prolog❤

211K 5.6K 420
                                    

"Petang ini, kami akan buat pemilihan bagi pasukan kawad kaki"

Terang Cikgu Inah. Aisya yang sedang memasukkan buku didalam beg terus berubah air muka.

"Untuk apa cikgu?"

"Untuk wakil daerah"

"Unit uniform apa?"

"Kadet" kata Cikgu Inah lagi.

Aisya mengangguk tanda faham.

"Tak kesah ke unit apa masuk?"

"Ni untuk peringkat daerah, Aisya. Semua unit boleh masuk. Pada hari pertandingan nanti je pakai baju krs, okay?"

"Saya pengakap. Boleh ke?"

Tanya Aisya lagi. Cikgu Inah tersenyum sabar. Tiba tiba kepala Aisya disekeh.

"Kau ni lembab lah" siapa lagi kalau bukan Zayyani yang menyekehnya.

"Aisya kalau bangun tidur memang blur"

Celah Furqan. Bahu Furqan dicubit oleh Aisya.

"Mana ada aku tidur.." Aisyah cuba membela diri.

"Aku dah dua tahun duduk sebelah kau Aisya. Kau tidur menonggeng ke berguling ke macam mana sekalipun aku dapat cam yang tu kau"

Bebel Furqan. Aisya sudah memerah muka.

"Aisya..Aisya.." telah Cikgu Inah.

"Dengar ye kelas. Siapa nak masuk stayback sampai pukul 1.20. Nanti datang dekat gelanggang bola tampar"

Pesan Cikgu Inah sebelum keluar dari kelas.

Furqan mencubit lengan Aisya.

"Nak masuk tak?" Furqan angkat kening.

"Entahlah. Aku tak bawak baju sukan lah. Mama takde kat rumah. Malas nak balik. So tak payah masuklah"

Aisya menggalas beg sekolahnya.

Tangannya dipaut oleh Zayyani.

"Alah masuklah.." Zayyani mula memujuk

"Tak comel lah Yani" kata Furqan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tak comel lah Yani" kata Furqan.

"Kau menyibuk lah. Aku nak pergi dating dengan Aisya pun susah"

Lengan Aisyah ditarik sekuat hati.

"Aisya, kalau kau nak masuk kau pinjam baju aku. Aku ada lebih" tawar Furqan.

"Oh serious? Aku pinjam baju kaulah" Aisya tersenyum.

Furqan juga tersenyum.

"Kau tak nak masuk?" Zayyani bertanya kepada Furqan.

"Yani masuk tak?" Furqan tanya semula.

Zayyani mengangguk.

"Furqan masuklah" Furqan memberi kata putus.

"Dah tu baju kau?" Aisya bersuara.

"Aku ada baju spare"

Usai menyalin baju, mereka bertiga terus menuju ke kantin. Apa lagi, untuk mengisi perutlah.

Seperti biasa, Zayyani mengambil tempat di sebelah Furqan, manakala Aisya duduk berhadapan dengan mereka.

Sedang mereka rancak berbual, Zayyani tiba tiba menggelabah.

"Dah pukul 1.20 beb. Jom! Nanti Abang Komander marah"

Zayyani dan Furqan masing-masing sudah terkocoh-kocoh menuju ke gelanggang bola tampar.

Aisya pula terpinga-pinga. Lambat-lambat, dia berjalan ke gelanggang bola tampar.

Sampai sahaja disana, kira-kira tiga puluh orang murid sedang elok berbaris dalam keadaan senang diri.

Aisya berkerut.

"Lambatnya kau jalan. Nak masuk kawad ke tak nak? Lemau punya perempuan"

Suara garau Abang Komander menegur Aisya. Aisya meletakkan begnya dilantai sebelum masuk ke dalam barisan.

"Masuk dalam barisan macam tu je? Tak minta maaf dengan aku?" Kata Abang Komander itu lagi.

'Apahal mamat ni' marah Aisya dalam hati.

"Minta maaf, saya buat salah" Aisya menundukkan badannya 90°.

Beberapa orang murid lelaki datang selepas itu dalam keadaan termengah-mengah.

"Kenapa lambat? Janji pukul 1.20 sekarang dah pukul 1.22!"

Suaranya menengking kuat. Aisya sudah menggenggam penumbuk.

"Yang lelaki, bumping dua puluh kali, yang perempuan sit up 10 kali"

Aisya dan murid lelaki yang lain terpinga-pinga.

"Pekak ke aku suruh?! Sekarang!"

Lambat-lambat Aisya melakukan bangkit tubi sebanyak sepuluh kali.

"Baru pemilihan lah bodoh.."

🌼🌼🌼

Hai, this is your author

Buku ini mula ditaip pada pengakhiran tahun 2015, dan di publish pada tahun 2016.

I was 14 back then, so this book is quite childish and cringey, I'm sorry for that. Ada juga certain part dalam buku ni yang tak kena dengan peralihan masa. Fyi, I'm a 2002 baby.

Certain parts are also quite different now as I decided ti edit this book a little bit. Thanks a lot for reading. For new readers, enjoy!

Abang Komander ✔Where stories live. Discover now