Kanan Dan Kiri

5.1K 209 12
                                    

Aku menyewa sebuah bilik di apartmen yang sedang-sedang sahaja rupa binanya. Kawasan tu dekat dengan tempat kerja aku. Jadi, bolehlah aku menjimatkan duit minyak motor sebab sekarang ni semua benda mahal. Mana ada dah makanan yang harganya RM3 ke bawah macam dulu. Semuanya RM4 ke atas. Tapi aku terpaksa berkongsi dengan seorang mamat ni, Zafran namanya. Aku ni jenis tak kisah berkongsi bilik. Jadi disebabkan sifat aku yang sedemikian rupalah kami menjadi kawan.

Lebih kurang dalam pukul 3 pagi, aku mendapat mesej daripada si Zafran ni. Mesejnya tertulis begini...

'Amir! Temankan aku weih! Aku takut! Tempat ni gelap-gelita.'

"Tinggg!" bunyi deringan telefon aku yang menandakan ada mesej masuk.

Lalu aku buka dan baca...

'Aku bergurau je lah. Janganlah kecut sangat. Aku ada kat sebelah kau ni!'

Aku berfikir sejenak. Gila ke si Zafran ni buat lawak pukul 2 3 pagi. Esok nak kerja. Aku pun menoleh ke sebelah kananku. Katil aku dan Zafran seorang satu katil single ok! Tak ingin aku nak tidur sekatil dengan dia.

Berbalik semula. Situasi amat berbeza dengan sangkaan aku. Dia seakan lena tidak sedarkan diri. Cahaya lampu daripada telefonnya juga tidak ada. 

"Tinggg!" mesej masuk.

'Bukan belah kanan tapi belah kiri. Penat aku tunggu kau pandang aku kat sini'

Macam mana Zafran?...dalam keadaan separuh ketakutan serta perasaan ingin tahu, aku memusingkan kepalaku perlahan-lahan ke sebelah kiri

SAH! MEMANG DIA!

SeramShitWhere stories live. Discover now