bab 12

3.5K 165 3
                                    

Hari ini aku di berikan cuti, esok dan lusa memang cuti umum. Aku mula merasa bosan duduk dirumah. Tiba tiba telefon bimbitku berbunyi. Lagu yang berkumandang seakan akan tidak mahu berhenti walaupun aku telah membiarkan telefon itu berbunyi beberapa kali.

"Sape pulak call. Nombor tak set. Tapi haish jawab jelah nanti kesian pulak." Akhirnya aku berkeputusan untuk menjawab panggilan seterusnya. Telefon bimbitku berdering, aku mengambilnya dan menekan butang hijau di skrin.

"Hello..." suaraku teragak agak menyapa orang disebelah sana. "Kau memang tak reti nak angkat phone eh?" Mendatar suara itu namun dingin sahaja kedengaran. Aku menelan liur mendengarnya.

"Kenapa call?" Tanyaku lurus. "Dahlah takde salam tak reti nak mintak maaf. Apalah malang nasib laki kau nanti." Kata danish, aku sudah mula gerun mendengar suaranya. Aku mula hendak menangis apabila dia mula menggunakan suara itu. Seperti ada kuasa yang mampu merobek hatiku bila Danish bersuara kasar denganku.

"Sorry..." aku mula memperlahankan suara dan cuba menahan sebak yang bertandang. "Dahlah kau datang sekolah aku harini, bawak kawan kau mohon ingat ni sekolah budak lelaki." Talian dimatikan dan aku tidak sempat menanyakan apa apa.

'Siap jelah put nanti kene marah lagi. Tapi nak pergi dengan apa? Aku taknak naik teksi lagi.' Bisikku,Aku segera menghubungi sufi untuk menemani aku. Kebiasaannya sufi yang akan mengikuti aku.

"Assalamualaikum sufi. Saya ingat nak ajak awak pegi sekolah budak lelaki haritu. Boleh awak teman saya?" Tanyaku selepas sahaja talian disambungkan. "Boleh pukul 2.30 ye awak. Balik dari solat jumaat saya Jemput awak." Kata sufi dan aku sudah beriak gembira.

"Boleh thanks sufi." Aku berterima kasih dan memberi salam kemudiannya. Selepas salamku dijawab aku meletakkan telefon dan segera bersiap. Selepas setengah jam aku bertapa didalam bilik air aku memilih pakaian pula.

'Nak pakai apa.' Aku hanya melihat bajuku. Kebanyakannya putih namun aku terpandangkan baju merah yang tergantung didalam almari. 'Sekali sekala aku tukar taste ok kut' bisik hatiku walaupun was was aku tetap juga mencapai baju itu.

Slack hitam dan blouse merah aku padankan. Namun aku tetap juga membawa blouse putih berserta t-shirt sukan.  Sekiranya terjadi sesuatu sekurang-kurangnya aku mempunyai baju gantian.

Aku melihat jam, jarum jam menunjuk ke angka dua. "Rasanya semalam ibu ada buat cupcake." Aku segera melangkah ke dapur sementara masih sempat. "Alah cupcake tak hias." Aku mengeluh.

Aku melihat krim yang ada. Kelihatan seperti ibu tidak sempat menghiasnya. Aku mengambil dan menghias kek cawan itu dengan cekap. Selesai sahaja menghias aku menyusunnya didalam bekas khas.

Kedengaran bunyi hon kereta. Aku melihat jam '2.30 tepat bagus sufi ni. Terlalu menepati masa.' Bisik hatiku sambil tersenyum. Aku membawa cupcake yang sempat dihias tadi. Aku membuka pintu rumah namun yang menyapa pandangan ku ialah Danish.

Sebuah lagi kereta tiba di hadapan rumahku. Kelihatan sufi turun dari kereta dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Sufi menghampiri ku dan begitu juga Danish. Aku kekeliruan memandang muka mereka.

"Puteri awak tumpang saya kan." Tanya sufi, jelas sekali aku yang meminta sufi menemani aku. Bagaimana Danish pula? Aku sendiri masih terfikir bagaimana mereka boleh berada serentak dihadapan rumah ku ini.

"Kau naik ngan aku." Danish berkata lalu berlalu ke keretanya. Aku masih berdiri statik dihadapan tangga rumah. "Cepatlah!" Tegas suara Danish menyapa telingaku. Aku memandang sufi dengan harapan dia memahami keadaan ku.

"Huh, ok apa apa chat sufi ok." Kata sufi lemah. Aku tersenyum manis kepadanya dan menuju ke kereta milik Danish. Aku membuka pintu kereta dan membolos masuk. 'Luar serba hitam dalam serba merah. Pelik betul si Danish nih' bisik hatiku.

