keempat

7.4K 260 0
                                    

"Qish, turun cepat..kamu dah lambat ni sayang. Nanti marah pulak si Iqbal kat kamu." Pagi pagi lagi rumah itu digamatkan dengan laungan Datin Quzaidah kepada anak-anaknya.

"Ye, ye angah dah turun ni bu. Aish, kenapa shawl aku tak berbentuk elok pulak ni. Masa masa macam ni lah dia nak bergurau dengan aku." Bebel Dini Aqisha sambil membetulkan selendang bewarna toffee di kepalanya.

Selesai sahaja membetulkan kedudukan selendangnya, Dini terus berlari turun ke bawah menuju ruang makan.

"Angah,boleh tak angah hantarkan adik-adik ke sekolah,ibu tak sempat hantarlah. Ibu nak teman abah balik kampung kejap. Boleh ye ngah."

Dini memandang ibu dan adik-adiknya terkejut. 'Matilah aku hari ni kena bebel kat tuan. Tapi kesian kat ibu pulak.' Monolog Dini dalam hatinya.

"Angah boleh je bu, tapi kenapa ibu tak suruh driver je hantar?" Sudah beberapa hari Dini Aqisha tidak melihat kelibat pak Kasam, driver keluarga mereka.

"Lupa la tu. Kan pak Kasam pergi Hatyai. Dah lama sangat dia kerja tak bercuti. Abah bagi la cuti siap sponsor satu family dia pegi Hatyai."

Terang Datin Quzaidah kepada anaknya. Yelah, sejak kebelakangan ini dia perasan yang Dini Aqisha sangat sibuk dengan urusan di pejabatnya.

"Oh kalau macam tu, angah gerak dulu lah. Nanti lambat sampai pulak. Marah pulak anak kawan ibu tu kan." Sempat lagi dia mengutuk majikannya sendiri.

Datin Quzaidah tersenyum geli hati dengan gelagat anak daranya ini.

Walaupun Dini mempunyai perangai yang sangat berbeza daripada anak sulungnya, Dini Afisha, tetapi itu tidak menjadi alasan untuk mereka menjadi sangat rapat.

Kehadiran sepasang kembar iaitu anak bongsunya, Dini Azisha dan Dani Azriel menyerikan lagi keluarga itu.
***********************************
Dini yang lambat 10 minit ke tempat kerjanya berlari terkocoh-kocoh masuk ke ruangan pejabat yang serba mewah itu.

Sebaik sahaja dia duduk di kerusinya, terus sahaja interkom di atas mejanya berbunyi.

Menandakan ada pesanan yang masuk kepadanya.

"Dini. Masuk. Now!!" Pekik Raqish Iqbal kepada P.A nya.

"Baik tuan." Balas Dini yang juga membawa masuk jadual majikannya hari ini.

"Asal lambat? Baru kerja tak sampai 5 bulan. Dah pandai buat hal kan. Kau ingat ni company bapak kau?" Melenting betul Raqish pagi ini. Macam orang baru kalah judi je.

"Err...memang la bukan syarikat ayah saya. Tapi saya ada sebab kukuh kenapa saya lambat." Kata Dini Aqisha dengan yakin.

"Ok. Tell me your reason. Right now!!" Sambung Raqish lagi.

"Yelah, sabarlah nak cakap la ni. Pagi tadi ibu mintak tolong hantarkan adik-adik ke sekolah. Sebab driver saya bercuti. Ibu and abah saya ada hal penting kena balik kampung dengan segera. Kakak saya pulak dah pindah rumah lepas kahwin. Takkan saya nak biarkan adik-adik saya tak bersekolahkan. Saya tak suka orang yang suka ponteng-ponteng ni. Jadi, sayalah yang per..."

"Woi,stop stop stop. Ni yang kau kata alasan kukuh... Dah la panjang macam nak buat novel. Alasan budak tak lepas sekolah pulak tu. Tak suka orang yang suka ponteng konon. Habis sekarang ni kau tak ponteng la?"

