang abang upper form memotong barisan dengan senangnya. Aku tak cakap apa-apa. Yalah, kalau aku bersuara, mahunya aku dibelasah ramai-ramai oleh mereka nanti. Lagipun, aku bukannya jenis yang suka bercakap dengan orang pun.

Sudah tiba giliranku. Menu pagi ini ialah bubur nasi, telur masin dan kangkung goreng belacan. Sarapan kegemaranku! Aku ambil satu mangkuk, satu garfu dan mula berjalan ke arah meja yang tersusun memanjang di dalam dema. Aku melihat-lihat tempat yang kosong, yang tidak dekat dengan orang, dan mula melabuhkan punggungku.

Doa dibaca dan baru saja aku mahu menyuapkan bubur, satu suara mengganggu konsentrasiku.

"Boleh aku duduk sini?" aku mendongak, melihat ke arah tuan suara tadi. Seorang budak (yang aku rasa sebayaku) yang mungkin sama tinggi denganku sedang tersenyum memandangku. Rambutnya disikat ke tepi, bahagian kiri dan kanan kepalanya dicukur nipis. Kulitnya cerah dan dia masih tersenyum padaku. Sepasang lesung pipit turut sama menegurku.

"Oh, duduklah." balasku perlahan. Seperti aku kata tadi, aku bukanlah jenis orang yang suka bersembang sangat. Lagi-lagi dengan orang yang aku tak kenal.

"Nama aku Ghani. Kau?" tanyanya. Alamak, dia ni jenis yang suka bersembang ke. Malasnyalah nak bersosial ni. Letih!

"Kerol," jawabku sepatah. Harap dia tahu aku ni bukanlah jenis yang seronok untuk diajak berbual, lalu pergi dari sini.

Tapi tak. Dia masih nak berbual denganku. Haih.

"Kau kelas apa eh? Jarang ah nampak kau," tanyanya selepas menyuap sesudu bubur di dalam mulut. Aku sengaja menyuap bubur ke dalam mulutku, perlahan. Satu sudu. Dua sudu. Tiga sudu.

"Satu Al-biruni," empat sudu.

"Oh patut pun! Kelas kita di blok yang lain! Aku kelas satu al-khawarizmi," bilangnya sambil senyum. Tak tanya pun. Tapi mestilah aku tak cakap kuat-kuat. Walaupun aku ni jenis tak suka bersembang dengan orang, tapi aku bukanlah jenis yang biadap.

Untuk beberapa minit seterusnya, kami melayan perasaan bersama bubur masing-masing.

"Aku ada nampak kau baca buku The Hunger Games haritu," aku mengangkat kening. Dan melihat ke arahnya. Dia sudah bergenti menjamah bubur dan memandang aku tersenyum.

"Oh. Haah. Baru je habis baca," aku tak tahu kenapa aku cakap aku baru habis baca. Dia bukannya minat nak tahu pun aku dha habis baca ke belum.

"So how was it?" aku memandangnya pelik. Dia betul-betul nak tahu ke?

"Bolehlah," jawabku acuh tak acuh. Apa aku merepek ni. Buku tu best gila kot! Like, literally, the best book that I've read in my entire life! Tapi buat apa aku nak excited cerita dekat dia pun. Dia bukannya faham.

"BOLEHLAH JE?!" jeritnya sambil mengetuk meja. Aku terkejut. Aku dapat rasakan beberapa pasang mata mula memandang ke arah kami. Aku mula tunduk, tak suka dengan situsasi ini.

"Eh sorry sorry. Aku....terkejut. No no. I was angry, mad! One of my favorite books orang kata bolehlah je," bilangnya sambil ketawa.

"You....read?"

"Duh... Of course. I've completed the series in fact," dia senyum lagi.

"You have? Wow. Sebenarnya buku tu best gila. Like seriously best gila! Gila pun tak best macamtu," apa aku merepek ni?

"Aku cakap bolehlah je sebab aku takut you are one of those guys yang suka perlekehkan orang yang membaca novel ni. Yang suka ejek budak nerd yang suka baca. That's why aku tak excited pun cerita pasal buku tu," aku bercerita sambil tertunduk.

"Kau tahu tak dah berapa lama aku paksa semua kawan sekelas aku, guys especially, untuk baca series tu? Kau tahu tak betapa excitednya aku bila aku nampak ada orang baca buku favourite aku?" dia ketawa. Aku pun turut ketawa.

"Yeah. I know the feeling,"

"Wait until you read the second book! Eventhough this series tak boleh lawan Harry Potter, tapi dia best!"

"Aku tak pernah baca lagi Harry Potter," ujarku perlahan.

Dan aku tak boleh nak describe macam mana muka dia lepas aku cakap aku tak pernah baca Harry Potter. Mulutnya ternganga. Matanya terbuntang luas. Dan aku rasa jantung dia berhenti buat beberapa saat sebelum aku dengar entah-bunyi-apa yang keluar daripada mulut dia.

"Oh. My. Gosh. We are not friend until you've read Harry Potter!"

Dan sejak itu, aku tahu Ghani dan aku bakal berkawan untuk satu tempoh masa yang agak lama.

UBAH (HIJRAH, #2)Where stories live. Discover now