bab 15

3.3K 151 1
                                    

"Ibu kenapa tak bagitahu puteri?" Esak tangis yang semakin menjadi jadi tidak dapat aku kawal lagi. Kelihatan puan qairina yang masih lemah hanya tersenyum.
"Hey hey hey kan ibu dah bagitahu ni sayang." Kata ibu, aku masih merenungnya dalam sebak. Kata doktor ibu sudah tidak dapat diselamatkan. Kami hanya perlu berserah pada Allah.

Ibu mengesat air mataku. Bengkak di mata apalah sangat jika dibandingkan bengkak di hati. Siapa sangka ibu yang kelihatan kuat dan tabah ini merahsiakan sesuatu yang besar dalam hidupnya.

Aku memeluk ibu, seerat yang mungkin seperti tidak mahu aku lepaskan. Ibu yang kelihatan seperti sihat dan tabah ini menyembunyikan sesuatu dari anaknya. 'Ya Allah, kau hadiahkan diriku kekuatan dan ketabahan seperti ibu.' Doaku didalam hati.
____________________________________________

"Qisrina dah keluar belum?" Tanya puan damia pada anak lelakinya. Selepas sahaja suaminya, tuan fahmi menelefonnya dia bersiap ala kadar menunggu kepulangan tuan fahmi.

Puan damia sangat berkenan dengan qisrina, pada pandangan nya qisrina adalah seorang yang terlalu baik. Semenjak pertama kali melihat qisrina puan damia seakan akan tidak mahu sesiapa pun merampas qisrina.

"Tak keluar lagi. Fuh Danish tak tahu nak buat apa sekarang." Keluh Danish, binggung rasanya apabila semua yang berlaku terlalu pantas. Akhirnya dia melangkah masuk juga ke tempat yang paling tidak mahu dia jejaki.

"Kejap lagi kut, ibu qisrina sakit apa sebenarnya sufi?" Tuan fahmi mengajukan soalan buat sufi. "Saya tak tahu tuan, puteri pun tak pernah cakap pasal penyakit ibu dia." Sufi membalas serba salah.

Kedengaran jelas keluhan mereka. Entah kenapa semuanya lebih membimbangkan qisrina berbanding ibunya yang sedang sakit didalam.

'Aku harap kau tabah qisrina.' Bisik hati yang penuh tulus buat pemilik baru hatinya. ____________________________________________

"Pa qisrina nak solat. Papa ganti dulu ya." Aku menyalami ibu dan papa. Apabila kakiku melangkah keluar dari wad ibu kelihatan sufi, tuan fahmi, ibu danish dan Danish sekawan.

Aku mahu menghadiahkan senyuman namun bibir ini seakan akan tidak mampu untuk bergerak. "Qisrina, awak ok tak?" Tanya faiz dan aku hanya mampu mengangguk.

"Awak nak ke mana ni?" Tanya alif pula. "Sa.. sa.. saya nak solat kejap." Tidak tahu mengapa kata kataku menjadi kucar kacir apabila terpandangkan Danish. "Aunty teman ye." Puan damia memegang bahuku dan memimpin menuju ke tempat solat yang pernah aku jejaki sebelum ini.

"Fuh, aku rasa ibu dia betul betul serius lah. Kesian qisrina." Jeffri bersuara apabila kelibatku tiada lagi.

'Itulah first time aku nampak kau tak boleh senyum. Give my qisrina back.' Bisik hatinya.

"Hafiz tadi ibu jumpa sorang budak perempuan ni tau. Ya Allah cantiknya dia. Suara dia masa mengaji tadi, subhanallah memang terpegun ibu. Ibu memang rasa macam berkenan nya dengan dia." Puan fariza mula menceritakan tentang anak gadis yang ditemuinya.

"Ibu ada tanya nama, nombor telefon, or id wechat dia ke?" Hafiz mula bergurau dengan puan fariza. Puan fariza menayangkan muka bengangnya pada hafiz. Walaupun hafiz tidak melihatnya, hafiz yakin ibunya sedang menunjukkan protes pada wajahnya.

"Tak de keje ibu lah, dia tengah nangis tadi." Ya, ketika lalu di hadapan pintu tempat untuk bersolat dia terdengar suara yang sedang mengalunkan bacaan yasin. Hatinya tiba tiba tertarik mahu melihat gerangan si pembaca. Masya'Allah elok rupa parasnya elok lagi bacaan tajwidnya.

"Hah bukan jodoh tu ibu. Lagipun hafiz dah betul betul jatuh hati dengan awek tadi." Hafiz menayangkan barisan giginya dan memandang puan fariza ketika lampu isyarat masih merah.

