bab 1

14.6K 353 4
                                    

"Puteri bangun sayang."puan qairina cuba mengejut puteri manjanya. Kelihatan puteri nur qisrina mengeliat malas.

"Morning ibu." Balasku lantas mencium pipi ibuku."morning cepat siap kejap lagi turun sarapan."kata puan qairina berlalu meninggalkan bilikku.

Aku segera membersihkan diri dan bersiap memakai seragam sekolah. Selesai sahaja aku terus berjalan menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur.


"Morning pa"tegur aku dan mencium pipi kanan papaku. Tanganku pantas menuang kopi untuk papa dan aku.

"Morning harini nak papa hantar ke ibu."tanya papa,seperti biasa."ibulah papa ada meeting kan pagi nih." balasku aku tahu papa ada meeting kerana ibu sudah memaklumkan semalam.

"Baik anak papa nih.ok lah kalau macam tu papa pegi dulu ye."papa mencium dahiku dan aku menyalaminya. Ibu juga menyalami papa dan papa mencium dahinya.

Aku hanya menghantar papa dengan sorotan mataku. Ibu mengikut papa sehingga muka pintu dan melambai papa yang sudah memasuki kereta.

"Puteri cepat sarapan nanti lambat kesekolah."tegur ibu apabila aku hanya minum secawan kopi namun masih tidak menyentuh sarapan.

"Puteri tak selera ibu.jom nanti lambat."ibu hanya menggeleng dan mengambil beg tangannya. Aku dan ibu membolos masuk kedalam kereta dan ibu mula memandunya.

Kereta mula bergerak dan menuju kesekolah. Tiba disekolah aku menyalami ibu dan keluar dari perut kereta. Sampai didepan pagar sekolah seperti biasa sufi akan menegurku.

"Hai puteri."tegur sufi dan aku hanya menunduk dan tersenyum padanya. Aku terus menuju kekelas 5aqif dan meletakkan beg sebelum perhimpunan.
____________________________________________

"Wahh bosannya pengetua berceramah." adu syukrina apabila sampai sahaja didepan muka pintu kelas. "bukan kau dengar sibuk main phone je." bantahku,mentang mentang dia duduk terlindung jadi dia tidak tertangkap.

Melihatkan sengihannya, aku malas mahu bertekak. Sufi tiba tiba menegurku. "Puteri awak dah siapkan keje sekolah nenek kebayan." Tanyanya apabila aku langsung tidak membuat apa apa.


"Dah siap.awak belum siap ke? Nak saye tolong?" tanyaku, melihat senyumannya aku bangun dan duduk disebelahnya. Aku membantu dia yang mana tidak diketahuinya.

Ramai yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan itu kerana ia adalah tugasan yang diberi oleh puan rohina a.k.a nenek kebayan. Dia gemar menyeksa kami dengan pelbagai tugasan namun aku tidak pernah sekalipun lupa menyiapkannya.

Ramai yang menyatakan bahawa aku anak murid yang pandai membodek cikgu cikgu disekolah. Namun aku tidak terasa. Biarkan mereka mahu mengatakan apa sahaja.

Kelas bermula,kelas pertama ialah bahasa melayu. Puan rozita masuk bersama seorang pelajar baharu mungkin."perkenalkan ini rakan baharu kamu firman iskandar." Seperti yang kuduga.

Firman berdiri dihadapan kelas dan menunduk sedikit dia memberi salam dan memperkenalkan sekali lagi dirinya. Ramai pelajar perempuan yang sudah mula menjadi ulat bulu.

Dia disuruh duduk dihadapan syukrina dan disebelah sufi. Syukrina sudah mula menunjuk perangai gatalnya namun aku cepat menegur.

"Hai,saya sufi yang ini qisrina yang itu syukrina."tegur sufi penuh santun. Aku hanya mengangguk dan senyum nipis. Dia mengangguk dan tersenyum manis.

Syukrina sudah mula menjadi ulat beluncas yang terlalu gatal,dengan sedaya upaya dia menilik wajah firman. Pelajar perempuan yang lain juga tertoleh toleh.

Aku yang melihat wajah firman tidak nampak apa keistimewaannya. Malas hendak melayan lalu aku cuba menumpukan perhatian di dalam kelas.
____________________________________________

Loceng berbunyi menandakan kelas sudah tamat dan tiba waktu rehat.Aku dan syukrina menapak ke kantin sekolah dan membeli makanan.

Seperti sekolah sekolah yang lain jika tiada diva manakan sempurna hidup disekolah. Reana pelajar yang bermasalah dan selalu menunjuk gedik. Dia beranggapan dialah diva kerana tiada seorang pun berani dengannya.

"Woii qisrina ketepi sikit."tempik reana apabila aku tidak mahu memberi laluan kepadanya."kau nak beli makanan kitorang semua nak beli makanan kau nak, beratur lah elok elok. betul tak cikgu mazlan?" Sahaja aku menanyakan kepada cikgu.

"Ouh ya qisrina, tak sangka awak perasan cikgu kat belakang ni. ingatkan cikgu halimunan." perli cikgu mazlan kepada reana. Aku tahu dia sudah kalah dan aku hanya mendiamkan diri.

Selesai sesi membeli makanan aku menuju ke meja yang selalu kami duduki. Kelihatan sufi dan firman sudah duduk bertentangan antara satu sama lain.

"Hai sufi."tegurku berserta senyuman yang paling manis."hai puteri."balas sufi seraya membalas senyumanku. Aku meletakkan makanan diatas meja dan melihat syukrina yang terkedek kedek berjalan ke arah kami.

Belum sempat aku duduk tiba tiba aku ditolak kuat oleh seseorang.Aku jatuh namun disambut baik oleh sufi. Aku Cuba melihat siapa yang tidak berpuas hati denganku. Reana?

"Kau nak apa reana, hadap sangat dengan barisan kat kantin tu. pegilah potong barisan." kataku sambil memberikan jelingan.

"Kau nih memang suka kan, suka buat aku marah." reana cepat sahaja hendak mengangkat tangan namun sufi menghalang keras."kalau kau nak masuk bilik kaunseling sekali lagi silakan." kata sufi namun tidak diendahkan oleh reana.

Reana ingin mengangkat tangan sekali lagi namun apabila melihat renungan mataku dia berasa marah dan berlalu pergi.

"Weyh puteri,kau..." ayat syukrina tergantung melihat anak mataku. Aku berlalu pergi namun dikejar oleh sufi dan syukrina. Mereka tahu sekiranya anak mataku berubah warna ia menandakan puteri hilang dan qisrina sebenar muncul.

"Weyh sabar puteri.. sufi buat something cepat." pujuk syukrina dan menggelabah menyuruh sufi buat sesuatu. "aku tak.. ta.. tahu nak.. bu... buat apa."terketar ketar suara sufi apabila menyatakannya.

"Call ibu dia cepat.hah papa dia faster!!" cadang syukrina kepada sufi. Segera sufi mengeluarkan telefon bimbit yang disimpan didalam poket.

"Hello...."

Cik Cinderella Dan Encik VampireOnde as histórias ganham vida. Descobre agora