bab 19

3.6K 161 0
                                    

"Hah sayang, malam nih tidur rumah mama ye." Kata puan damia. Aku tersenyum manis padanya. "Thanks aunty tumpangkan qisrina." Ucapku dan menunduk tanda menghargainya.

"Ish apa panggil aunty. Ma-ma. Panggil mama." Puan damia membetulkan panggilanku padanya. Aku teragak agak namun hanya tersenyum padanya.

"Bilik qisrina yang kat atas, Danish tolong tunjukkan ye." Danish menurut sahaja arahan puan damia. Aku agak kagum kerana dia anak yang mendengar kata. 'Haish kalau dapat anak dengan dia, mesti anak aku pun dengar cakap ibu nanti.' Bisik hatiku.

'Eh jauhnya melalut, tunang pun baru je rancang. Jangan melebih ye qisrina.' Hatiku mengutuk diri sendiri. "Awak fikir apa tu?" Tegur Danish apabila aku masih tidak berganjak lagi.

"Hah tak.. tak de pape..." aku mengikutinya dari belakang sehingga ke tingkat dua. "Yang tu bilik kau. Nih bilik aku, kalau ada apa apa pandai lah kau cari." Danish terus memasuki biliknya dan aku memasuki bilik yang ditunjukkan oleh Danish tadi.

"Black and red, cantik." Pujiku apabila melihat tema bilik itu. Aku melabuhkan duduk di katil itu. 'Selesa..' aku berbisik didalam hati. "Mandi dulu lah." Aku mencapai beg baju yang aku bawa.

"Ehh tak bawak towel. Haish." Keluhan terhasil daripada aku sendiri. 'Nak mintak kat Danish?' Aku mula bermonolog. 'Tak abis abis nak menyusahkan dia. Fuh tapi terpaksa.' Aku membuat keputusan untuk meminta dari Danish.

"Fuh black and white. Not bad, cantik jugak." Danish memuji bilik tamu yang seharusnya didiami oleh qisrina. "Fuh penat siot." Keluh Danish sambil cuba menikmati kenikmatan berehat yang baru di rasai sekarang.

"Mandi dulu." Kata Danish. "Aduh baju aku..." baru dia teringatkan sesuatu. Tiba tiba terdengar bunyi ketukan di pintu. 'Hah kalau mama ok gak.' Danish mula teruja dan mendapatkan gerangan yang mengetuk pintu bilik itu.

"Hah ma..." ayat Danish terhenti apabila yang ada dihadapannya ialah qisrina. "Hm kau nak apa?" kata Danish tiba tiba dingin. "Em, sa.. saya.. nak pinjam towel. Saya lupa nak bawak." Qisrina bersuara sambil menundukkan wajahnya.

"Haih.." Danish mendengus lalu keluar dari bilik itu. 'Haish, kalau taknak tolong takpelah. Nak nangis siot tengok muka dia.' Bisik hati qisrina.

"Nah, lain kali tak payah pikir bukan bukan." Aku menundukkan wajah, malu apabila diperli sedemikian. Mana tidaknya dia selamba menutup pintu bilik itu apabila terdengarkan derap kaki seseorang.

"Thanks. Kenapa nak menyorok dari mama awak?" Aku mengutarakan soalan yang terlintas di benak fikiran. "Banyak tanya lah kau nih. Pergi mandi sana." Danish menghalau aku, dan aku hanya mencebik melihat wajah kereknya.

Aku membawa segala peralatan masuk ke dalam bilik air yang berada dibilik itu. 'Eh bilik air kongsi. Not bad.' Hatiku bersuara saat melihat bilik air itu. Walaupun ianya perlu dikongsi namun bilik airnya boleh tahan luas.

Aku mula membersihkan diri dengan pancutan air yang suam kuku itu. Selesai membersihkan diri aku mengenakan pakaian yang aku bawa. Keluar dari bilik air itu kelihatan danish masih berada didalam bilik itu.

'Ish sampai tertidur kat sini bahayanya lahai.' Kutukku didalam hati. "Tak payah kutuk aku sangat. Aku nk keluar lah nih." Suara garau danish yang memecahkan keheningan itu mengejutkan aku.

"Macam yang kau tahulah. Bilik air tuh kongsi, so sebelum tidur tutup pintu bilik air kunci sekali." Kata danish, lalu beredar menggunakan bilik air itu.

