[MIL] : NINETEEN

2.3K 226 8
                                    

Hyojung meletakkan satu dulang air ke atas sebuah meja bulat di sudut cafe sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

" Gumawo-yo, Hyojung-ssi. " Jimin tersenyum kecil sementara Hyojung sekadar mengangguk perlahan.

" Changkyun takde datang ke? " Jimin menyoal sebaik sahaja meletakkan semula cawan kopinya ke atas meja. Hyojung mengangguk kecil.

" Pagi tadi dia ada datang, beli kopi. Lepastu dia chaw. Katanya ada kelas tambahan. " Hyojung memberitahu. Jimin menganggukkan kepalanya dengan mulut membentuk o.

" Eunji? " Jimin bertanya lagi sebelum menghirup perlahan kopi yang dipesannya tadi. Hyojung menggerakkan sedikit badannya ke hadapan.

" Ni yang aku nak cerita. " sebelah kening Jimin terangkat tatkala mendengar kata-kata Hyojung yang bagaikan penuh misteri itu.

" Apa dia? "

" Semalam, kitorang ada lah chatting sekejap. Lepastu, dia bagitahulah yang Mingyu tak layan dia lepas balik dari cafe dua hari lepas. " Hyojung memberitahu apa yang diceritakan oleh Eunji. Sebelah kening Jimin terangkat.

" Kenapa? " Jimin menyoal, mengharapkan cerita selanjutnya dari Hyojung. Namun, Hyojung sekadar menjongket bahu.

" Molla. Eunji pun tak tahu kenapa. " ujar Hyojung sebelum menyedut kopinya. Jimin terdiam. Adakah salah dia sebab bawa Eunji keluar haritu?

--

Eunji melangkah masuk ke dalam kondo-nya dengan badan yang menggigil kesejukkan. Kasutnya yang sudah basah diletakkan di atas rak kasut kemudian pandangannya beralih ke arah plastik barangan yang juga sudah basah dipenuhi air.

" Ma snek .. " Eunji merengek kecil sambil mengeluarkan bungkusan snek yang baru dibelinya tadi. Bajunya yang basah kuyup diperah.

Flashback

Eunji mencapai segala snek yang dirasakan enak dan dimasukkan ke dalam troli. Selepas memastikan ke semua barang yang sepatutnya dibeli sudah didapatkan, dia mula melangkah ke arah kaunter untuk membuat bayaran.

" Kamsahabnida .. " Eunji menundukkan sedikit kepalanya kepada cashier di kaunter tersebut sebelum menjinjing plastik sneknya keluar dari supermarket itu.

" Okay, jjang ! " Eunji mengeluh perlahan. Masa beginilah baru hujan nak turun. Eunji mendongak, memandang langit yang tidak berhenti mencurahkan air ke bumi. Tenang. Ya, Eunji suka dengan waktu hujan begini. Hatinya tenang.

Tidak semena-mena, sedang asyik Eunji termenung sendiri di hadapan supermarket itu, sebuah basikal telah melanggar lopak air dan menyebabkan Eunji terkena percikan air tersebut. Bukan sedikit, tapi banyak. Eunji tersentak.

" Mianhaeyo ! " penunggang basikal itu menjerit sambil menoleh ke arah Eunji, namun tidak pula dia berhenti untuk melihat keadaan Eunji yang sudah basah kuyup itu. Eunji sekadar tersenyum kelat sambil mengangkat tangan kanannya tanda tidak mengapa. Penunggang basikal itu kembali memecut basikalnya meninggalkan Eunji yang sudah mula kesejukkan.

" Alang-alang dah basah ni, baik redah terus. " dia membuat kata putus dan terus meredah hujan untuk pulang ke kondonya yang hanya terletak selang beberapa blok dari supermarket tersebut.

End of flashback

" Ha-HA-HACHUMM ! " Eunji mengelap hingusnya yang meleleh dengan tisu yang setia di tangan sejak dia selesai bersihkan diri tadi. Inilah padahnya pergi redah hujan, kan dah mula tak sedap badan.

Eunji menghempaskan badannya ke atas katil. Kepalanya berasa pening tiba-tiba. Mungkin yang tadi tu hujan asid.

Dia mencapai telefonnya dan butang on ditekan. Baru pukul 5 petang, satu jam sebelum Minggu pulang ke rumah. Jadi, dia mengambil keputusan untuk tidur sekejap, dengan harapan apabila dia bangun nanti sakit dikepalanya itu berkurangan.

Baru sahaja matanya mahu terlelap, telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama Jimin di skrin telefon.

