Chapter 4

5.8K 195 3
                                    

'Singapore! Aku datang! Tak sabarnya aku nak shopping dekat sini!' Jerit hati kecil Aina.

Aina pergi SG hanya bawa backpack Adidas waterproof berwarna hitam dan luggage bercorak kucing gebu iaitu Garfield. Isya pula bawa backpack Nike merah hitam dan luggage yang bercorak one direction. Well sekarangkan banyak benda yang boleh buat sendiri.

OOTD mereka untuk harini sangat simple. Aina memakai blouse putih singkat didepan labuh dibelakang. Singkat pun atas lutut. Labuh sampai ke atas buku lali.

Jeans skinny berwarna hitam menjadi pilihannya dan sport shoes Adidas ZX Flux hitam putih menjadi teman di SG sepanjang percutian mereka. Bawal crepe hitam menjadi pilihan.

Mereka terus ke balai ketibaan untuk berjumpa dengan seseorang.

"Ohemgii! Wei Aina, tu bukan ke Karl?! Karina Rizfia?!" Isya terus berlari menuju ke arah Karina dan terus memeluk Karl tanpa menghiraukan peminat peminat Karl.

Semenjak Karina berpindah ke SG bersama keluarganya, dia sudah jarang pulang ke Mont Kiara. Sekarang Karl sudah menjadi penyanyi yang terkenal di negara tersebut dan mungkin pada bulan hadapan Karina akan pulang menetap semula di MY untuk mempromosi album ketiga dia dan menjadi penyanyi di MY.

Okay, Karina ni kawan baik Aina dan Isya semasa mereka di tingkatan 1. Karina sangat sedih apabila dia berpisah dengan mereka.

Kesedihan dia memakan masa selama sebulan. Dalam masa sebulan dia mereka lirik lagu yang bersesuai dengan keadaannya.

Selepas dia merakam video nyanyianya ke dalam youtube dia mendapat banyak komen positif dan ada segelintir komen negatif. Ramai yang menyuarakan pendapat supaya Karl menyertai pertandingan menyanyi yang diadakan di seluruh SG.

Tak lama selepas itu, nama Karl kian meningkat dan ini agak mengejutkan Aina dan Isya. Mereka tidak menyangka bahawa Karl sudah menjadi artis terkenal ketika berusia 15 tahun. Siapa sangka muda muda begitu sudah menjadi artis.

"Hey karl! Kau apa khabar? Lama doh kau nak contact dengan kita. Aku rindu sangat dengan kau." Kata Isya dengan nada yang sayu.

"Ala kau tak payah nak sedih sangat la. Bukannya kita tak jumpa dah. Tu yang kau tinggal Aina dekat belakang sorang sorang kenapa?" Karl terus berlalu ke arah keretanya agar dia tidak dikerumuni dengan peminat fanatiknya.

Aina kelihatan termengah mengah menarik bagasi miliknya dan Isya.

✖️✖️✖️✖️

"Selamat datang ke teratak aku yang tidak seberapa ini." Karl mengalu alukan kedatangan sahabat sahabatnya.

"Cantik gila weh rumah kau. Ini dah banglo bertingket tingket." Aina kelihatan teruja melihat rumah Karl.

Mana taknya, hiasan dalaman semua barang buatan itali. Rumah Karl dekat dengan Marina Bay Sand. Pemandangan disitu sungguh cantik sekali. Rasanya sekejap lagi mesti aina pergi taman rekreasi.

Aina, walaupun badan tu agak kurus dan kepeng hehe dia seminggu 3 kali dia mesti akan bersenam, takpun dia berzumba. Even dekat London pun dia buat macam tu, sibuk macam mana sekali pun. Kesihatan tetap penting.

✖️✖️✖️✖️

Flashback

"Ummi tak kira! Ummi nak Mikha kahwin jugak dengan Belle! Belle kata dia nak cepatkan tarikh perkahwinan...."

"Tapi umm..."

"Takde tapi tapi! Keputusan ummi muktamad!"

End of flashback

"Aryan, meeting kita habis pukul berapa?" Bisik Zhaf kepada PA nya iaitu Aryan Danish

"Lagi 15 minit rasanya kalau Dato Muqri tiada apa apa hal. Kenapa?" Tanya Aryan dengan nada pelik.

Selalunya si Zhaf ni mesti akan fokus untuk projek yang memakan berjuta juta ringgit dan takkan sesekali tanya meeting habis pukul berapa.

Selalunya dia la akan melambatkan lagi meeting untuk memuaskan hatinya.Tetapi harini dia nampak macam lain. Macam ada masalah mengunung.

Lima belas minit kemudian

"Weh kau pahal asyik mengelamun je? Aku tengok kau tak fokus langsung untuk meeting tadi. Kau ada masalah ke?" Aryan menanya Zhaf yang kelihatan mengelamun.

"Takde la. Weh area Marina Bay Sand ni dekat mana cafe yang best eh? Cuba kau search pakcik google."

"Alaa bro, starbucks kan ada."

"Taknak ah aku. Hari hari minum starbucks nanti muka aku pun jadi macam bintang dekat lampu bilik tidur aku."

"Eh kauuu macam adik aku la ada lampu tidur corak bintang. Hahahahaha. Bintang dengan Zhaf? Wow! Padan siakkk. Hahahaha" Gelak Aryan tanpa mempedulikan wajah Zhaf yang masam mencuka.

"Dah la kau! Cepat search. Aku lapar ice latte dahni. Tidak aku potong gaji kau." Ugut Zhaf

"Hishhh kau ni la. Kejap... Haaaa dah jumpa pun, The Connoiseur Concerto. Katanya kat cafe ni menggunakan 100% Arabica beans roasted. So amacam?" Tanya Aryan sambil terangkat angkat keningnya.

"Ahhh aku okay je. Dah la jom gerak."

Media di atas gambaran Zhafran Mikhail. Author blurkan dulu. Nak kasi suspen dekat korang.
Haa korang, baca balik sinopsis. Author tukar sebab author nak pendekkan jalan cerita. Hehe. Dont forget untuk vote dan comment.
Much love from author 💞

Siapa Jodohku? Where stories live. Discover now