"Ada tanya nama dia, ada mintak nombor telefon dia, ada mintak id wechat dia?" Puan fariza memulangkan kata kata anaknya tadi. "Haha ok lah ibu, ibu menang." Kata hafiz setelah habis tawanya.

'Ya Allah pertemukan aku dengan anak gadis itu lagi. Kau perjodohkanlah dia dan anak lelaki ku.' Diam diam, puan fariza menitipkan doa didalam hati.
____________________________________________

"Ibu nak makan?" Aku bertanya, lebih kepada ingin berbual dengan ibu. Aku melihat ibu dengan pandangan sayu namun cepat sahaja aku menukarnya kepada senyuman palsu. Ibu membalas senyumanku.

"Puteri sayang, janganlah sedih sedih. Ibu tak lapar, tapi ibu teringin nak makan something yang berkuah. Puteri boleh tolong carikan?" Ibu memandangku dengan pandangan berharap.

"Anything for you my angel." Kataku, aku menyalami ibu dan ingin melangkah keluar. "Puteri tolong panggil Danish boleh? Ibu nak cakap something dengan dia." Kata ibu, aku mula menayangkan muka bingung namun segera sahaja aku mengangguk.

Langkah diatur untuk keluar, tiba sahaja di hadapan mereka aku menayangkan senyuman hambar. "Danish ibu nak jumpa awak." Kataku, jelas sekali dia terkejut. "Kenapa aunty nak jumpa saya?" Danish menukar bahasanya, pasti belakon di hadapan ayahnya.

"Tak tahu. Aunty jumpa lah ibu sekali ye. Kalau apa apa call qisrina." Kataku sambil tersenyum pada puan damia. Puan damia hanya mengangguk dan membalas senyumku. Aku mula mengatur langkah untuk mencari sesuatu yang ibu inginkan.

"Puteri nak pergi mana?" Kedengaran suara sufi, lalu aku memberhentikan langkahku. "Nak beli makanan untuk ibu." Kataku memandang sufi. "Saya teman awak." Sufi menghampiri ku dan aku hanya bersetuju.

Aku berjalan beriringan menuju ke kafeteria di tingkat bawah hospital ini. "Aunty nak makan apa?" Sufi tiba tiba bertanya. "I don't know, something yang berkuah. Awak rasa apa yang sesuai?" Tanyaku semula.

"Sup. How's about bihun sup?" sufi kelihatan teruja dengan pilihannya. Aku tersenyum lalu mengiyakan. "Maybe, kalau ibu tak nak rasenye awak boleh habiskan nih." Kataku sambil tertawa halus.

"Haha i think so. Kan comel awak ketawa macam ni. Tak mau masam masam, saya sampai tak cam yang mana jeruk yang mana puteri." Kata sufi. Aku memukul lembut bahunya. Kelihatan dia mengaduh kesakitan walaupun aku tahu pukulan ku tidak akan menyakiti dirinya.

"Jom lah beratur nanti makin panjang, karang saya potong barisan awak marah." Kataku cuba mengenakan sufi. "Amboi perli. Saya tahulah saya pengawas yang paling smart kat sekolah sampai awak tak boleh lupe." Kata sufi dan aku hanya tertawa.

"Tak de makna jomlah beratur cepat kesian ibu saya tunggu kita beli makanan untuk dia." Aku sudah menarik tangannya. "Halah ibu awak ibu saya jugak. Ibu tak marah lah." Kata sufi dan aku mula memandangnya dengan muka masamku.

"Haish menjawab jelah keje dia. Sejak bile ibu saya ibu awak. Kite tunang pon dok lagi. Pandai pandai je." Kataku saja protes. Sufi kalau dibiarkan menyakat tidak pernah habis.

"Haish sejak kalau kita berjodoh lah puteri jeruk. Haha yelah aunty kan baik. Manalah pernah dia marah kita." Kata sufi, dan aku bertambah bengang apabila dia memberi gelaran puteri jeruk kepadaku.

"Kurang asam... sufi awak nih." Aku membuat gaya mahu memukulnya namun belum apa apa aku sudah mula menahan tawa melihat gaya sufi pula.

"Ampun ampun tuan puteri. Patik janji tidak buat lagi. Haha tapi kan saya memang kurang asam, terlebih gula je everyday." Kata sufi, aku tertawa. "Hah sebabtuh boleh dapat Penyakit kencing manis. Dengan orang yang selalu dekat dengan awak pon boleh dapat." Kataku dan kami tertawa bersama, tanpa sedar pandangan pandangan orang disekeliling.

Cik Cinderella Dan Encik VampireWhere stories live. Discover now