" Wae? " Eunji menyoal sebaik sahaja punat hijau ditarik. Selimut mula ditarik hingga ke paras dada apabila badannya tiba-tiba sahaja terasa seperti di kutub utara.

" Kau dekat mana, Eun? " Jimin bertanya di hujung talian. Mata Eunji meliar memerhati segenap ruang bilik.

" Dekat dalam bilik. Kenapa? " setiap ayat diakhiri dengan tanda soal, bagus.

" Em .. kau dengan Mingyu okay? " suara Jimin mula menurun. Eunji tersentak.

" Kenapa kau tanya? " Eunji bertanya. Terdengar keluhan kecil di hujung talian.

" Hyojung dah bagitahu tadi. Tu sebab kita keluar berdua haritu ke? " Jimin menyoal. Eunji menipiskan bibirnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa Mingyu berkelakuan pelik sebegitu.

" Na molla. Tapi aku rasa ya. "

" Tu lah kau. Aku dah suruh bagitahu dia, kau taknak. Kan dia dah salah faham. " ujar Jimin mendatar. Eunji mengeluh. Dia sedar yang dia sepatutnya beritahu tentang hubungan sebenarnya dengan Jimin pada Mingyu.

" Nanti aku bagitahulah. Jiminie, kau boleh tolong aku? "

" Tolong apa? "

" Tolong call omma aku, suruh dia hantarkan bubur ayam. Aku nak tidur kejap. " Eunji meraba dahinya. Sudah mula panas.

" Kau demam ke? " soal Jimin dengan nada risau, Eunji boleh tahu dengan hanya mendengar daripada suaranya.

" Cuma tak sedap badan sikit. Tolong eh? "

" Arraseo. "

--

Mingyu menekan butang pada kunci keretanya sebelum berjalan meninggalkan parking lot tersebut. Langkah diatur perlahan ke arah lif. Matanya yang sudah sedia sepet itu makin mengecil, memerhati dua sosok tubuh yang seperti dikenalinya sedang berdiri di hadapan pintu lif. Mungkin mahu naik ke atas juga.

" Omma? Manse? " Mingyu membuka penutup mulutnya kemudian tersenyum ke arah Puan Jung.

" Ah, Mingyu-ah. " Puan Jung menegur. Mingyu mengangguk kecil sambil mengusap lembut rambut Manse di sisinya.

" Omma buat apa dekat sini? " Mingyu menyoal hairan. Maklumlah, mak mertuanya yang seorang ini bukanlah jenis yang sentiasa ada masa lapang untuk menjenguk mereka di sini.

Puan Jung mengangkat sedikit plastik hitam ditangannya sebelum berkata, " Ni ha, omma nak hantar dekat Eunji. Jimin kata Eunji tak sihat, pastu dia suruh omma buatkan bubur ayam ni. "

Mingyu tersentak.

" Jimin? Omma kenal Jimin? " Mingyu menyoal. Manalah tahu, Jimin yang dimaksudkan Puan Jung ini bukan Jimin yang rapat terlebih dengan Eunji itu.

" Mestilah kenal. Jimin tu anak buah omma, sepupu Eunji dengan Manse ni ha. " bagai batu dihempap ke dada, Mingyu terdiam. Ternyata selama ini dia cemburu dengan sepupu isterinya, merangkap sepupunya juga. Puan Jung perasan akan perubahan pada muka Mingyu.

" Mingyu-ah, wae? " Puan Jung menyoal. Mingyu tersenyum pendek sambil menggeleng perlahan. Puan Jung menyerahkan plastik hitam itu kepada Mingyu.

" Nanti tolong bagi dekat Eun, ya? " pesan Puan Jung.

" Omma taknak naik dulu? " Mingyu mencapai huluran plastik itu kemudian menatap wajah Puan Jung yang tersenyum.

" Takpelah, omma ada hal ni. Omma balik dulu eh? " Puan Jung menepuk lembut bahu Mingyu sebelum memaut lengan Manse dan mula berjalan meninggalkan Mingyu.

Mingyu memandang sekilas plastik hitam di tangannya sebelum melangkah masuk ke dalam perut lif.

" Jimin .. sepupu Eunji .. okay cool. Aku cemburu dengan sepupu aku sendiri. what the hell is wrong with you, Kim Mingyu ! " Mingyu mengeluh perlahan. Mujurlah cuma dia yang menggunakan lif pada masa itu, kalau tidak, pasti dia akan dicop gila oleh orang sekeliling. Yelah, cakap sorang-sorang.

--

TO BE CONTINUE

# syafiqa-tak-reti-buat-ending
# jadi-cerita-ni-takkan-ada-ending
# hahahahaha

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now