BLIND (CHANYEOL)

1K 32 8
                                    

Request : a791h_
Here Chanyeol and Ji hyo Imagine.Enjoy.

BLIND

Kedengaran deruman enjin daripada kereta mercedez benz berwarna hitam masuk ke perkarangan rumah banglo dua tingkat.Seorang yeoja keluar daripada kereta tersebut sambil diiringi pengawal berkot hitam.Ji hyo adalah gerangan yeoja tersebut.
Chanyeol ke rumah tersebut dengan satu tujuan iaitu mempelajari cara bermain piano.Ji hyo terus berjalan sehingga ke biliknya.Tanpa disedari Ji hyo,Chanyeol memerhatikan dirinya sambil bermain piano."Fokus pada alunan kamu!"kata pengajar tersebut.Chanyeol kembali focus tapi diselitkan dengan jelingan nakal ke arah yeoja tersebut.Chanyeol tidak tahu yang Ji hyo merupakan anak kepada guru pianonya kerana selama ini cuma dia yang berada di dalam rumah tersebut tanpa menghiraukan kawasan sekeliling.
*Skip*
Beg sudah dikemas,sekarang waktu Chanyeol untuk pulang ke biliknya.Chanyeol Cuma balik ke rumah keluarganya apabila hari minggu.Dalam perjalanan untuk ke bilik,Chanyeol dan Ji hyo berselisih.Chanyeol ingin menegur Ji hyo namun Ji hyo terus berjalan tanpa menghiraukan Chanyeol."Sombongnya,siapa dia tu?"tanya Chanyeol sendiri lalu bergerak masuk ke biliknya.
Keesokkan harinya,Chanyeol sudah tunggu di luar kerana gurunya sedang mengajar seorang yeoja.Ji hyo.Chanyeol cuma menjadi pemerhati."Susah sangat ke nak buat dengan betul?"Encik Kim ataupun guru tersebut kelihatan memarahi Ji hyo lalu mencampakkan candy yang juga merupakan candy kegemaran Ji hyo.Encik Kim beredar dari bilik tersebut.Moodnya hilang agaknya.Ji hyo tercari-cari candy tersebut di merata tempat.
"Uncle,dia tak nampak ke?"Soal Chanyeol kepada pembantu rumah."Shhh,jangan berani untuk tegur dia" Jawabnya dengan sopan lalu memberikan senyuman yang manis untuk Chanyeol.Chanyeol tidak mempedulikan amaran pembantu rumah tersebut lalu kakinya laju menuju kearah Ji hyo."Hai."teguran pertama Chanyeol.
"Hai."Balas Ji hyo lalu menguntumkan sebuah senyuman.Chanyeol mengambil tempat di sebelah Ji hyo."Biar saya mainkan."Dengan selamba tangan Chanyeol terus mencapai kekunci piano tersebut lalu mendendangkan sebuah lagu untuk Ji hyo.Ji hyo tersenyum riang sambil menghayati lagu tersebut.
Encik Kim kelihatan pelik kerana dia mengingatkan bahawa Ji hyo yang bermain piano tersebut untuk mendapatkan kepastian kakinya meluru ke tingkat bawah.Hatinya tenteram apabila melihat Ji hyo masih lagi di tempat yang sama namun dia tidak percaya yang Ji hyo boleh bermain piano dengan begitu cekap.Dia mendekatkan jaraknya dengan Ji hyo.Dia terus beredar apabila mendapati bahawa anaknya keseorangan.
Chanyeol segera keluar daripada persembunyiannya."Untung selamat." Chanyeol melepaskan keluhan berat.Telatah Chanyeol mengundang ketawa Ji hyo.Chanyeol mengaduh sakit dalam diam sambil mengurut dadanya."Waegurae,Chanyeol-ah?"soal Ji hyo setelah mendapati Chanyeol hanya berdiam diri."Tak da apa-apa."lalu memasuki sebiji pil berwarna putih ke dalam mulutnya.Untuk mengelakkan kecurigaan Ji hyo,Chanyeol terfikir idea lain."Ji hyo cakap aaa."Ji hyo menuruti permintaan Chanyeol.Chanyeol segera mengambil sebiji coklat lalu dimasukkan ke dalam mulut Ji hyo.Ji hyo tersenyum manis namun hati Chanyeol berdebar kerana jarinya tersentuh bibir Ji hyo.
*Skip*
Chanyeol memerhatikan keadaan sekeliling.Apabila sudah pastikan keadaan baik,Chanyeol mengajak Ji hyo.Chanyeol terlupa akan keadaan Ji hyo yang buta lalu kembali kepada Ji hyo serta menarik tangannya.Ji hyo terkejut denan tindakan selamba Chanyeol.Ji hyo akui yang itu pertama kali namja menyentuh tangannya selain daripada appanya."Song Ji hyo,awak tak teringin ke nak lihat muka saya?"soal Chanyeol." Kalau keadaan mengizinkan memang saya nak sangat tengok muka awak."Chanyeol gembira mendengar jawapan yang keluar dari mulut Ji hyo.

