bab 2

6.9K 234 2
                                    

"Hello nih encik shazwan ke? tolong datang segera ke sekolah. Puteri Anak mata dia..." belum sempat sufi menghabiskan ayat papaku sudah memotong.

"Uncle datang sana secepat mungkin tolong call ibu dia." pangkas papaku dan dia segera kesini. Talian ditamatkan. "weyh syuk call ibu dia." Syukrina segera menghubungi ibuku.

Aku kini berada di bilik rawatan kerana tidak mahu pelajar lain yang berasa takut melihat keadaanku."ok ibu dia otw. Aduh puteri kenapa lah kau ni istimewa sangat."syukrina membebel namun apabila melihat renunganku dia menyengih.

"Okok leklek kang kau terkam aku pulak." syukrina masih mahu bergurau. Aku pula hanya mendiamkan diri. Rambut yang tadinya diikat kini bebas terurai dan agak berserabut.

Ibu dan papa tiba pada waktu yang sama. Ibu tidak putus putus cuba meredakan kemarahan yang membara. Papa cuba bersoal jawab dengan sufi.

"Aunty mata dia dah bertukar warna. "laung syukrina seperti memenangi larian antarabangsa. Ibu memelukku dan mencium dahiku. Aku kebuntuan dan mendiamkan diri.

"Mata awak tadi warna merah, se.. se.. sekarang biru."tegur firman yang hanya mendiamkan diri sedari tadi. "itulah keistimewaan puteri nur qisrina." terang syukrina yang hampir mentertawakan reaksi buntu firman.

Firman hanya menganggukkan kepala dan mendiamkan diri. "Princess ibu nak balik atau masih nak sekolah." tanya ibu dan aku tahu dia ingin sekali aku menyatakan aku hendak pulang.

"puteri balik petang nanti,dah nak habis waktu sekolah pun. Ouh ya ibu puteri dah janji nak keluar dengan diorang nak sambut pelajar baru ni." Aku menunjuk kearah firman.

"Tak payah lah qisrina,papa nak qis balik terus." kata papa namun aku tahu ia bukan keputusan muktamad. "Pa, please..."suara sengaja aku lembutkan.

"Yelah qisrina nak berapa." papa sudah mengeluarkan beberapa not 50. "ehh papa duit bulan lepas tak habis lagi,tak pelah." aku cuba menolak apabila papa memberikan RM500.

"Tu duit bulan lepas,bulan nih papa tak bagi lagi. Simpan elok elok." Papa tetap memberinya dan aku terpaksa menerimanya. apabila sudah reda kami beredar kekelas, ibu dan papa segera pulang ketempat kerja masing masing.

"Petang nih nak makan kat mane puteri" tanya syukrina dan aku juga tidak pasti. "sufi,firman ada cadangan." aku bertanya kepada mereka.

"Apakata kite tak payah makan kat luar harini." sufi memberi idea. "then nak makan kat mana." tanya firman yang tidak memahami situasi.

"Ouh i know sufi. Apakata harini kita masak sendiri tapi rumah sape." tanyaku kembali selepas menterjemah fikiran sufi.

"Aku memang tak boleh mak aku dah tak bagi sepahkan dapur dia." kata syukrina seraya memandang sufi. "ehh aku pun tak boleh harini anniversary mama dengan papa aku. Taknak kacau daun." kata sufi.

"Rumah saya,maybe boleh." kata firman menawarkan diri. "ouhk,rumah firman. So balik nih kita pergi jj beli barang dapur then terus ke rumah firman." terangku semula dan kami sampai dimuka depan kelas.

Kelas yang hingar bingar disebabkan ketiadaan cikgu tidak kami hiraukan. malah Kami cuma duduk di tempat masing masing dan meneruskan perbincangan untuk petang nanti.

"Weyh firman apakata kau call mak ayah kau dulu. Nanti kang kitorang yang kene parang datang tetibe." Cadang sufi separa bergurau. "ouh ok takyah risau ahh takde sampai berparang deh." balas firman menerima cadangan itu.

"Assalamualaikum, ibu harini kawan firman nak datang rumah nak main masak masak... haha.." nampak mesra sungguh dia dan ibunya. Aku hanya tersenyum nipis apabila perasan matanya memandang kearahku.