"Kau tak payah kutuk aku dalam hati. Aku bukan pelik sangat pun." Kata Danish tiba tiba. 'Eh macam mana dia tahu nih?' Soal aku didalam hati. Mahu tidak terkejut, Danish seperti mampu membaca fikiran orang.

"Tak payah terkejut lah macam mana aku tahu. Aku salah seorang vampire ok. Kau jangan memacam aku gigit nanti." Mendengar gurauan itu aku tidak jadi mahu menanyakan soalan. Aku mengalihkan pandangan keluar tingkap.

Telefon ku berdering dan nama sufi terpampang di muka telefon itu. "Hello sufi." Sapaku apabila talian disambungkan. "Hello puteri awak ok naik dengan Danish. Kalau tak ok suruh dia berhenti lepastu naik dengan saya." Kedengaran suara sufi kerisauan.

Aku tergelak kecil. "Hey sufi releks, saya ok lah. Danish tak buat apa apa. Kita jumpa kat sekolah ye." Aku mahu menamatkan perbualan namun ditegah oleh sufi. "Jangan tutup telefon. Biar je call nih sampai kat sekolah nanti." Kata sufi, aku membiarkan sahaja.

Kalau tidak di turut kemahuan sufi pasti dia akan memaksa Danish memberhentikan kereta. "Puteri, awak lapar tak. Saya ada roti kat belakang." Tiba tiba Danish bersuara.  Aneh, dia memanggilku dengan lembut. Paling aneh, dia membahasakan dirinya saya.

"Saya tak lapar pun. Awak lapar ke?" Aku bertanya kembali. Melihat anggukan Danish aku mengambil sebiji kek cawan dalam kotak yang sedari tadi aku riba. Kelihatan lampu isyarat merah, dan aku memberikan kek cawan itu kepada Danish.

Namun Danish menunggu tanpa ada tanda tanda mahu mengambilnya. "Suap." Danish mengeluarkan sepatah perkataan. "Gurauan atau arahan." Aku masih pelik dengan sikap Danish. "Arahan puteri." Kata Danish.  Aku menyuapkannya ragu ragu.

Kereta mula bergerak apabila lampu isyarat bertukar warna hijau. Aku mengambil telefon bimbit semula. Panggilan telah diputuskan. Pelik, sufi tertekan barangkali. Aku hanya merenung perjalanan kami. Tidak lama kemudian kami tiba disekolah itu.

Kereta milik sufi berada dibelakang mengekori kami. Danish kelihatan mahu keluar dari kereta. Aku menahannya seketika. "Danish, emm.. cupcake ni awak habiskan ye." Aku menunjukkan kek cawan yang telah disuapkan kepadanya tadi.

Danish menyambut dan aku tersenyum. "Kau tak payah angau sangat boleh tak? Aku ambik cupcake ni pun sebab aku dah makan tadi." Danish berkata angkuh. Aku tertawa kecil. "Bukanlah Danish. Tu pipi awak comot." Kataku, Danish kelihatan menyapu pipinya.

Kelihatan faiz menuju ke arah kami. "hai qisrina." Sapa faiz, aku tersenyum manis dan menghulurkan kotak yang berisi kek cawan itu. "Ibu yang masak, saya tolong hias je. Nanti kongsi kongsi ye." Kataku kepada faiz. Aku membiarkan faiz membelek belek kotak itu.

"Thanks ye qisrina." Ucap faiz sambil mengenyitkan mata. Aku memandangnya lalu menundukkan pandangan.  Terasa berbahang pada pipiku. "Eh dia blusher lah." Kata jeffri yang muncul entah dari mana. "Eh mana ada." Kataku justeru memegang kedua dua belah pipiku.

"Ye qisrina, but awak tetap comel walaupun pipi merah sampai macamtu sekali." Alif pula berkata sambil tergelak besar. Sufi menghampiri kami. "Puteri, kita datang sini untuk apa ye?" Tanya sufi, sungguh aku juga tiada jawapan nya.

"Eh Danish tak bagi tahu ye tadi." Kata faiz tiba tiba. Aku hanya menggelengkan kepala. "Danish nih. Sebenarnya kitorang nak berlatih hari ni. So kitorang ajak qisrina sekali lah. Boleh tengok pentas." Kata jeffri pula. Aku mengangguk faham.

"Ok jom, kita pergi dewan." Kata alif pula. Kami sama sama menuju ke dewan. Aku terperasan akan sesuatu.  Dimana Danish?

Cik Cinderella Dan Encik VampireWhere stories live. Discover now