Bab 1

493 12 3
                                        

Permulaan

Tik,...tik,...tik,..

Bunyi air menitik dari daun ke tanah bumi yang subur.

Miow,...miow,..miow,...

Beberapa kucing hitam semakin menghampiri, bunyi besi berlanggaran antara satu sama lain memecahkan susasana malam yang agak sunyi itu. Sepasang mata yang sedari tadi jadi pemerhati tidak lagi berkelip, tapi lebih kepada terkebil-kebil dengan apa yang dilihatnya. Peluh mula membasahi dahinya yang agak sedikit luas itu. Peredaran nafas yang tadinya teratur kini mula tidak teratur seolah-olah dia takutkan sesuatu yang dasyat sehingga tidak mampu bernafas dengan betul.

Miow,..miow,...miow,....

Kaki dan tangannya tidak boleh bergerak,bukan dia tidak mahu.....tapi dia tidak mempunyai pilihan, kaki dan tangannya digari dengan rantai besi. Bibirnya mula terketar-ketar sehingga berubah warna yang agak pucat. Tiada lagi warna putih kemerah-merahan yang tertayang di wajahnya, yang ada kini wajahnya yang seperti kehilangan darah, pucat lesi. Dia cuba meleraikan ikatan tali besi yang menyebabkan pergelangan tangan dan kakinya luka dengan rantai yang sudah dimamah usia itu. Angin dingin mula menyentuh badannya yang sedikit kurus itu, menyebabkan dia menggigil kesejukan. Dia tidak tahu mengapa dan kenapa dia berada di sini dia, tempat ini terlalu gelap malah dia rasa diperhatikan dari dekat tapi penglihatanya terbatas kerana kegelapan yang menelan cahaya di tempat ini. Terlalu gelap hanya samar-samar yang dilihatnya.

Miow,...miow,...miow..

Semua kucing hitam berhenti dihadapannya.

Dengan mata yang berwarna putih, duduk menegak di hadapannya. Seperti menunggu sesuatu.

Dia memejamkan matanya. Dan dia tahu tiada lagi jalan untuk melepaskan diri untuknya. Dan kini dirinya mula berdoa memohon dan meminta pertolongan yang Maha Esa agar diberikan perlindungan dan pertolongan.Dia tidak berhenti berdoa walaupun kedengaran bunyi kucing-kucing tadi mula bergema di seluruh tempat itu dan menyerangnya daripada semua arah.

Kucing-kucing itu mula melapah dirinya dengan rakus sehingga darah membajiri bumi. Usus perutnya ditarik-tarik dengan kuatnya menyebabkan organ badan yang lain terkeluar dari tempatnya.Dia hanya mampu mendoa, dan berdoa, walaupun kesakitan pedih yang teramat dia tidak perduli dan terus berdoa. Tulangnya dipatahkan satu persatu seperti mancis yang dipatahkan..

Setelah agak lama,....tiada lagi bunyi kucing kedengaran ,hanya darah yang memenuhi tempat itu. Malam kembali sunyi...seperti tiada apa yang berlaku. Hanya rantai yang buruk kelihatan di tengah-tengah kolam darah itu. Tiada lagi kucing-kucing hitam dengan mata yang berwarna putih. Hanya kedengaran air embun daripada daun-daun menitik di atas tanah.

Tik,...tik,...tik,...

Sesuatu yang dasyat telah menjadi saksi pada malam itu.



KucingWhere stories live. Discover now