"Ouh abang nak bawak kawan dia eh. Takpelah nanti firman bagitahu kawan firman...ehh mane boleh kawan firman ada yang perempuan nanti abang menggatal..." mendengarkan ayat itu kami berempat pecah tawa.

"Takpelah ibu assalamualaikum." Firman menamatkan panggilan telefonnya. "emm, tak boleh lah rasa abang aku pulak bawak geng dia." kata firman agak hampa.

"Takpelah, next time serbu rumah kau." kata sufi. "so yang tinggal rumah.." syukrina telah membuat muka nakalnya. "ye,rumah aku syuk." Mereka semua ketawa melihat mukaku yang kelat.

"Takpe nanti kiterang tolong kemas apa yang patut." kata sufi walaupun aku tahu ia dusta belaka. Namun aku tidak mampu menghampakan harapan mereka.

"Ouhk,tapi sekarang baik korang focus kejap lagi cikgu masuk." Dan cikgu siti berlalu masuk serta meletakkan barangnya diatas meja guru.

Ketua kelas yang tadinya beria menyuruh pelajar diam sedikit lega dengan keadaan sekarang. Kelas sains dimulakan seperti biasa.
____________________________________________


'Wah penatnya.' bisik hatiku sambil berbaring diatas katil. Aku biasanya akan pulang kerumah berjalan kaki bersama syukrina namun kami akan terpisah kerana rumahnya lebih dekat daripada rumahku.

'Kene siap cepatlah nanti si sufi sampai pulak.' teringat janjiku kepada mereka untuk membeli bahan masakan diluar. Aku segera bersiap dan mengenakan pakaian yang sesuai.


Skinny jeans dan kemeja putih aku sarungkan.rambut dibiar lepas dikenakan cekak putih kosong. 'Ok done.'bisik hatiku. Kedengaran bunyi hon kereta dari luar. Segera aku menuruni anak tangga dan kebawah.

"Hai puteri, wow putihnya."tegur sufi yang menunggu aku didepan pintu. Aku hanya tersenyum dan segera mengikutinya masuk kedalam perut kereta.

"Syukrina tak ikut sekali?" tanyaku apabila melihat syukrina tiada. "syukrina naik dengan firman diorang berjiran rupanya."jawab sufi untuk menghilangkan tanda tanyaku.

Aku hanya mengangguk tanda faham. Kami menuju ke jusco sepertimana yang dirancang. Sufi berterima kasih kepada pemandu kereta ayahnya dan menyatakan yang kami akan pulang menaiki teksi.

"Derang dekat mane sekarang." tanyaku tidak sabar ingin membeli belah bersama syukrina. "derang kata ada dekat each a cup. syukrina dengan Firman bawak abang diorang." kata sufi tidak mahu aku terkejut nanti.

"Ouh, si syukri tuh paham memang selalu mengekor syukrina tapi firman..." belum habis ayatku sufi telah memotong dan menarik tanganku masuk,tidak tahan panas barangkali.

"Tu pun derang." kata sufi namun masih tidak melepaskan tanganku. Aku menampar sedikit tangannya dan dia melepaskan tanganku perlahan lahan. "sorry lupa pulak." Sufi memohon maaf namun aku hanya tersenyum menutup segala rasa bersalah dihatinya.

"Hai puteri." tegur mereka serentak. Syukri menghulurkan cawan each a cup kepada ku. Aku memandangnya dengan pandangan ingin tahu.

"Mocha like always." katanya dan aku sambut bersama senyuman. Syukrina sudah memeluk bahuku dan kami berjalan memasuki pusat karoeka dulu.

"Kata nak beli barang dapur." tanyaku kehairanan. "aku nak lepas gian lah weyh dah lama tak memekik." kata syukrina. Dia membuat muka dan kami melihat antara satu sama lain meminta persutujuan.

Setelah semua setuju kami memilih untuk berkaroeka selama 3jam kerana memandangkan ramai yang ada.syukrina dan aku sama sama naik apabila menyanyi sehingga terlupa rakan yang lain.

Cik Cinderella Dan Encik VampireDonde viven las historias. Descúbrelo ahora