bab 14

3.3K 160 0
                                    

"Kenapa nak balik tergesa gesa?" Tanya sufi yang masih tidak memahami situasi. Mana tidaknya aku baru sahaja mendapat panggilan tiba tiba menarik tangan sufi yang kebetulan datang menghampiri.

"Nanti saya explain, kita pergi hospital dulu ye. Ikut alamat yang papa bagi ni." Kataku dan sorot mataku hanya memandang kehadapan. Kereta yang berada diatas jalan raya ini seperti tidak mahu melepaskan aku pergi dengan segera.

Sufi sudah mula mengambil jalan pintas. Setibanya di hospital Aku keluar dari perut kereta tergesa gesa tanpa menghiraukan sufi lagi. Yang aku tahu aku perlu segera mendapatkan ibu. Namaku dipanggil panggil namun tidak ada satu pun yang dapat menarik perhatian aku daripada mengejar masa.

Aku berlari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling sehingga tidak perasan yang seseorang hampir melanggar diriku. Namun terasa tubuhku dipeluk erat dan aku dibawa ke tepi.

"Danish!" Aku terperanjat namun pantas sahaja rasa itu melayang dibawa arus. "Thanks danish." Aku mengucapkannya pantas dan terus beralih pada seorang lelaki yang hampir aku langgar.

"Awak ok, harap ok. So sorry, saya dah lambat." Kataku lantas segera meninggalkan dirinya. Aku segera mendapatkan ibu. Danish yang kelihatan seperti mahu menegur aku hanya ku tinggalkan begitu sahaja.

'Ibu wait ya..'
____________________________________________

"Ye ibu, hafiz datang ye." Kata hafiz, dia segera mendapatkan kereta dan beredar segera dari restoran tempat di mana dia berjanji dengan rakannya untuk bertemu.

Tiba di hospital, hafiz meletakkan kereta di tempat letak kereta dan bergegas mencari ibunya. Tanpa sedar dalam keadaan yang tergesa gesa dia hampir melanggar seorang gadis yang menarik di matanya.

Nasib mereka agak baik apabila seorang lelaki yang asing bagi hafiz menarik gadis itu ketepi. Kelihatan gadis itu terperanjat dan segera mengucapkan terima kasih dan berlalu kepadanya.

"Awak ok? Hope ok. So sorry saya dah lambat." Gadis itu meninggalkannya dalam keadaan terpinga pinga. 'Rushing lah tuh. Hospital memang tempat maraton.' Bisik hati hafiz. Dia masih memikirkan gadis itu namun dia harus tetap melangkah mencari ibunya.

Kelihatan puan fariza yang menunggu di ruang mengambil ubat. "Hah ni ibu, kenapa ibu? Sakit apa?" Hafiz bertanya bertubi tubi apabila sudah menyalami tangan ibunya. "Haish hafiz, releks dulu. Sakit kepala sikit je, saja buat gimik nak suruh hafiz ambik ibu." Kata puan fariza selamba.

"Alahai ibu ni. Lain kali cakap, hafiz boleh jemput kat mana je ibu nak. Saja buat gimik penat hafiz kejar sampai nak terlanggar awek tadi." Hafiz terlepas cakap dan kelihatan puan fariza seperti teruja.

"Awek mana? Kenal ke? Cun tak?" Soalan yang bertubi tubi dilemparkan buat hafiz. "Ibu ni. Hafiz tak kenal cun memang cun. Tadi rushing sangat." Hafiz memandang ibunya tersenyum.

Puan fariza yang mahu menanyakan soalan terhenti apabila namanya dipanggil untuk mengambil ubat. Setelah selesai puan fariza mendapatkan anaknya.

"Dah jom ibu, hafiz hanta balik ye?" Kata hafiz sambil bermain main dengan kunci keretanya. "Taknak cari puteri idaman ke?" Puan fariza menyakat, namun hafiz hanya menggeleng dan tersenyum.

"Releks ibu kalau jodoh tak kemana." Kata hafiz selamba, puan fariza menggelengkan kepala.
____________________________________________

"Ibu kenapa jadi macam ni? Sampai hati papa rahsiakan dari qisrina. Ibu dah teruk macam ni baru papa nak bagitahu qisrina." Aku meratapi tubuh ibuku yang terkulai diatas katil hospital itu.

