Bab 45

22.3K 734 26
                                    

Hari ini,Aqiesh dan Riefqi pulang lebih awal dari Pn.Arni dan Azriel kerana keesokkan harinya,mereka ada kelas.Terpaksalah balik awal!Baru nak main dengan Affan~

"Bye Muhd Affan Syaqif.Nanti Mak Su main lagi dengan Affan ya?"Aqiesh bermain-main dengan Affan buat kali terakhir sebelum dia pulang.

"Bilalah Aqiesh nak dapat anak kan?Kesian abang Zain tengok suami kamu tu.Asyik main dengan Affan je!"Aqiesh memandang Abang Zain.Anak?Belum sedialah bro~

"Dia memang suka Affan.Sebab tu lah dia selalu main dengan Affan!"Terang Aqiesh sambil melihat Riefqi mengangkat barang-barang kedalam bonet kereta.

Abang Zain menggeleng.Anak muda sekarang,nak kahwin tapi belum sedia nak ada anak~

"Aqiesh,jom lah!Nanti lambat pula sampai!"Ajak Riefqi sambil menghampiri Aqiesh.

"Ok!"Kata Aqiesh sepatah lalu bersalaman dengan Abang Zain dan Kak Fina.

Tangan dihulurkan kepada Mak Ngah,tetapi laju sahaja tangan Aqiesh ditepis.Aqiesh lansung tidak mempedulikan Mak Ngah yang menepis tangannya.Tangan Mak Ngah diraih laju,lalu menyalam tangan Mak Ngah.

"Jom!"Ajak Aqiesh apabila selesai 'sesi bersalaman'.

Laju sahaja kereta Audi milik Riefqi membelah jalan raya pulang kerumah.

Didalam kereta,Aqiesh hanya senyap memikirkan tentang Arieff ataupun abang sulungnya yang dia sendiri tidak tahu dimana.

"Fikir pasal apa tu?!"Soalan Riefqi menyedarkan Aqiesh dari dunianya sendiri.

"Pasal Along.Aku teringin sangat nak jumpa along.Aku nak rasa kasih sayang dia pula!"Jelas Aqiesh sayu apabila teringatkan alongnya yang entah dimana.

"Nanti kalau allah izinkan sayang jumpa dengan along,jumpa jugak.Cuma tak tahu,cepat atau lambat je!"Aqiesh mengangguk tanda faham apa yang dikatakan Riefqi.

Tidak lama selepas itu,Riefqi memandang sekilas wajah Aqiesh disebelahnya.Senyuman terukir dibibir milik Riefqi

"Tidur pula minah ni!Bukan nak teman aku drive.Nasib kau lah Riefqi,dapat isteri kuat tidur macam Aqiesh ni!"Monolog Riefqi sambil memandang kehadapan semula.

"Aduh!Nak kejutkan tak?Macam lena je dia tidur.Malas pula nak ganggu."Monolog Riefqi sendiri apabila sampai didepan rumah agam Datuk Zainal.

"Lagipun dah malam,nanti kalau aku kejut susah pula dia nak tidur balik!"Fikir Riefqi lagi sambil memandang Aqiesh.

Riefqi keluar dari kereta lalu membuka pintu kereta belah Aqiesh.

Badan Aqiesh dicempung berhati-hati.Takut Aqiesh terjaga.

Aqiesh diletakkan diatas katil berhati-hati.Tudung bawal dikepala ditanggalkan oleh Riefqi.

Kemudian Riefqi turun balik kebawah untuk mengambil barang-barang.Selepas selesai mengemas barang,Riefqi terus masuk kedalam bilik air untuk mebersihkan badan yang melekit akibat lama memandu.

"Kesian kau.Macam-macam hal datang pada kau.Aku janji aku akan ada dengan kau selalu untuk bagi kau semangat."Monolog Riefqi sambil memandang wajah tenang Aqiesh yang lena dibuai mimpi.

"Ada jugak perempuan perangai macam Ina tu kan?Aku tak tahu apa yang perlu aku buat kalau aku ada dekat posisi along kau!"Monolog Riefqi lagi sambil memikirkan tentang Arieff.

Fikir punya fikir,mata Riefqi pun sudah berat untuk dibuka.Dia merangkul pinggang Aqiesh yang lena dibuai mimpi.Lalu dia tertidur dengan memeluk Aqiesh.

"Woi!Kau dah buat belum apa yang aku suruh buat tu?"Marah Hariess apabila Liya tidak melakukan kerja yang disuruh Hariess.

"Kau boleh sabar tak?Kalau kau nak cepat sangat,kau buatlah sendiri!"Tengking Liya.Hariess menjeling mata Liya.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now