Tangan Ji hyo mencapai muka Chanyeol.Perlahan-lahan Chanyeol menutup matanya menikmati setiap sentuhan daripada Ji hyo.Sungguh dia akui yang dia sudah mula jatuh cinta terhadap yeoja buta tersebut.Chanyeol mengalihkan tangan Ji hyo,daripada mukanya turun ke dadanya.Dia ingin Ji hyo sedari yang Chanyeol ikhlas mencintainya bukan kerana simpati akan keadaan Ji hyo.Namun keadaan tidak mengizinkannya apabila dadanya kembali sakit.
Dua orang pengawal menerima arahan untuk mendapatkan Chanyeol yang semakin mendekati anak Encik Kim.Pengawal tersebut terus mendapatkan Chanyeol.Chanyeol mengerahkan seluruh tenaganya untuk terlepas daripada pengawal tersebut.Chanyeol semakin lemah lalu pengawal tersebut membawanya ke biliknya sendiri.Tanpa Chanyeol sedari ubat yang selama ini membantunya untuk terus hidup jatuh ketika dia meronta-ronta.Ji hyo tidak tahu keadaan sekeliling lalu terduduk ke tanah sambil tangannya mencari sesuatu.Dia pasti yang Chanyeol kehilangan sesuatu dan dia juga pasti yang ini merupakan pekerjaan appanya.Dia tahu yang appanya menyuruh pengawal untuk menjarakkan Chanyeol dan juga dirinya.
*Skip*
Setelah seminggu berlalu,Ji hyo asyik mengurung dirinya di dalam bilik kerana sudah seminggu dia tidak berjumpa Chanyeol.Makan minum Ji hyo juga tidak terurus,di tangannya cuma terdapat botol ubatan Chanyeol.Dia memegang seharian dan tidak mahu melepaskannya kerana dia berharap yang dia akan berjumpa Chanyeol.
Kedengaran pintu bilik music terbuka lalu piano segera dimainkan.Ji hyo terus bangun dari pembaringannya dan menghayati irama dari piano tersebut.Chanyeol memainkan lagu kesukaan Ji hyo namun jangka hayatnya tidak panjang menyebabkan dia pengsan di atas piano tersebut.Ji hyo mula berasa bimbang.Chanyeol segera dibawa ke hospital.Encik Kim mengambil tempat dan segera menyambung lagu tersebut untuk menghilangkan rasa curiga di hati Ji hyo.Ji hyo kembali tersenyum walaupun dia tidak tahu yang Chanyeol sudah pun pergi buat selamanya.Tiada lagi gurauan yang bermain di setiap rumah dan tiada lagi kelibat happy virus.
"Chanyeol ssi,mianhae I didn't see your love because I'm blind.But I love you eventhough you not here.Saranghae Chanyeol-ah."

TAMAT

K-IDOL IMAGINEWhere stories live. Discover now