Bab 64

20.1K 722 20
                                    

Sudah 2 hari Aqiesh diculik oleh Hariess.Dan selama 2 harilah Riefqi tidak berputus asa untuk mencari isterinya.Kereta Audi yang dipandu oleh Riefqi laju sahaja ketaman yang berhampiran dengan rumahnya.Dengan tiba-tiba dia memberhentikan keretanya apabila melihat kereta Myvi Aqiesh.Riefqi mendekati kereta Aqiesh lalu melihat kedalam.Kosong!Beg tangan Aqiesh diambil lalu dia masuk kedalam keretanya semula.Iphone Aqiesh didalam beg tangannya diambil.Riefqi membuka satu-satu mesej whatsapp Aqiesh.Dengan tiba-tiba jari Riefqi berhenti dinama 'Hariess'.Riefqi meraup mukanya apabila melihat mesej dari Hariess.Laju sahaja kereta Audinya membelah jalan kerumah ibu mertuanya.

"So kau syak Hariess ni yang culik Aqiesh?!"Tanya Arieff apabila Riefqi sampai sahaja dan menunjukkan mesej dari iphone Aqiesh.Riefqi mengangguk.

"Ok,kalau macamtu nanti aku suruh kawan-kawan aku perhatikan dia."Kata Arieff.Riefqi sekali lagi mengangguk lemah.

"Kau rehatlah dulu.Along tengok kau ni macam tak sihat je.Nanti kalau dah dapat informasi apa-apa pasal Aqiesh,aku inform kat kau!"Kata Arieff panjang lebar.

"Macam mana aku nak berehat kalau aku tak tahu isteri dengan anak yang ada dalam perut dia tu ok atau tak!"Kata Riefqi sayu.Arieff menepuk lembut bahu Riefqi memberikan semangat.

Riefqi mengatur langkah kebilik isterinya diatas.Pintu dikuak dengan lemah.Dilihatnya sekeliling bilik itu.Gambarnya bersama dengan Aqiesh diatas meja belajar Aqiesh diambil.Riefqi memegang lembut wajah Aqiesh didalam gambar itu.Kemudian dia mengatur langkah kebilik air lalu mengambil wuduk.

"Ya allah,Aku sedar aku hanya seorang hamba yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa.Kepada kau sahajalah aku meminta dan meluahkan segalanya.Aku bermohon kepadamu.Kau selamatkanlah isteri dan anak ku.Kau lindungilah mereka dari perkara yang buruk.Kau perliharalah masjidku dengan isteriku hingga ke jannah.Kau berilah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaanmu.Amin!"Riefqi berdoa selepas selesai sembahyang Zohor.Selepas itu,kunci keretanya kembali diambil lalu laju sahaja keretanya meluncur membelah jalan.

Hariess yang merasakan dirinya seperti diekori terus memecut laju keretanya ketempat lain.Apabila kereta yang mengekorinya tidak ada lagi,laju sahaja keretanya kembali dimana tempat Aqiesh disorokkan.Hariess yang mendengar Aqiesh muntah-muntah terus masuk kedalam bilik dimana Aqiesh diletakkan.Pintu dikunci supaya menghalang Aqiesh daripada lari.

"Kau ok tak ni?!"Tanya Hariess cemas sambil mendekati Aqiesh didalam bilik air.

"Kau rasa aku ok ke?Kau rasa aku ok ke dengan kau?Tak kan?!"Balas Aqiesh dingin.Hariess melemparkan pandangannya ketempat lain.

Terus sahaja Aqiesh keluar dari bilik air.Hariess juga mengekori Aqiesh keluar dari bilik air itu.

"Ok!Aku minta maaf sebab buat kau macam ini.Aku buat benda ini semua sebab aku nak bahagiakan hati aku sendiri walaupun aku tahu ianya hanya seketika!"Kata Hariess panjang lebar.Aqiesh memandang Hariess dengan perasaan benci!

"Bahagiakan hati kau?Kau tak fikir hati aku?Kau tak fikir aku menderita sebab kau buat aku macam ini?Kau culik aku lepastu boleh pula kau kata bahagiakan hati kau.Ouh!Kau nak bahagiakan diri kau seorang je?Macam tu?!"Balas Aqiesh dingin ditambah dengan senyuman sinis.Hariess menggeleng.

"Bukan macamtu maksud aku.Nanti kau akan tahu sendiri!"Kata Hariess sedikit perlahan.

Aqiesh yang merasakan tekaknya seperti mahu mengeluarkan sesuatu disingki terus berlari .Hariess yang risau terus menjenguk Aqiesh.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now