Chapter 9

5.2K 192 18
                                    




"Aku terima nikahnya Nuraina Nadiah Binti Azhar Sulaiman dengan......."

Bukk!

"Aduhh! Sakitnya bontot aku. Macam mana la aku boleh jatuh katil ni? Padahal aku dah letak bantak kiri kanan kot. Sekarang pukul berapa eh? Macam awal lagi je." Aina cuba mencapai telefon bimbitnya untuk melihat waktu sekarang.

2.50 a.m

'Shit! Awal lagi. Kenapa aku boleh mimpi sebegitu rupa?' sambil Aina monolog, dia terus pergi ke tingkat atas yang menghubungkan tangga ke rooftop. Tempat segala masalah yang akan dia luahkan.

Rooftop. Bila dengar nama ni je mesti Aina akan pergi, tak kira la dimana saja dia berada. Rooftop ni ibarat kawan baik dia selepas Isya dengan Karl.

"Rooftop, Allah tahu aku kuat, kalau dia tahu aku tak kuat, dia takkan uji aku dengan perkara macam ni.

Apa apa pun aku mesti kuatkan semangat aku. Aku tak boleh lemah. Aku seharusnya kuat, aku tak boleh tunjuk yang aku ni lemah.

Esok aku harus tunjuk yang aku kuat, jangan sesekali tunjuk yang aku ni lemah di mata dia." Sambil Aina meluahkan perasaan, air matanya gugur jua.

Tanpa dia sedar, angah sentiasa memerhatinya dari tadi.

✖️✖️✖️✖️

Persiapan majlis Zhaf dengan Belle hampir 90% siap. Cuma tunggu pengantin untuk esok hari saja.

Belle terlalu gembira, atau yang lebih senang lagi dia tak payah nak cari bapa kepada anak yang dia kandungkan.

Akhirnya, rancangan Belle dah hampir berjaya. Ya. Belle mengandung. Sebab itu dia hendak cepatkan tarikh perkahwinan mereka.

Dia takut kandungan dia bakal mencecah bulan dan ini akan menyebabkan Zhaf hairan.

"Hai bakal pengantin, tak tidur lagi ke? Awak tu esok nak jadi suami orang. Nak pikul tanggungjawab yang besar." Zara. Kakak sulung kepada Zhafran. Zara sudah berumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Belum ada rezeki katanya.

"Dah la along, tak payah nak usik orang sangat. Along, sebenarnya kalau boleh Mika taknak teruskan perkahwinan Mika dengan Belle." Zara begitu terperanjat dengan percakapan Zhafran. Sedangkan esoknya majlis mereka akan berlangsung. Lain la kalau bulan depan, masih ada pilihan untuk mencari calon.

"Hati Mika dah ada orang lain long. Lagipun perangai dia lagi elok long. Dia tak macam Belle, dia lain along. She's different. Dan yang paling peting, dia dah berjaya curi hati Mika. Hati Mika berbelah bahagi long, nak jaga hati umi atau hati Mika sendiri. Mika taknak kecil kan hati umi." Zhaf dah mula bercerita dekat Zara. Bila cerita mengenai Aina, senyum hingga ke telinga. Betapa besarnya pengaruh Aina kepada Zhaf.

'Aku nampak muka bahagia Zhaf bila dia cerita tentang perempuan yang dia minati. Sedangkan bila bercerita pasal Belle, muka dia dah macam ayam berak kapur.' Desis hati kecil Zara.

"Ngah kau jangan main main ngah. Esok ngah, bukan next month. Siapa perempuan yang dah berjaya curi hati angah tu along nak tahu."

"Tapi andai kata benar Allah dah temukan jodoh Angah, maka jodoh angah dengan Belle. Zhaf akan cuba menyayangi Belle macam mana dia sayang ngah. Aina long. Kenal tak? Anak Uncle Azhar, adik kepada Aiman Haiqal dengan Aiman Haziq tu la. Kembar yang uruskan Hilton Empire tu."

" What?! Anak Dato'Azhar Sulaiman?! Kawan baik kepada umi dengan abah?! Anak perempuan tunggal tu?!" Suara Zara dah naik seoktaf.

"Along! Kau senyap la sikit. Perlahankan suara kau. Kang dorang semua ni bangun, habis la kita. Ye. Dia la."

Siapa Jodohku? Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang