Dua watak

11.1K 522 25
                                    

Aku berdiri malas pada satu penjuru dewan terbuka seperti yang diarahkan. Memerhati tingkah manusia seusia denganku. Kepala tunduk. Masing-masing sedang bermuhasabah diri ataupun ambil kesempatan untuk tidur.

Enam belas orang guru dan sembilan puluh tiga murid bagaikan dipukau seorang penceramah yang amat hebat butir bicaranya pandai dia bermain kata. Menyentap tangkai jiwa. Tapi aku masih tak terkesan.

Aku tak bersama mereka kerana aku didenda. Terkantoi hisap rokok padahal baru dua sedut, rokok orang pula tu. Sayang kawan punya fasal, aku diamkan diri. Bukan mati pun kena denda sendiri. Hidup kena patuh brocode.

"Luqman, apa lagi yang kau dah buat" muncul dah suara tu.

Aku mengeluh.

"Aku sedut Winston si Ben lepas tu kantoi" Jawabku malas dalam hati.

"Masalah kau ni boleh buat aku gila tahu! Kan aku dah bagitahu, sekali kau terjebak dengan natang tu kau takkan boleh berhenti dengan mudah" Leter suara itu.

Aku terus pekakkan deriaku. Kosongkan minda. Malas mendengar. Aku dah penat dileteri alter ego sendiri.

Tak ada satu nyawapun yang menghiraukan aku. Pelik betul, biasa budak terkantoi ibu bapa terus di telefon, banyak la cekadak itu ini. Aku cuma dibiar berdiri sambil digantungkan kad board kotak yang tertulis, 'Generasi bebas rokok 2K16' sebesar alam pada leher.

"Kau lupa ke walid dengan ibu dah meninggal? Nak telefon siapa? Siapa lagi yang kau ada kat bumi ni?" Sinis nada suara itu.

Kalau ada butang mute pada otak kita, sudah lama aku tekan.

Tiba-tiba esak tangis memenuhi ruang dewan. Lupa pula slot sentuhan hati jasa ayah ibu sedang berlangsung.

Aku tersenyum sinis. Memang patut la aku tak dihiraukan. Aku dah tak ada sesiapa.

Tagisan palsu. Balik kem nanti perangai setan juga.

Akhirnya habis juga drama air mata. Menyampah aku.

"Ada sesiapa ingin berkongsi?" Ayat tipikal penceramah.

Semua jasad layu. Kaku terpaku. Bahu ke bawah.

"Luqman, kau tidur. Biar aku ambil alih" Suara itu mengetuk pintu hati Luqman.

Dengan satu nafas panjang ditarik, kini Alter ego Luqman yang berhadapan dengan khalayak ramai. Cikgu-cikgu sendiri terkejut. Lebih-lebih lagi cikgu yang menangkapnya.

"Saya tak mahu ambil masa lama kerana saya tak layak berada di hadapan ini." Dia bermukaddimah.

Ada yang ketawa melihat tulisan yang tergantung pada leherku. Biarkan mereka. Dia terus kepada penyampaiannya.

" Selagi ada ibu ayah, hormati, sayangi mereka. Aku hilang doa tanpa hijab waktu aku berusia enam belas tahun. Dua bulan selepas ibu pergi, punca kekuatan aku, walid kemalangan. Kau semua tahu cerita kemalangan gaung tu kan? Itu walid aku. Dekat dunia ni aku sendiri, teruskan hidup atas duit insurans dan kerja McD. Dan kau mempersoalkan aku bila aku bermasalah. Kau tak rasa bila balik, rumah kosong. Hanya ada kau dan seekor ikan laga yang tak boleh bercakap. Aku mula bercakap sendiri. Tak, aku tak gila. Masih waras. Dengan membentuk satu lagi jiwa dalam jasad aku, benda itu yang membuatkan aku masih boleh bertahan. Kau masih ada doa tanpa hijab, punca kekuatan hakiki hargai. Kerana manusia, bila ada tak dihargai, bila pergi baru dicari" Dia sudahkan ucapannya.

Jika ada satu jarum jatuh, pasti kedengaran. Masing-masing terkejut. Itulah, don't judge a book by it's cover!

Guru yang menangkapnya tadi bangun. Dia ke hadapan sambil mendepakan tangan.

"Ini untuk kau Luqman" suara itu menyedarkan aku.

Kini aku mendapat jasad itu kembali. Pelukan hangat seorang ayah.
Iya itu yang aku rindu.

Diam-diam, sebutir mutiara suam jernih mengalir keluar daripada tubir mata.

Cis, kau menghianati aku! Tak guna punya air mata.

Ini kisah aku. Kisah dua watak dalam satu jasad. Membina dan memusnah.

Cerpen AkuWhere stories live. Discover now