TABAH 2

16.1K 315 15
                                    

Sebaik saja mereka sampai di rumah sewa mereka, marissa segera melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. dia membuka pintu rumah itu dengan kunci di tangan. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut dengan langkah kaki yang pantas sekali. dia berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. "bakk!!!...", kedengaran pintu bilik itu di tutup dengan kasar sekali. dia segera menghempaskan tubuhnya di atas katil sambil menangis dengan hibanya. Kata kata doktor yang memeriksanya sebentar tadi masih terngiang ngiang di cuping telinganya. "tahniah!... tak lama lagi awak akan menjadi seorang ibu...", perkataan tersebut benar benar membuatkannya merasa tidak tentu arah.

"menjadi seorang ibu?... oh!.. tidak!... aku belum lagi bersedia untuk menjadi seorang ibu... aku masih muda dan aku masih ingin belajar lagi... bagaimana aku akan menjadi seorang ibu jikalau aku masih belum bersedia lagi untuk memikul tanggungjawap sebagai seorang ibu?... bagaimana dengan boyfriendku, faizal? apakah dia akan dapat menerima kenyataan ini ataupun tidak? apakah dia sudi berkahwin denganku gara gara aku sudah berbadan 2 ataupun tidak?... faizal kan masih seorang student sepertiku... apakah dia sanggup memikul tanggungjawapnya sebagai seorang ayah kelak?... jika faizal tidak sudi berkahwin denganku, bagaimana dengan nasib diriku dan anak yang dalam kandunganku ini?... kalau keluargaku tahu yang aku sudah berbadan 2 sudah tentu mereka akan kecewa dan marah padaku... bagaimana dengan rakan rakan sekuliahku yang lain terutamanya peggy wong dan jaswari kaur? kalau diorang tahu aku ni hamil anak luar nikah sudah tentu diorang akan mentertawakanku dan memandang serong padaku... oh!... shit!...", persoalan demi persoalan mula bermain di benaknya. ketika dia sedang berperang dengan persoalan yang ada di dalam benaknya itu, tiba tiba pintu bilik tidurnya di ketuk orang dari luar.

"rissa... awak tak apa apa ke?... rissa?... rissa?...", soal suatu suara. marissa tahu itu pasti suara rakannya peggy. "jangan ganggu saya, ok... saya ingin bersendirian...", kata marissa pantas. "rissa... whats wrong with you?... kenapa awak tiba tiba tidak mahu bercakap dengan saya? apa penyakit awak yang sebenarnya ni? saya risaukan awaklah...", kedengaran suara peggy dari balik pintu bilik tidur tersebut. "saya cakap jangan ganggu sayalah... awak pekak ke apa?", kata marissa dengan marah. "ok... i'm sorry... jika itu yang awak mahukan saya tidak akan ganggu awak lagi tapi jika awak perlukan seseorang untuk berbual, awak carilah saya, ok?", kata peggy dari sebalik daun pintu itu. marissa hanya diam membisu. dia berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalahnya ini. setelah lama berfikir dia mengambil keputusan untuk menghubungi teman lelakinya faizal.

"dia harus tahu tentang hal ini...", bisik hati kecilnya. dia pun mengambil handphonenya. nombor handphone faizal di dailnya satu persatu. "hello...", setelah lama menunggu kedengaran suara perempuan yang menjawap panggilannya itu. marissa mengerutkan dahinya. "siapa pula perempuan ni? mungkin dia adik perempuan faizal kot?... hm... mungkin juga...", bisik hati kecilnya. "hello... boleh saya bercakap dengan faizal jamaludin?", soal marissa. "oh... faizal... tunggu sekejap ya... saya panggilkannya... sayang!... oh... sayang!.... ada orang call sayang ni!...", kedengaran perempuan tersebut bersuara memanggil faizal. marissa merasa tidak sedap hati apabila dia mendengar perempuan itu memanggil faizal dengan panggilan sayang... "Jangan jangan perempuan tu kekasih baru dia tak?", detik hati kecilnya, cemburu. marissa cuba untuk bertenang walaupun hatinya di landa badai taufan yang sangat hebat ketika itu, tiba tiba... "ya hello... faizal bercakap... siapa ni?", kedengaran suara faizal menyambut panggilan telefonnya itu.

