2. You're Good with Weird

5.2K 193 1
                                    

Farah halang matanya dengan tangan kerana terasa silau dengan cahaya kereta. Lampu kereta terpadam. Gelap kembali. Farah meninjau pemilik kereta yang tak mahu keluar. Dia yakin bukan Fattah. Kazz? Bukan, kerana kereta Kazz bukan ini. Kazz cuma ada Harrier je tapi ini BMW. Mewah sungguh!

Pintu kereta terbuka. Kazz turun dengan wajah yang tenang. Berjalan perlahan ke arahnya yang masih tak percaya. Kazz?

"Kau buat apa termenung lagi. Nak juga aku jemput kau naik. Bajet macam tuan puteri je." Kazz buat ayat menyakitkan hati Farah padahal dalam hati nak cakap lain. Dah lama Farah tak berhubung dengan dia sejak Farah ada 'teman' baru.

"Farah... kau okey tak ni?" soal Kazz prihatin. Muka Farah macam terkejut. Macam tak percaya dengan dia je...

"Okey, cuma tu..." Jari Farah tunding pada BMW Z4 yang berwarna silver. Parkin elok depan tempat dia berdiri. "Kereta siapa?" Dia pandang Kazz yang dah tersengih-sengih.

Kazz pun pandang kereta dia kemudian pandang Farah balik. "Ohh... tu kereta aku. Kenapa? Terkejut? Tak percaya ehhh?"

Farah angguk laju- tak percaya. Kazz minat kereta BMW? Itu masalah sebenarnya. Kazz memang anti dengan jenama BMW ini tapi atas sebab tak munasabah sebab ayah dia pun pakai BMW jadi dia tak nak ikut sama pakai. Nak tengok pun tak hendak.

"Kau kena percaya juga, Farah. Sebab..." Kazz lihat Farah yang masih keadaan terkejut. "Aku dah jadi peminat BMW ni sejak kau tinggalkan aku sorang-sorang." Dia tersengih.

Farah mencebik.

Kazz hanya angkat bahu- tanda tak tahu.

"Cepatlah, naik... dah malam ni nanti kena tangkap khalwat pulak kita ni. Tak pasal-pasal masuk surat khabar esok. Dahlah tak ada orang sangat ni..." Kazz buat muka saspens. Farah buat muka takut- pura takut.

"Eee... takutnya kita. Tak apalah. Kahwin bajet apa."

"Kahwin bajet? Macam menarik... Sudi ke?" Kazz angkat kening. Sengaja mengusik.

"Gila! Nak kena maki dengan mama? Uncle Makhtar tu?" Farah geleng kepala. Kazz hanya garu kepala yang tengah gatal. Sungguh!

Mata mereka bertentang. Dua-dua senyap. Tak terkata. Kemudian, dah rasa macam lebih dua saat, ketawa mereka meletus. Tak sangka sungguh, dah lama tak gelak bersama-sama. Rasa macam empat tahun jugaklah.

Kazz dan Farah sama-sama jalan beriring masuk ke perut kereta baru milik Kazz. Tapi mereka tak sedar, ada yang memerhatikan kemesraan mereka bersama.

Fattah merengus. Laju dia meninggalkan tempat tersebut. Ingatkan, nak memujuk Farah yang baginya masih lagi kat taman ini, tapi lain pula yang dia nampak. Farah dan Aaisyah lebih kurang sama je, prejudis Fattah.

[Completed] Wedding DressWhere stories live. Discover now