Bab 57

22.8K 741 4
                                    

Pagi-pagi lagi Aqiesh sudah bangun.Riefqi masih lagi tidur.Aqiesh membersihkan badannya dahulu lalu mengejutkan Riefqi yang masih lagi nyenyak dibuai mimpi.

"Bie,bangunlah!Nanti terlepas flight!"Aqiesh mengoncang sedikit badan Riefqi.Riefqi hanya membalas sedikit sahaja lalu memejamkan matanya kembali!

"Ishhh!Lantak awaklah.Duduk sini sorang-sorang!"Baru sahaja Aqiesh mahu bangun.Riefqi menarik Aqiesh jatuh kedalam dakapan Riefqi.

Aqiesh hanya mengeluh panjang sambil meronta-ronta.

"Muhd Adam Riefqi Bin Datuk Zainal!!Kenapalah susah sangat nak bangun!"Jerit Aqieash kuat ditelinga Riefqi.Riefqi menggosok-gosok telinganya apabila gegendang telinganya seperti mahu pecah mendengar Aqiesh menjerit!

"Sayang ni kan!!Cuba kejutkan Bie elok-elok.Ni tak,kejut orang macam tarzan!"Keluh Riefqi panjang lebar.Lalu dia terus masuk kedalam bilik air.

Selepas selesai sarapan,Aqiesh dan Riefqi terlebih dahulu ke lapangan terbang Incheon.Tepat pukul 10:00 a.m,flight ke Malaysia akan berlepas.Sekarang baru pukul 9:30 a.m.Sengaja Aqiesh dan Riefqi bertolak awal.

"Aduh!Mana pula along ni!!Kata nak balik Malaysia sama-sama!"Keluh Aqiesh panjang lebar.Riefqi tergelak kecil melihat isterinya yang dari tadi membebel.

"Cuba bersabar.Nanti sampailah tu!"Sampuk satu suara garau dari belakang.Dan pastinya bukan suara Riefqi.

Aqiesh mencebik apabila mendengar suara yang menyampuk tadi.

"aishh along ni!Along duduk terus Malaysia kan?!"Teka Aqiesh.Arieff hanya mengangguk sambil tersenyum.

Tepat pukul 10:00 a.m,flight yang membawa Aqiesh,Riefqi dan Arieff berlepas dari lapangan terbang Incheon.Didalam flight,Aqiesh tersengguk-sengguk menahan mengantuk.Gila tak mengantuk kalau penerbangan itu mengambil masa 8 jam.

"Sayang tidurlah dulu.Nanti kalau dah sampai,Bie kejutkan!"Arah Riefqi sambil melentukkan kepala Aqiesh dibahunya.

"Lagi satu,jangan lupa bawak Bie sekali dalam mimpi tu!"Sempat lagi Riefqi bergurau.Aqiesh hanya tersenyum sahaja.

"Sayang,bangun cepat!"Kejut Riefqi lembut apabila kapal terbang itu hendak mendarat.

"Aduh!Sampai pun.Penatnya!"Keluh Aqiesh sedikit.Riefqi hanya tergelak kecil.

Arieff memerhatikan suasana di lapangan terbang KLIA ini.Mukanya semakin gelisah.Seperti takutkan sesuatu.

Tangan Arieff dipegang Aqiesh.Dia tahu abangnya tak kuat hendak berjumpa dengan Pn.Arni.

Arieff memandang wajah Aqiesh disebelahnya yang memegang tangannya.Arieff tersenyum.Hilang sedikit rasa gelisah dihati.

"Abang jangan risaulah.Adik yakin yang abang boleh!Abangkan dah janji dengan adik yang abang akan gantikan tempat arwah ayah!"Aqiesh menjengketkan kakinya sedikit supaya sama tinggi dengan Arieff lalu berbisik.

Arieff mengangguk tanda dia sudah yakin.Aqiesh dan Riefqi tersenyum.

Sampai sahaja dihadapan rumah Pn.Arni,muka Arieff sekali lagi berubah.Ditarik panjang nafas panjang sebelum melangkah masuk kedalam rumah Pn.Arni.

"Assalamualaikum!"Arieff terlebih dahulu memberi salam.Begitu juga dengan Aqiesh dan Riefqi.

"Waa..laikumussalam!"Tergagap Azriel menjawab salam apabila melihat abang sulungnya dihadapannya.

Azriel memandang Aqiesh yang dari tadi senyap.Lalu dia memandang Riefqi disebelah Aqiesh.

Azriel berdiri senyap.Seperti mimpi!Dengan tiba-tiba Arieff sudah ada didepan matanya dan ditambah pula dengan Riefqi yang ada disebelah Aqiesh.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now