"zal... ini marissa bercakap...", kata marissa dengan pantas. "oh... awak... apa awak nak lagi?", soal faizal dengan nada suara yang jengkel sekali. "zal... siapa jawap phone call ni tadi ar?... girlfriend baru awak ke?...", soal marissa ingin tahu. "its none of your business...", balas faizal dengan dingin sekali. "kenapa pula awak cakap macam tu pada saya, zal? saya kekasih awak. kenapa awak sanggup berlaku curang pada saya?... saya begitu sayang dan cinta pada awak sehinggakan saya sanggup serahkan mahkota kesucian saya pada awak tapi inikah balasan cinta awak pada saya?... awak bermain kayu 3 di belakang saya...", kata marissa sedih. "saya main kayu 3 ke, apa ke... itu saya punya pasal lah... yang awak tiba tiba call saya ni kenapa, hah?...", bentak faizal dalam handphonenya itu.

"tujuan saya call awak ni ialah saya ingin memberitahu awak yang saya sekarang sedang mengandungkan anak kita...", kata marissa dengan pantas. "apa?... apa awak cakap tadi? awak mengandungkan anak kita?", soal faizal terkejut. "ya... tadi saya pergi ke klinik dan doktor mengesahkan yang saya hamil 2 bulan... jadi sekarang saya nak awak bertanggungjawab dalam perkara ini... kita berkahwin ya, zal?", kata marissa dengan pantas. "woah... woah... woah... nanti dulu... awak nak saya bertanggungjawab dalam hal ini dan awak nak saya berkahwin dengan awak kerana awak hamil?", soal faizal. "ya... saya nak kita berkahwin secara rasmi...", kata marissa. "apa? berkahwin? no way!... rissa... saya takkan berkahwin dengan awak...", balas faizal dengan pantas. "kenapa pula?", soal marissa bengang. "sebab saya tak mahu berkahwin buat masa ni. Maklumlah saya belum bersedia lagi hendak menjadi seorang ayah. saya masih muda. saya mahu enjoy puas puas.... pasal kahwin tu belakang kira... macam ini sajalah untuk menutup malu awak tu, saya cadangkan awak gugurkan saja kandungan awak tu, habis cerita...", kata faizal dengan selamba. "apa?... gugurkan kandungan?...", soal marissa terkejut. "Iya... kenapa awak terkejut pula?", soal faizal.

"awak sudah gilakah, zal?... ini darah daging awak sendiri... sampai hati awak suruh saya gugurkan kandungan saya ni... awak memang tak berhati perut langsung...", bentak marissa dengan marah. "kalau awak tak nak gugurkannya, awak seorang saja lah yang melahirkannya dan membesarkannya. saya tak mahu bertanggungjawab dalam hal ini... awak dah lupa ke kita dah putus hubungan 2 minggu yang lalu, jadi saya tak ada kaitan langsung dengan kehidupan awak...", kata faizal dengan selamba. "celaka awak, zal... sampai hati awak buat saya macam ni... awak ni memang manusia yang berhatikan iblis...", caci marissa.

"whateverlah, rissa... saya tak ada masa nak layan awak lagi, ok bye bye!...", faizal bersuara lalu mematikan talian handphonenya. "sialan awak, faizaaallll!!.... lelaki tak gunaaaaa!!!...", jerit marissa dengan marah. dia melemparkan handphonenya ke arah dinding yang ada di situ. handphonenya terus hancur berkecai. dia mula menangis tersedu sedan....

TABAH (U)Where stories live. Discover now