kedua

9.4K 286 4
                                    

Dini Aqisha yang baru sahaja sampai di meja terkejut mendengar jeritan nyaring dari Raqish Iqbal. Para pekerja yang lain turut sama terkejut mendengarnya. Zara yang sememangnya meminati majikannya bergegas menuju ke bilik pejabat CEO syarikat itu.

"Tuan, tuan kenapa?" Dengan lagak prihatinnya itu, sempat lagi Zara mengeluarkan suara menggodanya.

Naik meluat Raqish mendengarnya. 'Aisshhh...sibuk aje minah ni, kaki aku yang tengah sakit bertambah sakit ada lah bila tengok minah sewel ni.' Bebel Raqish dalam hatinya.

"Alaa, tuan kalau terpesona dengan kecantikan luar biasa saya pun, tak payah la sampai tenung saya sampai macam tu sekali, malu kita tau." Hai la hai...makin bertambah gedik minah ni. "Kau panggil Dini Aqisha sekarang. Cepat sikit!!"

Tak perlu panggil kerana ruang meja Dini Aqisha hanya di luar biliknya sahaja. Setiap pekikan dan laungan darinya pasti dapat dengar oleh Dini Aqisha. Tetapi kali ini Dini Aqisha bertindak menyibukkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Zara yang keluar dengan muka cemberutnya terus menghentak meja Dini Aqisha sehingga mengejutkan si comel jelita Dini Aqisha. "Eh, kak Zara ni, buat terkejut orang je." Kata Dini Aqasha sambil mengurut dadanya.

"Sape kakak kau? Sesedap mulut je panggil aku kakak, aku muda lagi lah!!" Bentak Zara yang sememangnya sedang bengang itu. "Tuan panggil kau. Tak bosan ke tuan asyik tengok muka tempe kau ni." Sambungnya lagi sambil berjalan ke arah meja kerjanya.

Dini Aqisha memberikan jelingan tajam kepada Zara. 'Muka bukan main lawa ni, dia cakap tempe??? Ekau buto ka apo. Tak pe tak pe, we will see,you just wait dear.' Dini Aqisha terus bangun dan bergerak masuk ke dalam pejabat Raqish Iqbal.
"Haa kau, asal lembab sangat ni. Nak datang sini pun terhegeh-hegeh." Sekarang Raqish sudah berbaring selesa di kawasan set sofa mewah yang berada di penjuru biliknya. "Maaf tuan, tadi ada sesi luahan perasaan membara sekejap.heheheheh." Kata Dini sambil tersenyum paksa.

"Banyak la kau sesi luahan perasaan. Kau ingat office aku ni tempat bermadu kasih ke apa. Aku nak kau urut kaki aku ni. Ni semua salah kau, pagi-pagi dah buat aku geram."
Raqish sudah memberi arahan yang dikira tidak siuman bagi Dini Aqisha. Masakan dia hendak menyentuh kulit lelaki ini tanpa berlapik.

Sungguh mengarut majikannya ini. Walaupun dia bersikap agak kasar, tapi itu tidak bermakna dia tidak menjaga imej seorang muslimah. Majikannya ini sudah melebih-lebih ni. Tunggu kau.

Dini Aqisha mengambil kerongsang yang dipinkan ditudungnya lalu mencucuk-cucuk kaki majikannya menggunakan kerongsang itu. Apalagi, terus menjerit kesakitan lelaki itu.

"Woiii, kau nak bunuh aku ke apa?!! Aku bukan suruh kau bunuh aku, aku suruh kau urut kaki aku!!!" "Eleh tuan ni, over betullah. Mana ada lagi orang mati disebabkan kena cucuk dengan pin comel ni ha. Lagipun saya ada terbaca yang cara cucuk ni bagus untuk keluarkan toksik dalam badan melalui darah. Manalah tahu kot kot boleh kurangkan sakit tuan ni." Panjang lebar Dini Aqisha bercakap seolah-olah menyampai sebuah pidato.

"Eh, banyak la kau. Bak sini jarum tu biar au cucuk kau pulak, baru tau rasanya macam mana." Marah betul Raqish dengan perempuan cantik dihadapannya ini. Oppss...Raqish terpuji Dini Aqisha. Aish,menjatuhkan maruah lelaki maskulin je kau ni Raqish.

"Tulah tuan, ada ke patut tuan suruh saya yang urut tuan. Tuan ingat kita ni adik beradik kandung yang terpisah?atau adik beradik susuan tak pun laki bini? Sesuka hati dia je nak suruh saya urut. Panggillah Azrul ke,Nazim ke untuk tolong tuan." Bebel panjang Dini dengan sikap sambil lewa majikannya itu.

"Err...eh sapa nak ambik kau buat bini? Mulut tak pernah diam. Buat tambah kusut je. Err lagipun ak...aku saja je test kau tadi. Umm...haa test je tu." Kata Raqish tergagap-gagap. Sebenarnya dia mahu tutup malu. Dia hampir terlupa yang Dini Aqasha tidak seperti kebanyakan perempuan diluar sana.

Tengok sahaja dari pemakaiannya sudah menunjukkan Dini seorang yang sangat menjaga aurat dan batas pergaulannya. Hari ini Dini memakai dress ungu labuh dipadankan dengan wide shawl labuh bewarna kuning cair. Sangat sesuai dengan kulit putih mulus itu.

