Chapter 7

4.9K 193 6
                                    

"Mana pula mamat sewel ni. Lambat betul. Janji melayu macam ni la. Dah la Aina taknak keluar dengan aku. Baru nak dating." Keluh Zhaf sambil menunggu seseorang.

"Woi bro! Sorry aku lambat. Adik aku nak ikut aku haa."

"Kau ni kan memang paria kepala batas la. Aku tembak kau dengan senapang patah kang baru kau tahu." Marah Zhaf

"Angah! Kenapa tinggal adik sorang sorang tadi? Tahu tak adik terjatuh."

'Aik! Suara ni macam aku kenal je. Kenapa macam familiar. Takkan aku angau teruk sampai macam ni sekali. Tak mungkin tak mungkin. Dia kata dia nak pergi pejabat abang abang dia." Desis hati Zhaf sambil mengeleng geleng kepal dan tertunduk. Tidak mengangkat lagi kepalanya.

"Ngah, kawan angah ni betul ke tak. Tergeleng geleng kepala dah kenapa. Dahtu asyik tunduk je. Kenapa?" Bisik Aina kepada Haziq yang hanya didengari mereka berdua.

"Entah la. Wei! Kau kenapa? Sekejap geleng, sekejap tunduk dah kenapa?"

"Takde la. Eh Aina! Buat apa dekat sini? Datang dengan siapa?" Zhaf terkejut dengan kehadiran Aina disisi Haziq.

'Alamakkk! Zhaf pula yang aku jumpa dekat sini. Adudu. Cemana ni." Aina mula membisik kepada hatinya. Hahahaha

"Saya datang basuh baju haa dekat sini. Dah tahu datang kedai makan, nak makan la. Takkan nak basuh baju." Selamba sahaja Aina menjawab.

"Korang dah kenal ke?" Tanya Haziq dengan nada kehairanan.

"Haa mesti korang ada apa apa hubungan kan? Baik korang bagi tahu cepat. Sebelum ngah report dekat papa dengan mummy."

"Manade ngah. Kitorang kawan je. Kita orang dah banyak kali terserempak. Kebetulan."

Selepas mereka sudah makan, Haziq terlupa yang dia ada meeting dengan klien yang datang dari Australia. Jadi dia tidak dapat menemani Aina pergi window shopping.

"Siapa nak teman adik ngah? Kenapa angah tak kasi tahu awal awal?" Air mata Aina sudah bergenang.

"Tu haa. Zhaf ada. Ajak dia teman. Nah ambil ni. Jangan boros sangat." Terus Haziq menyua kad kredit dan berlalu pergi meninggalkan mereka.

✖️✖️✖️✖️

"Awak jom kita masuk kedai hadiah ni kejap. Saya nak beli hadiah dekat Isya. Awak kenal lagi kan Isya?"

"Aaa yee saya kenal lagi dia. Jom la"

✖️✖️✖️✖️

"Biy, beli la bear ni dekat i. I teringin sangat nak ada satu. Beli satu ye dekat i?" Pujuk Belle dengan suara gediknya kepada lelaki di sebelahnya.

Tetiba Zhaf macam terdengar suara Belle.

"Oh! Ini la kerja kau! Selama ni mati mati aku percaya dekat kau! Macam ni kau balas dekat aku? Aku nak kahwin dengan kau dah cukup baik tahu tak?!" Zhaf sudah berang dengan perangai Belle.

"Baby, apa ni baby? Apa kahwin kahwin? You kata nak kahwin dengan i nanti." Lelaki disebelahnya mula bersuara.

"Kau ni siapa?! Aku tak kenal kau la. Dah kenapa tetiba je kau datang kacau aku." Belle cuba menjawab dengan berani. Padahal dalam hati dah cuak. Jangan kantoi sudahlah.

Belle terus menarik tangan lelaki yang berada disebelahnya supaya rancangannya tidak terpecah disitu.

Double update!! Tapi pendek. Hahaha author buat dua chappy. Sorry gais. Mungkin author tak on nanti. Hehe. Media diatas tu Belle. Comelkan? 😜

Siapa Jodohku? Where stories live. Discover now