Bab 6

29.3K 1K 11
                                    

"Kamu berdua ni meniru ke apa?Saya dah cakap.Jangan meniru!!"Perghh,suara prof Zila macam harimau .Takut aku.

"Err,kitorang tak meniru prof."Jelas Aqiesh.

Riefqi yang disebelahnya hanya diam lalu menjeling tajam ke arah Aqiesh.

"Tak meniru macam mana awak cakap?Kalau assigment kamu berdua nak dekat sama?Idea pun lebih kurang je."Tanya Prof Zila lagi.

"Aqiesh yang meniru saya.Saya dah siapkan awal dari dia."Kata Riefqi kepada prof Zila.

"Apa aku pula?Kau lah."Time prof jadi singa jugaklah mereka bergaduh.

"Dah2.Saya dah bagi amaran dulu,sesiapa yang meniru akan dapat KOSONG."Perkataan kosong itu sengaja ditekan kan oleh Prof Zila.

"So,macam tu lah korang.Saya harap lepas ni jangan ada antara kamu berdua yang meniru atau mencuri idea kawan.Faham?!!"Kata Prof Zila tegas.

Aqiesh dan Riefqi hanya mengangguk lalu berlalu apabila Prof Zila membenarkan mereka beredar.
*********
"Kau ni macam tak ada idea lain je.Aku tengok kau ni bijak tapi apasal tak boleh fikir sendiri."Marah Riefqi.

"Wei,aku tak tiru kau pun lah.Mana aku tahu assigment kita lebih kurang sama."Jelas Aqiesh.Aqiesh juga tidak tahu mengapa boleh jadi macam ni.

"Dah lah kau.Malas aku melayan kau.Bla ar kau!!"Marah Riefqi lagi lalu berlalu meninggalkan Aqiesh yang terpinga-pinga dimarah Riefqi.

"Liya!!"Nama yang muncul apabila dia memikirkan masalah assigment nya itu.
*******
"Weh,aku tahu ni semua idea jahat kau kan?Kau bagi aku idea Riefqi kan?"Aqiesh terus menyerang Liya yang dari tadi sedap berbual dengan kawannya.

"Kalau aku cakap ya?Kau nak buat apa?"Tanya Liya dengan senyuman yang sinis.

"Kau ni memang lah.Kenapa kau cemburu sangat dengan aku?"Kata Aqiesh tegas.

"Aqiesh,sabarlah.Mengucap Aqiesh."Pesan Erryn untuk menenangkan kawannya.

Kata-kata Aqiesh dibiar sepi.Liya terus berlalu meninggalkan Aqiesh yang dalam keadaan marah.
*******
"Weh,aku minta maaf pasal assigment kau.Aku betul-betul minta maaf."Kata Aqiesh sayu kepada Riefqi yang dari tadi makan.

"Bla lah kau punya maaf.Aku punya assigment dah dapat kosong baru kau nak minta maaf."Kata Riefqi tanpa memandang sedikit pun wajah Aqiesh.

"Bukan kau punya sorang je dapat kosong.Aku pun sama lah."Kata Aqiesh sedikit tegas.

"Jom lah Farhan.Aku tak ada selera nak makan."Marah betul Riefqi dekat Aqiesh.Bukan senang nak dapat idea buat assigment tu.

"Riefqi!!"Jerit Aqiesh memanggil Riefqi.Tapi Riefqi tidak mengendahkan Aqiesh.

"Ishh,ni semua pasal Liya!!"Kata Aqiesh seperti meluahkan perasaannya ke Erryn.

"Sabarlah wei.Lain kali kau jangan percaya dengan Liya tu."Nasihat Erryn.Kesian pula dia melihat sahabatnya macam ini.
******
Selepas habis kelas,Aqiesh terus balik ke rumah lalu merehatkan diri di atas katilnya yang empuk.Tiada mood hendak pergi kemana-mana selepas apa yang berlaku hari ini.

"Nak call ke tak nak?Call ke tak nak?Call ke tak nak?"Pening Aqiesh memikirkan.

"Call je lah."Pantas sahaja jari-jari Aqiesh menari diatas skrin telefonnya untuk mendail nombor Riefqi.

"Kau nak apa call aku?Tak ada kerja ke?"Kata Riefqi dingin.

"Aku nak minta maaf.Maafkan lah aku Riefqi."Merayu Aqiesh meminta maaf.

"Hmm"Sedikit sahaja yang dibalas oleh Riefqi.

"Hmm je kau balas?Kau marah dekat aku lagi kan?"Tanya Aqiesh.

"Aku dah maafkan kau lah nenek."Kata Riefqi panjang.

"Hahaha thanks,sayang kau!!"Jerit Aqiesh.

Riefqi yang mendengar Aqiesh menjerit seperti itu dihujung talian terus tersenyum.

"Eh,sayang sebagai MUSUH je."Perkataan musuh itu sengaja dipanjangkan oleh Aqiesh.

"Ye lah tu.Padahal betul-betul sayang aku an?Sweet juga kau nie kan?"Usik Riefqi sambil tersenyum.

"Hmmm,k bye.Ibu dah panggil."Tipu Aqiesh.Sengaja melarikan diri dari soalan luar biasa itu.

Terus dimatikan panggilan itu oleh Aqiesh.Lalu dia melelapkan matanya,penat dengan apa yang berlaku hari ini.

"Eh minah ni.Dia tutup macam tu je?"Kata Riefqi sambil meletakkan iphonenya disebelah bantal nya.
******
Sorry kalau bab ni mengarut sikit.And sorry kalau ada typo ata salah tatabahasa.Jangan lupa vote k?~

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now