"Err..tuan, kenapa pandang saya macam nak telan je. Tuan tak makan dari pagi ke? Tuan lapar ek?" Dini Aqasha cuba menutup gugup dihati apabila diperhatikan begitu sekali oleh Raqish.

"Haa?? Erk..jangan nak perasan lebih boleh tak?aku tengok pintu pejabat aku tu haa. Dah lama sangat, patut ditukar pintu agaknya." Raqish Iqbal cuba untuk menutup malu dihadapan Dini Aqisha.

'Eleh tuan ni, macam aku tak nampak dia duk pandang aku atas bawah. Sempat lagi nak cover. Apelah pak cik sorang ni.' Dini Aqisha mencebik mendengar jawapan majikannya.

"Umm..nampak macam kaki tuan dah ok sikit. Kalau macam tu saya keluar dulu ya tuan. Nak bergerak ke site pulak." Dini berkata lalu melangkah keluar

"Eh, sape bagi kebenaran untuk kau keluar? Datang sini balik." Raqish kembali mengarahkan P.A nya untuk masuk semula ke pejabatnya.

Dini menjelingkan mata ke atas geram dengan sikap tuannya. "Ya tuan?" Pendek sahaja Dini membalas.

Raqish mencebik. "Hemm..kau tak payah pergi ke site tu. Aku dah suruh Saiful pergi dengan Azrul." Dini menjongketkan keningnya. Macam-macam betul majikan muda ini. Pening kepala Dini Aqisha melayan tuan muda di hadapannya ini.

"Kalau macam tu, saya pergi sambung kerja saya kat luar tu." Dini ingin memusingkan badannya untuk keluar. Tapi sempat ditahan oleh Raqish Iqbal sekali lagi.

"Aku tak bagi kau pegi site sebab aku nak bagi kerja lain kat kau." Raqish berkata sambil menyarungkan kembali kasut kulitnya.

"Kerja apa tu encik. Err..tuan." Dini tersenyum kambing menutup salahnya.

Raqish menjelingkan mata memandang P.A nya. "Kau ikut aku pergi airport." Pendek sahaja arahannya kali ini.

"Kali ini client dari mana tuan?" Fikirnya dia perlu menyambut client mereka dari luar negara.

"Bukan client. Tapi tunang aku." Raqish bergerak menghampiri meja kerjanya.

Si Dini Aqisha yang dibelakangnya sudah terlopong. 'Kenapa nak jemput tunang dia aku kena ada sekali?' Pelik betul perangai tuannya.

"Err..tuan. Kenapa saya kena pergi sekali?" Dini cuba bertanya kepada tuannya.

"Kau kena pergi sebab nak jadi driver aku." Raqish sudah siap dan bersedia untuk pergi. Tetapi Dini Aqisha masih tercegak di depan meja kerja Raqish.

"Aik, mana driver tuan. Pagi tadi saya nampak dia hantar tuan." Agak-agak la wei kalau nak suruh aku jadi driver dia. Dengan pakai dress macam ni. Korang rasa ada ke driver pakai macam ni?

"Kau ni kan. Semua benda yang aku suruh buat kau persoalkan kan. Driver aku balik hantar ibu aku pergi meeting." Raqish kembali bergerak ke mejanya bersebelahan Dini Aqisha.

"Ala tuan boleh drivekan. Tu tak termasuk dalam kerja saya la tuan. Saya banyak kerja nak dibuat." Dini seboleh mungkin tidak mahu bersua muka dengan tunang majikannya, cik Nina tu. Bukan dia tidak tahu perangai bakal doktor itu. Lebih sengal dari majikannya ini. Kerja nak menyakitkan hati orang je. Sesuai sangat la dua merpati sejoli ini.

Mencerlung mata Raqish Iqbal mendengar jawapan P.A nya yang baginya cukup berani membantah arahannya.

"Tak de, tak de. Kau kena ikut aku juga. Kau suka ke tak suka ke kena pergi cepat. Dah jom." Raqish Iqbal menarik kasar lengan Dini Aqisha sehingga menyebabkan wanita itu terdorong ke belakang.

"Ish, sakitlah. Apa pegang-pegang ni. Lepaslah. Sesuka hati je nak pegang orang. Ingat free ke?" Bebel Dini Aqisha yang cukup sakit hati dengan Raqish Iqbal.

"Oh aku ingatkan free je." Sempat lagi Raqish Iqbal mengejeknya.

Dini Aqisha sudah tidak dapat menahan marahnya. "Tuan jangan sampai saya terajang tuan dekat sini. Karang ada yang masuk hospital 3 minggu."

Terus terdiam Raqish Iqbal. Dia yang sudah sedia maklum dengan sikap anak kawan baik ibunya ini sudah tidak berani berkata apa-apa. Apa yang dia tahu, Dini Aqisha tidak takut untuk membelasah orang walhal lelaki sekali pun.

"Err..sorry." Itu sahaja yang mampu terluah oleh Raqish Iqbal.

Dini Aqisha memberikan jelingan maut kepada lelaki disebelahnya ini. Kemudian mereka terus berlalu ke KLIA untuk menjemput tunang majikannya.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now