Tarik Dan Tarik

1.3K 57 9
                                    

Waktu malam. Kaki aku membuka langkah malas menuju ke bilik air. Sudah jam 8 malam.

"Argh...aku terlepas Sayangku Kapten Muhkriz!"

Inilah akibat tidur tidak sedarkan diri. Maghrib lupa, drama cinta ingat pula. Biasalah kan, manusia? Nafsu dunia kadang-kala lebih kuat menguasai diri.

Tombol air hujan aku pulas. Pulas sehingga menampakkan hasil curahan air. Nasib baiklah air pada kali ini tidak terlalu sejuk. Mungkin cuaca pada hari ni panas. Selalunya hujan.

"Eh...rambut siapa yang banyak sangat kat dalam mangkuk tandas ni?!" desis hati kecilku.

Aku mula membongkok dan termenung seketika. Setahu aku, aku memang tinggal sorang dan tak pernah pula mak atau saudara mara datang guna bilik air aku.

Dan...dah genap 1 tahun diorang tak datang rumah aku sejak aku keluar daripada pusat serenti akibat dadah. Tapi aku dah bertaubat. Hidup aku kini lebih baik berbanding dahulu cuma ada juga masa yang aku rasa stress sangat!

Memang kebelakangan ni rambut aku gugur tapi tidaklah gugur sebanyak ini dan tak mungkin sehingga penuh lubang jamban ni dalam masa sehari je? Aku malas nak layan kerenah minda yang mula mahu berhalusinasi seram.

Pancutan air masih lagi dibiar terbuka. Bunyian hempasan titisan air kedengan air memecah kesunyian malam dan kepenatan badan akibat kerja.

Tangan mula dituju ke dalam lubang mangkuk tandas...

Mula memegang segumpal rambut yg agak tebal.

Ditarik perlahan...perlahan...perlahan

Pang!!!

"Astaghfirullah! Bodoh punya mangkuk tandas! Tiba-tiba tertutup apahal..." untuk hari ini, ini kali pertama aku mencarut dan memaki hamun.

Lampu pula mula memainkan suasana seram. Biasalah...

Berkelip-kelip lampu kalimantang
Kadang hilang, kadang datang...

Aku mula hilang kesedapan hati. Pelbagai perkara aneh dan seram mula terbayang dalam fikiran.

Tapi...itu semua hilang selepas...

Tangan terasa ditarik...

Aku panik!

"Ah sudah, mende apa pulak ni?" hati kecil mula ketakutan.

Tup! Lampu pun terpadam...

Mata aku masih tidak melilau selain melihat tangan aku yang masih menggenggam segumpal rambut sejak lampu berkelip-kelip tetapi kini terpadam secara penuh.

Dan...penutup mangkuk tandas masih tidak aku buka. Mula kedengaran bunyi geseran air.

BUKAN! BUKAN!! Bunyi flush...

Hati, jiwa dan minda hanya mengingati tuhan untuk melindungi aku. Sudahlah ibarat sebatang kara, kini diganggu ketenteraman hidup pula.

Tup! Lampu menyala

Alhamdulillah! Perkataan pertama yang keluar apabila keajaiban berlaku. Segera aku mengalihkan pandangan ke dalam mangkuk tandas yang sudah TERBUKA!

"Abang...pulangkan rambut saya..."

Aku mula tenggelam dalam tangisan seorang perempuan yang berwajah sayu, hodoh dan penuh dendam. Hanya kepalanya yang diperlihatkan tanpa jasad...

Pengajaran:

Jika ada gumpalan rambut, jangan lah ditarik. Mungkin anda akan mendapat respon. Respon oleh penantian lamanya...









Mangsa baharu malam ini mungkin?









You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SeramShitWhere stories live. Discover now