"Ibu tak benarkan papa buka mulut." Papa seakan mengaku ini kesalahan yang lebih kurang berpunca daripadanya juga. "Sorry papa, qisrina keluar dulu." Kataku tidak sanggup melihat ibu dan papaku yang berada dalam keadaan yang tidak terurus.

Aku meninggalkan bilik itu dan mencari tandas. Hatiku masih tidak tenang. Aku segera ke tempat solat yang disediakan di hospital itu. Ibu pernah pesan sekiranya hati tidak tenang lakukan solat sunat insya'Allah tuhan akan membantu kita.

'Ibu puteri sayang ibu. Ibu tolong kuat.' Bisik hatiku, perit rasanya bila melihat ibu yang terkulai layu. Di mana ibuku yang kuat, tabah, dan selalu ceria. "Ya Allah kembalikan ibuku." Doaku.

Aku menunaikan solat sunat empat rakaat. Selesai sahaja aku menadah tangan meminta keampunan buat diriku meminta agar ibuku sembuh meminta agar papaku tabah. Ya Allah semoga kau dengar luahan hati hambamu yang penuh khilaf.

Selesai berdoa aku membaca yasin yang memang disediakan di dalam tempat solat ini. Aku mula mengalunkan suaraku. Lama kelamaan bacaan ku mula kelam di dalam tangis.

Satu tangan menyapa bahuku dan memeluk tubuhku dengan erat. "Anak tabah ye, mungkin ini ujian buat anak. Selalu beringat Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan ye nak." Kata wanita itu sambil menggosok belakang ku.

"Terima kasih aunty. Saya pergi dulu ye." Aku tersenyum hambar padanya lalu menanggalkan telekung dan melipatnya sekemas yang mungkin. Ya benar Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan nya.

Aku menyalami wanita itu lalu meninggalkan tempat solat itu. Aku segera mendapatkan ibu yang berada bersama papa. Aku mendekati ibu dan menyalami tangan ibu. Air mata ku tahan supaya tidak mengalir.

Sayu hati melihat ibu tidak membuka matanya melihat anaknya yang satu ini. Terasa diri seperti tidak ada hala tuju apabila ibu seperti tidak mahu melihat lagi anaknya. "Ibu..." sayu suaraku memanggil.

Ibu tidak bergerak walaupun sedikit. Aku mencium dahi ibu dan kedua belah pipi ibu. Kelihatan sedikit pergerakan, aku terkejut dan sedikit teruja. Aku memanggil doktor dan papa.

Aku diminta keluar tapi kenapa? Apa yang akan jadi pada ibu? Aku tak mahu! Aku mahu menemani ibu! Tapi semuanya tidak terluah. Aku akur dengan suruhan doktor itu.

"Pa, ibu ok kan kat dalam." Tanyaku masih lagi risau walaupun ibu seakan mahu sedar sebentar tadi. "Ibu ok, ibu kuat. Kita doakan ibu." Kata papa dan aku sedikit sebanyak lega. Tidak putus putus doaku didalam hati.
____________________________________________

"Danish kau ok?" Faiz menegur danish yang kelihatan tidak tenteram. "Lamanya dia kat dalam. Kau tak rasa pelik ke?" Danish menyuarakan rasa hati.

"Tadi kitorang nak masuk, kau kata tak payah. Sekarang kenelah tunggu luar." Kata jeffri yang mula menunjukkan muka bengangnya pada Danish.

"Kau bukan tak tahu, hospital nih kenangan pahit buat kita kan. Sabarlah, ataupun kita call dia." Kata alif menenangkan jeffri seraya memberi cadangan. Memang agak lama mereka menunggu di luar. Tuan fahmi juga telah menghubungi mereka bertanyakan keberadaan mereka.

"Tak payahlah. Nanti papa dengan mama datang kita masuk lah." Kata Danish dan mereka akur. Kalau hendak di lawan si kepala batu manakan boleh menangnya.

Sufi yang berada berdekatan segera menghubungi syukrina dan firman. Namun kedua duanya tidak mengangkat panggilan telefon darinya. Sufi menghantar pesanan ringkas sahaja selepas selesai memberi alamat dia menunggu.

Balasan pesanan ringkas yang diterima olehnya cepat sahaja dibaca. Syukrina dan firman akan datang sekali kerana mereka sedang mengulangkaji pelajaran sebentar tadi.

'Puteri, awak sabar ye...' sufi berdialog secara diam.

Cik Cinderella Dan Encik VampireWhere stories live. Discover now