"Ok, night kim." Aku bersuara lalu berpaling ingin mengemas beg. "Wait, did you call me kim? Why." Danish tidak terus melangkah keluar dan berpaling semula. "Ya sebab nama awak danish hakim kan." Balasku dan dia memandang selamba.

"Whatever. K night." Danish berlalu dan aku menyambung mengemas barang. "Ehh almarinya penuh dengan baju." Aku melihat kedalam almari dan menilik satu satu pakaiannya. "Baju danish?" Tanyaku apabila melihat saiz baju itu lebih kurang danish pada pandangan ku.

Aku memasuki tandas yang dikongsi antara bilik tetamu dan bilik danish lalu mengetuk pintu sebelah nya. "Kau nak apa?" Danish bersuara apabila pintu sudah dikuak. "Almari tu penuh dengan baju. Macam baju awak." Kataku sambil menundukkan kepala tidak mahu melihat wajahnya.

"Ok kesimpulan yang kau nak buat sekarang." Danish bersuara seperti tidak mempunyai apa apa masalah dengan nya. "Kesimpulan yang dapat saya huraikan sekarang ialah di mana agaknya dapat saya letakkan baju baju saya." Aku cuba berlagak sinis sepertinya.

"Halamak kepoh lah dia nih. Letak jelah sekali, tak lama lagi almari tuh memang kene kongsi dengan kau pun kan." Danish berkata lalu menutup pintu bilik air itu. Kedengaran juga ia dikunci dan aku hanya dapat mengejek dia disebalik muka pintu itu.

"Ish vampire tak bertimbang rasa betullah Danish nih." Kataku dan aku juga keluar dari bilik air itu. 'Haish apa boleh buat. Lipat je lah baju dia mana mana nak bagi muat.' Bisik hatiku dan memulakan acara mengemas barang.

Tak lama kemudian aku menguap dan jelas terpancar keletihan yang dirasakan di wajahku. 'Night puteri..'

_____________________________________________

'Haish apa jelah dia buat dengan almari aku tuh.' Bisik hati danish mula gundah. 'Hah tuh lah kau gedik sangat nak tukar bilik.' Hati mengutuk tuan. 'Ish aku buat untuk keselesaan dia.' Danish cuba mempertahankan diri sendiri daripada hati yang makin lama makin tidak mahu membantu dirinya.

"Ish.. tak boleh jadi nih." Danish membuat keputusan untuk melihat apa yang dilakukan oleh puteri. Danish menggunakan bilik air sebagai laluan ke bilik sebelah. Dia pasti pintu bilik itu terkunci kerana dia yang menguncinya, tidak mahu terkantoi dengan ibunya dia bertindak sedemikian.

"Weyh qisrina." Danish memanggil nama puteri berserta ketukan dipintu. "Weyh..." ketukan dipintu digalakkan memandangkan tiada reaksi. 'Ish dah tido ke?' Danish memulas tombol pintu dan kelihatan yang puteri terlupa mahu menguncinya.

'Ish tak kunci pintu. Aku dah pesan suruh kunci kan.' Danish berbisik didalam hati, mengutuk kekhilafan puteri. Dia tercari cari keberadaan puteri dan kelihatan puteri terlena dihadapan almari bersama baju yang kelihatan seperti mahu dilipat.

"Haish, nasib bukan penculik yang masuk. Aku nih kira baik pencuri hati kau je." Kata danish dan dia tersenyum atas keterlanjuran katanya. 'Nasib kau tidur kalau tak mesti cair dengan bakal imam kau yang sorang nih.' Kata hati danish.

Danish mencempung badan puteri dan meletakkan diatas katil. Diselimuti dengan selimut dan mula menatap segenap wajah puteri. 'Haish kau nih, kalau iman tak kuat nasib kau je.' Bisik hati danish dan mula mengalihkan pandangan miliknya kepada baju yang berselerak.

"Ouhk danish kau dah lama tak buat kerja nih. Let's go." Danish memulakan kerjanya. Sehelai demi sehelai baju yang tidak digunakan dilipat dan disusun ditepi almari. Selesai kerjanya dia keluar bersama sama baju itu untuk diletakkan di stor.

Cik Cinderella Dan Encik VampireWo Geschichten leben. Entdecke jetzt