Belum sempat Dini habis bercakap. Raqish Iqbal menyambung dengan bebelannya pula.

"Ish. Saya tak ponteng la tuan. Lambat sikit je."Dini cuba untuk membela dirinya pula.

"Ceit, semua benda yang aku cakap, laju je kau menjawab kan. Dah, bacakan jadual aku hari ni." Arah Raqish Iqbal kepada P.A nya.

"Jap ya tuan. Ok, pagi ni tuan ada meeting dengan syarikat supplier dari Pahang. Meeting tu dekat Hotel Implaza, pukul 11 pagi nanti. Lepas tu, tuan akan lunch dengan Kaza Dream Wedding dekat kopitiam area butik pengantin dia. Then pkul 3.30 tuan kena attend meeting dengan syarikat dari Brunei. But before that, you need to go and see your father first. He want to discuss about your wedding."

"Ish, kenapa banyak sangat? Lagipun kenapa ayah aku nak bincang pasal wedding aku kat sini, nape tak bincang kat rumah je?" Raqish agak memberontak selepas mendapat tahu jadualnya agak padat pada hari itu.

"Umm, pasal tuan and ayah tuan, you can ask him by yourself." Dini hanya menjawab ringkas.

Dia sangat maklum dengan Tan Sri Hisyam merangkap ayah kepada Raqish Iqbal. Tindakan uncle Hisyam berbincang soal perkahwinan anak terunanya di pejabat kerana beliau tahu isterinya, Puan Sri Azimah tidak berkenan dengan bakal menantunya si Nina.

Kerana itulah dia lebih suka berbincang di pejabat. Semua itu untuk mengelak dari seberang pertengkaran dua beranak itu.

Dini Aqisha yang tidak mahu masuk campur itu hanya diam dari sebarang jawapan kepada soalan majikannya itu.

Selesai sahaja perbincangan dengan Kaza Dream Wedding, Raqish Iqbal terus meluru kearah pejabat ayahnya. Sebenarnya Raqish Iqbal agak teruja untuk berjumpa dengan ayahnya kerana dia ingin berbincang mengenai perkahwinannya yang hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi.

Raqish mengetuk pintu lalu masuk ke pejabat ayahnya. "Yes yah,?" Ringkas sahaja Raqish menyoal.

"Duduk dulu Qish. Ayah ada berita besar nak bagi tahu kamu ni." Kata Tan Sri Hisyam

"Ayah nak sponsor kawin Qish ke. Betul betul besar tu yah." Begitu semangat Raqish jika melibatkan perkahwinanya. Siapa tidak teruja kalau nak dijodohkan dengan kekasih hati.

"Hmmm, macam mana nak sponsor, pengantin perempuan pun dah tarik diri." Gumam Tan Sri Hisyam perlahan.

"What? Nina tarik diri?" Terkejut Raqish selepas mendengar kata-kata dari ayahnya.

"Ye Qish. Semalam keluarga Nina call ayah and bagitahu yang Nina nak putuskan pertunangan dia dengan kamu. Apa yang berlaku sebenarnya Qish. Kamu bergaduh ke dengan Nina. Ish, ni ibu belum tahu lagi, nanti bila ibu dah tahu lagi naya kamu." Tan Sri Hisyam yang sememangnya risau akan keadaan anaknya tidak dapat membendung lagi rasa kecewa di hatinya.

Raqish Iqbal hanya terdiam kelu di hadapan ayahnya. Patutlah sejak seminggu yang lepas Nina tidak pernah menjawab panggilannya. Mesejnya juga tak berbalas. Rupa-rupanya ini yang dia mahukan. Dia perlu berunding dengan 'bekas' tunangnya sekarang.

"Qish." Tan Sri Hisyam memanggil anaknya apabila beliau melihat Raqish diam sahaja.

"Hah...err, ayah. Qish kerja separuh hari je hari ni ye. Qish kena jumpa Nina sekarang. Qish pergi dulu ayah." Raqish bersalaman dengan ayahnya lalu terus keluar dari bilik pejabat itu.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now