Bab 69

22.7K 679 26
                                    

Selepas makan tengahari,Aqiesh dan Riefqi terus bertolak kerumah Pn Arni.Katanya ada hal penting yang hendak dibincangkan.Entah hal apa pun Aqiesh sendiri pun tidak tahu.Didalam kereta riuh dengan suara Aqiesh sahaja.Dari rumah hingga sekarang masih lagi bercerita.Riefqi hanya melayan sahaja kerenah isterinya.Kalau tidak dilayan,confirm merajuk minah pau ni!

"Bie!Bie rasakan,kenapa ibu suruh kita balik sangat?!"Tanya Aqiesh sambil memandang suaminya yang sedang fokus memandu.

"Entah!Mungkin ibu rindukan Bie kut!"Gurau Riefqi sambil tergelak kecil.

"Ishh!Orang tanya betul-betul dia main-main pulak."Cebik Aqiesh lalu melemparkan pandangannya keluar tingkap.

"Budak gemuk ni memang suka merajuk ke sayang?"Gurau Riefqi memandang sekilas wajah isterinya.Dengar sahaja 'budak gemuk' terus Aqiesh memandang suaminya disebelah lalu menjeling tajam mata Riefqi.

"Apa awak cakap?Budak gemuk?Oh,kalau saya gemuk awak tak suka saya dah.Macamtu?!"Kata Aqiesh dengan sinisnya.Riefqi tergelak kecil melihat isterinya.

"Mestilah!Sebab sayang dah gemuk.Nanti mesti kerja sayang asyik makan je.Bukan nak melayan Bie pun!"Kata Riefqi sambil memusing stereng keretanya apabila sampai diselekoh rumah ibu mertuanya.

"Tak adalah.Bie saja je!Mana boleh Bie tinggalkan sayang."Kata Riefqi apabila melihat wajah Aqiesh bertukar masam.Kereta diberhentikan apabila sampai dihadapan rumah ibu mertuanya.Aqiesh hanya senyap.Masih dengan muka masamnya.

Cup~

Satu ciuman diberikan kepada pipi Aqiesh apabila Aqiesh senyap tidak bersuara.Aqiesh memegang pipinya yang dicium oleh Riefqi lalu memandang Riefqi yang sudahpun tersenyum kemenangan.

"Thanks sangat-sangat.Saya hargai sangat apa yang Bie bagi tadi!"Perli Aqiesh sambil membuat muka menyampah.

"Welcome!kalau sayang nak lagi bagitahu tau?"Kata Riefqi sambil tersenyum nakal.Aqiesh mengeluh melihat perangai suaminya.

"Jomlah turun!"Ajak Aqiesh.Riefqi hanya mengangguk lalu keluar dari keretanya.

Aqiesh berhenti seketika dihadapan pintu apabila mendengar suara yang dia kenal sekali.Begitu juga dengan Riefqi.

"Awak!Boleh tak saya nak balik semula?Saya takut!"Kata Aqiesh sedikit perlahan sambil memegang erat tangan suaminya.

"Kita dah sampai pun.Kita masuk je.Kalau Mak Ngah nak buat-buat apa dekat sayang,Bie ada.Bie akan selalu dengan sayang.Ingat tu!"Pujuk Riefqi.

"Thanks Bie!"Kata Aqiesh pendek.Riefqi hanya tersenyum manis!

Perlahan-lahan Aqiesh dan Riefqi memasuki rumah Pn Arni.Dari tadi tangan Riefqi dipegang erat.

"Ha!Sampai pun korang.Duduklah dulu.Ibu nak buat air sekejap!"Sapa Pn Arni mesra.Lalu Aqiesh dam Riefqi menyalam tangan Pn Arni.

"Er...Ibu,Aqiesh nak tolong!"Sengaja Aqiesh hendak melarikan diri apabila Mak Ngahnya memandang seperti lain macam!

"Tak boleh.Adik duduk je.Adik tu tengah mengandung!"Tiba-tiba Azriel datang menyampuk dari atas!Pn Arni hanya mengangguk setuju.Aqiesh mencebik sedikit lalu menyalam tangan abangnya.

"Abang teman adiK?Adik takut tengok Mak Ngah pandang adik macamtu!"Aqiesh mengadu kepada abang kesayangannya.Azriel tersenyum lalu mengangguk.Pn Arni mengatur langkah kedapur.Aqiesh,Riefqi dan juga Azriel pula mengatur langkah keruang tamu!

Keadaan diruang tamu sunyi sepi dan terasa kekok antara satu sama lain.Riefqi sengaja buat-buat main dengan iphonenya apabila dia perasan mata Ina asyik memandang kearahnya.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now