Chapter 1

2.5K 131 5
                                    

"OMMA !!"

Terus sahaja aku berlari mendapatkan Omma yang sedang sediakan sarapan di dapur.

"Eh, ada ape ni Dahyun? Macam nampak hantu je?" Soal Omma lalu meletakkan makanan di atas meja. Hairan dia melihat aku.

"Omma ni !" Aku menghulurkan surat kemasukan University yang baru aku terima sebentar tadi. Dengan penuh sabar aku menanti reaksi Omma.

Omma meneliti surat yang diambil daripada tangan aku. Senyum sudah terukir dibibir omma. Omma memeluk aku dengan erat "Tahniah sayang". Kucupan hangat hinggap di pipi kiri dan kanan aku.

"Gomawo Omma" aku membalas pelukan omma. "Omma, kalau appa ade mesti seronok kan?" Pelukan aku dileraikan.

Omma meletakkan tangan di kiri kanan bahu ku. Senyuman terukir dibibirnya. Aku sedar mata Omma sudah mula berair "Appa kamu gembira di sana. Omma pasti".

Aku menyeka air mata Omma menggunakan ibu jari aku. Aku hadiahkan senyuman buat Omma "Omma , jom makan lapar la" tangan kuletakkan di perut tanda aku sudah lapar. Mulut ku muncungkan sedikit. Maklum la aku anak tunggal. Akulah satu-satunya anak yang Omma ada.

"jom kita makan"

Aku mengambil tempat di meja makan. Segala gerak geri Omma aku perhatikan. Aku bersyukur kerana mempunyai Omma yang betul-betul sayangkan aku.

"Dahyun tadi halmeoni kamu telefon. Dia minta kita pergi rumah dia" kata Omma lalu melangkah masuk ke dalam bilik ku ini. Omma duduk di birai katil sambil memerhati aku yang asyik dengan menonton video di YouTube.

"Bila halmeoni suruh datang?" Soal ku. Mata masih lagi melekat memandang screen laptop.

"Petang ni. Dia ajak makan malam dekat sana" Omma bangun dari duduknya dan mendekati aku.

Baru aku perasan di tangan Omma ada sebuah kotak besar. Seperti kotak hadiah. "Kotak apa tu?"

Omma menghulurkannya kepada aku. "Tadi orang suruhan halmeoni kamu hantar"

Aku mengambil kotak tersebut dari tangan Omma.Aku buka kotak tersebut dan melihat isi dalamnya. Sehelai dress berwarna merah. Aku keluarkan dress tersebut dari dalam kotak. "Omma cantiknyaa!!"

"Halmeoni kamu tu kan kalau bab fesyen memang top " Omma mengangkat ibu jarinya.

"Omma pun sama tahu" aku ketawa kecil. Kemudian aku bangun dan berjalan ke arah cermin yang terletak di sudut bilik. Aku memadankan dress di badan ku.

"Cepat siap, dah pukul 4. Nanti pukul 5 kita gerak" pesan Omma lalu keluar dari bilik aku.

Dengan pantas aku mencapai tuala yang aku sidai ditempat penyidai dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

"Okay cantik" setelah selesai mengenakan lipstick dibibir aku mencapai handbag yang telah aku sediakan di atas katil. Kemudian kaki ku beralih pula ke almari pakaian, aku mencapai coat yang panjangnya hingga paras lutut. Aku sarungkan coat itu ditubuhku. Cuaca agak sejuk diluar, kerana sekarang merupakan musim luruh. Aku pun mengatur langkah keluar dari bilik. Aku lihat Omma juga sudah siap berpakaian cantik. "My Queen jom" senyuman manis ku berikan buat Omma.

"Jom" Omma mencapai kunci kereta di atas meja. Omma berjalan menuju ke pintu utama rumah kami. Apartment ini lah tempat aku berteduh dari kecil hingga sekarang. Walaupun Omma dari keluarga bangsawan , tapi Omma tetap juga pilih untuk hidup bersederhana. "My princess , termenung apa tu? Kita dah lewat ni"

"Ye,Omma" aku menyarungkan kasut tumit tinggi berwarna hitam di kaki.

- Bersambung

L.O.V.E ?Where stories live. Discover now