[MIL] : SIX

2.4K 248 16
                                    

Eunji duduk bersandar pada sofa empuk di ruang tamu. Sendirian. Mingyu masih belum pulang dari kerja. Telefon di sisi dicapai. Dia kembali menyambung rutin hariannya selepas bergelar isteri kepada seorang idol, iaitu 'menyetalk' suaminya di youtube.

Pintu rumah mula berbunyi, menandakan ada orang masuk. Eunji tersentak dan telefonnya diletakkan ke tepi. Dia memandang ke lorong di mana pintu rumahnya berada.

" Suprise ! " Mingyu menjerit teruja. Eunji membeliakkan matanya dan mulutnya turut dibuka luas.

" We wish you a merry christmas we wish you a merry christmass, we wish you a merry christmas, and a happy new year ! " Mingyu tersengih kecil. Eunji memerhati Mingyu dari atas ke bawah.

Snowcap merah putih, baju besar merah putih, jambang palsu bawah mulut, cermin mata bulat yang langsung tiada cermin dan satu beg besar berwarna merah yang lebih kepada sebuah guni di tangan.

" Annyeong, Santa Gyu is here ! " Mingyu berkata teruja. Eunji memeluk tubuh dan senyuman manis terukir di bibir.

Mingyu melangkah mendekati Eunji dan melabuhkan punggungnya di sebelah Eunji.

" So, where is my present, Santa Gyu? " sengaja Eunji menekankan perkataan 'Santa Gyu' dalam ayatnya. Mingyu tersenyum teruja dan mula membuka guni merahnya.

" Chakamman. " ujarnya. Kepalanya turut dimasukkan ke dalam guni merah tersebut untuk mencari hadiah yang sepatutnya diberikan kepada Eunji.

Eunji cuba untuk menjenguk sekali ke dalam guni tersebut, namun perbuatannya itu ditegah keras oleh Mingyu.

" No way, sis. " larang Mingyu seraya menolak ke tepi dahi Eunji dengan tangannya. Eunji mula mencebik sementara Mingyu kembali menyelongkar guni merahnya.

" Ahha ! " sorak Mingyu. Eunji memandang tepat ke guni merah tersebut. Mingyu tersenyum kambing ke arahnya. Satu beg kertas dikeluarkan dari dalam guni dan diserahkan kepada Eunji.

" Ni dari Wonu hyung. " Mingyu memberitahu. Sebelah kening Eunji terangkat sedikit.

" Wonu yang bagi? Mana dia kenal aku? " Eunji menyoal, hairan. Setahunya dia belum pernah lagi bersua muka dengan mana-mana ahli Seventeen pun.

" Aku cakap cousin aku tinggal dengan aku. So, dia amanahkan aku untuk bagi hadiah ni dekat kau. " terang Mingyu. Eunji masih memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsir oleh Mingyu.

" Kau nak ke taknak? Kalau taknak, bagi aku. " baru sahaja Mingyu ingin mengambil kembali beg kertas itu dari tangan Eunji, Eunji terus menampar kasar lengan Mingyu sehingga berona merah. Mingyu mengaduh kecil.

" Aku nak ! " beritahu Eunji. Mingyu sekadar menjongketkan bahunya.

Eunji mula membuka beg kertas tersebut. Mulutnya ternganga luas. Mingyu turut menjenguk ke dalam beg kertas tersebut.

" Wah ! " Eunji mula tersengih. Mingyu membuat muka tenuknya. Snowcap berwarna hitam dengan autograph Wonwoo yang ditulis dengan marker putih di atasnya di tarik keluar dari beg kertas tersebut.

" Ada autograph sekali, wawawah ! " ujar Eunji teruja. Siapa yang tak teruja bila dengan mudahnya boleh dapat autograph dari idol kan? Mingyu menggulingkan bebola matanya tanda menyampah.

" Aku pun boleh bagi lah. " Mingyu bersuara. Eunji menggelengkan kepalanya.

" Aku tak suka kau, aku suka Wonwoo. So, feel dia lain. " Eunji memberitahu dengan selamba badaknya. Mingyu mengangkat penumbuknya ke arah Eunji sambil mengetap bibir.

" Urgh ! " dengus Mingyu. Eunji sekadar ketawa mengejek dengan senyuman paling nakal yang dia ada.

--

Jam dinding dipandang sekilas. Pukul 3 pagi, dan Eunji masih belum mampu melelapkan matanya. Dia mengeluh kecil.

Dia bangun dari katil dan mula menapak keluar dari biliknya. Dapur merupakan destinasi utama. Perlukah dia makan ubat tidur?

" Tak tidur lagi? " hampir gugur jantung Eunji dibuatnya tatkala Mingyu yang tiba-tiba muncul dari belakang menegur. Bahu Mingyu dipukul kasar.

" Yah ! Nasib tak gugur jantung aku tahu tak ?! " tengking Eunji. Mingyu hanya buat tak endah. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi di meja makan, di ikuti dengan Eunji.

" Wanna have some coffee? " Mingyu menyoal. Eunji menongkatkan dagunya merenung muka kacak milik lelaki di hadapannya itu.

" Kau ni tak penat ke? Dah satu hari kau practice and now still belum tidur. Tak penat? " Eunji bertanya. Rasa kesian juga apabila melihat Mingyu yang berusaha bersungguh-sungguh buat yang terbaik untuk peminat-peminatnya di seluruh dunia. Namun tidak sekali pun dia mengeluh.

" Ani. Aku suka dengan life aku sekarang, dan aku suka bila kau ambik berat pasal aku macam ni. " Mingyu tersenyum, ikhlas. Ya, ikhlas. Eunji dapat melihatnya dari anak mata Mingyu yang langsung tiada tanda penat atau mahu menyerah kalah.

Eunji berdiri menghadap Mingyu yang masih duduk sambil mendongakkan kepalanya memandang Eunji.

" Kau cakap nak pergi beli coffee kan? Jomlah. Biar aku pergi siap kejap. " sebaik sahaja Eunji menghabiskan kata-katanya, dia terus melangkah meninggalkan ruang dapur dan Mingyu yang masih tersengih macam kerang busuk.

" Malu lah tu. " ejek Mingyu seraya tergelak kecil. Dia turut berjalan meninggalkan ruang dapur untuk turut bersiap.

--

TO BE CONTINUE

So, hi. Im sorry kalau chapter ni a bit pendek daripada chapter-chapter yang sebelum ni. Malas? Memang pun. HAHAHAHA. Dont worreh. I will update the next chapter asap. Thanks for reading this annoying fanfic :)

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now