Hobi Menyikat Rambut

3.9K 146 13
                                    

Aku suka sikat rambut aku pada waktu malam. Selalunya sebelum masuk tidur.

Pukul 12 malam.

Aku terus menuju ke bilik. Niat mahu terus tidur tapi masih ada perkara lagi yang perlu aku laksanakan. Segera aku menarik kerusi di meja solek dan duduk. Tangan mencapai sikat yang baru saja dibeli oleh ibu siang tadi.

Aku pun mula menyikat rambutku.

Sikatan pertama, masih ok.

Sikatan kedua, masih ok juga.

Sebelum masuk ke sikatan ketiga, aku pun kembali merenung ke cermin yang betul-betul di hadapan aku. Besar pula saiznya. Lama aku perhatikan.

5 saat.

10 saat.

Ouh baru aku perasan. Rambut aku hanya paras atas bahu saja. Tapi refleksi cermin menunjukkan sampai ke paras pinggang. Aku tenung lagi apa yang ada di dalam cermin. Ouh lagi sekali kau tersentak. Ada orang rupanya dalam bilik aku. Elok je merangkak dari pintu bilik dan sekarang nak dekat sampai kat tempat aku duduk ni. Tapi muka tak nampak dan rambutnya juga paras pinggang.

Badan aku pun dah terasa 'letih' sangat, sampai malas nak gerak, Jadi, aku terus duduk di kerusi itu sambil 'menunggu' dia.

SeramShitWhere stories live. Discover now