Bab 28

22.4K 853 17
                                    

Aqiesh yang ralik menonton drama koreanya terus bergegas naik ke atas apabila perutnya berasa sakit.Handphonenya ditinggalkan di atas meja diruang tamu.

Tidak lama selepas Aqiesh naik ke atas.Handphone nya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.Liya yang kebetulan lalu disitu terus mengambil handphone Aqiesh.Syaz hanya melihat sahaja apa yang dilakukan oleh Liya.Liya cepat-cepat meletakkan handphone Aqiesh apabila dia sudah melakukan kerjanya dan berlalu dari ruang tamu itu.

Sekali lagi handphone Aqiesh berbunyi menandakan mesej masuk.Dan kali ini,Riefqi pula yang ada di ruang tamu itu.

Riefqi membuka aplikasi whatsapp Aqiesh.Hariess?

Riefqi cepat-cepat membuka mesej whatsapp dari Hariess.Hatinya seperti ditikam apabila membaca mesej-mesej Hariess dan Aqiesh.

Riefqi terus membawa handphone Aqiesh naik ke biliknya.Liya hanya tersenyum jahat apabila kerjanya berjaya dilakukan.

Aqiesh yang baru sahaja keluar dari bilik air itu pelik dengan muka Riefqi yang bengis itu.

"Kenapa kau pegang phone aku?"Aqiesh cuba mengambil handphonenya ditangan Riefqi.Tetapi gagal.Riefqi hanya tersenyum sinis.

"Kenapa?Kau takut rahsia kau terbongkar ke?!"Kata Riefqi dengan sinis sambil mengawal kemarahannya.Rahsia apa?!

"Apa kau cakap ni?Rahsia apa?Aku tak faham lah!"Aqiesh sendiri tidak tahu apa maksud sebenar Riefqi.Rahsia apa yang aku sorok?

"Hahaha.Pandai kau berlakon Aqiesh.Kau nak tahu rahsia apa?!"Tanya Riefqi sinis.Aqiesh hanya mengangguk kecil.

"Rahsia yang kau ada scandal dengan Hariess!Sampai hati kau tipu aku selama ni kan?!"Tengking Riefqi.Kali ini dia sudah tidak dapat menahan marahnya.Aqiesh terkejut dengan kata-kata Riefqi.Scandal?Aku sedar dengan status aku sekarang ni!

"Kau ada bukti ke yang aku dengan Hariess tu scandal?Kau kalau tak ada bukti kau jangan lah main tuduh-tuduh!"Marah Aqiesh.Dia sedikit kecewa apabila suaminya menuduhnya seperti itu.

"Bukti?Ni apa?!"Kata Riefqi tegas sambil menunjukkan mesej dari Hariess.

Hai Aqiesh.Lama tak lepak-lepak dengan kau.Rindu pula dekat kau!-Hariess

Aku pun rindu kau.Rindu gila.Kalau sehari tak jumpa kau,aku boleh gila kau tau?-Aqiesh.

Tapi Riefqi...Dia kan suami kau.Mesti kau cintakan dia!-Hariess.

Riefqi?Lantaklah dia tu.Aku lebih sayangkan kau dari dia.I Love You-Aqiesh.

I love You too-Hariess.

Aqiesh membaca mesej yang terpapar di skrin handphonenya.Aqiesh seperti tidak percaya.

"Weh,aku tak buat semua tu.Tu semua tipu lah.!Kata Aqiesh sambil memegang lengan Riefqi tetapi Riefqi terus meretap kasar tangannya.

"Kau kata kau tak buat?Bukti dah ada depan mata lah wei.Aku menyesal percaya dengan kau!"Setitis demi setitis air mata Aqiesh membasahi pipinya.

"Percayalah cakap aku.Aku tak buat lah.Tu semua fitnah lah!!"Kali ini suara Aqiesh sedikit kuat.Bukan dia hendak melawan,tetapi dia cuma untuk sedarkan Riefqi yang tertipu dengan mesej itu.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now