Chapter 19

1K 74 2
                                    

"Jun?"

Jun merenung wajah Papa. Sayu saja wajah lelaki berumur lingkungan 50-an itu. "Ye?"

" Sebenarnya , Papa ni Papa kandung kamu" Papa merenung tepat anak mata Jun.

"Apa?!! Are you kidding?" Jun bangkit dari duduknya . "Ni semua bohongkan?!!" Suara Jun sudah meninggi.

"Tunggu , biar Papa explain dulu" Papa menghampiri Jun yang cuba menjauhkan dirinya daripada Papa.

"Nak explain apa lagi ! Kalau Papa ni Papa kandung Jun apa bukti Papa"

"Heechul , Minghao" Papa memanggil nama dua orang lelaki.

Heechul dan Minghao menghampiri Papa.

"Mereka adalah adik beradik kamu. Kamu tengok rantai di leher mereka, sama macam kamukan ? Cuma huruf yang membuatkan ianya nampak berbeza" terang Papa.

Jun melihat Heechul dan Minghao. Heechul mempunyai wajah yang hampir seiras dengan Jun kerana wajah Heechul ikut Mama mungkin Jun juga manakala Minghao sedikit berbeza kerana ikut wajah Papa. Jun terkedu.

"Jun , duduk dulu. Biar Papa explain kepada kamu bertiga" Papa melabuhkan punggung di atas kerusi diikuti ketiga-tiga anak lelakinya.

Jun masih lagi memandang Heechul dan Minghao. Terkejut melihat kehadiran dua orang lelaki yang dikatakan adik-beradik kandungnya. Kemudian matanya beralih kepada Papa pula.

"Jun, kamu tu anak kandung Papa. Ada sebab kenapa Papa buat begini" Papa menarik nafas sebelum sambung berbicara. "Kawan Papa iaitu Papa angkat kamu , isteri dia melahirkan anak tapi anaknya tidak dapat diselamatkan. Kebetulan, hari itu juga Jun dan Heechul lahir"

"Kejap" Jun menghentikan bicara Papa "Maknanya Jun dengan Heechul ni kembar?" Jun memandang Heechul dan kemudian Papa.

"Yes. Tapi Papa angkat kamu merayu pada Papa hendak menjadikan kamu anak mereka bagi mengurangkan derita isterinya" cerita Papa lagi.

"Tapi kenapa Halmeoni tak pernah cerita dekat Jun?" Soal Jun. Sudah bertahun Mama dan Papa angkatnya meninggal , tapi Halmeoni langsung tidak pernah cerita pada dia.

"Dia nak Papa sendiri yang bagitahu. Mujurlah Papa ternampak Dahyun memakai rantai kamu masa di Jeju. Kalau tak, memang Papa tidak tahu macam mana hendak berjumpa dengan kamu"

"Jun, maafkanlah Papa. Aku tahu kau tak dapat nak terima kan?" Celah Heechul.

Jun memandang Heechul. Wajah Jun sudah kembali tenang. Kemudian , Jun bangkit dari duduknya. Jun menghampiri Papa yang turut berdiri.

"Maafkan Papa"

Jun memberi pelukan kepada Papa "Papa tak salah. Yang penting Papa masih ingatkan Jun"

Papa membalas pelukan Jun. Heechul dan Minghao menyertai mereka berpelukan.

"Lama pula Papa dengan Jun ni"

Nayeon melihat sekeliling , "Ha itu pun mereka"

"Sape dua orang laki yang belakang Papa tu?" Soal ku hairan.

"tu anak Papa" jawab Nayeon.

"Oh. Yelah aku tak pernah jumpa diorng lagi"

"Maaflah buat kamu semua lama menunggu. Sebenarnya ada benda Papa nak bagitahu kamu bertiga ni"

Aku dan Nayeon berpandangan manakala Wonwoo memandang wajah Papa mertuanya itu.

"Sebenarnya, Jun anak kandung Papa" Papa tersenyum lebar.

L.O.V.E ?Where stories live. Discover now