Chapter 8

1K 89 0
                                    

"Sedap juga cucu halmeoni masak" puji halmeoni.

"Biasa-biasa je halmeoni" aku tersenyum kelat.

"Untung kamu Jun,hari-hari dapat makan masakan sedap macam ni" mata halmeoni kini tertumpu pada Jun.

Jun yang sibuk membantu aku mengemas meja makan, tersenyum tawar pada halmeoni. "Halmeoni dengan Omma duduk dulu dekat ruang tamu ".

"tidurlah sini. Hari pun dah lewat ni" pelawa aku.

Tiba-tiba sahaja Jun menjeling tajam pada aku. Alamak aku ada salah cakap ke? Tanpa menghiraukan jelingan maut Jun aku terus melangkah ke dapur dengan pinggan kotor.

"Tak apalah, lagi pun esok halmeoni ada hal. Nak kene cepat keluar dari rumah" kata halmeoni.

Suaranya masih lagi kedengaran walaupun aku berada di dapur. Jarak ruang makan dengan dapur bukan jauh pun.

"Oh iya ka. Tak mengapalah. Mungkin lain kali tidur la sini" aku masih lagi tidak putus asa mengajak Omma dan halmeoni tidur sini. Tangan tengah membasuh pinggan tiba-tiba satu piring kecil terlepas dari pegangan aku.

Prangggg !!

Halmeoni , Omma dan Jun pantas berlari ke dapur.

"Dahyun, kenapa ni ?" Soal Omma.

"Tak ada apalah, tadi tangan licin tiba-tiba terlepas dari tangan" balas aku. Tangan turut sibuk mengutip serpihan kaca diatas lantai.

"Ouch"

Jun dengan berhati-hati melangkah dari serpihan kaca dan mendapatkan aku "Bangun-bangun, basuh dengan air lalu"

Aku berdiri dengan dibantu oleh Jun. Aku membasuh luka bagi mengurangkan darah.

"Dahyun , Dahyun " Omma menggelengkan kepala lalu mengambil penyampu untuk menyapu serpihan kaca.

"Jangan guna tangan, gunalah penyapu. Kan dah luka tangan tu" tegur halmeoni.

"Dah jom pergi balut luka ni" Jun menarik lengan aku untuk dibawa ke bilik.

Aku hanya mengikut langkahnya sahaja. Degupan jantung aku semakin kencang. Care  juga dia dekat aku. Aku tersenyum.

"Duduk atas katil tu" arah Jun.

Aku pun duduk di birai katil atas arahan Jun. Jun keluar dari bilik. Selang beberapa minit kemudian , dia masuk kembali dengan membawa first aid. Jun duduk dihadapan aku.

"Ala , Jun luka ni kecil je. Tak payah la letak ubat"

"Diam je. Kalau tak letak , nanti kuman merebak dalam badan kau" kata Jun.

Jun mengeluarkan ubat luka dan kapas untuk disapukan pada luka aku. Setelah selesai, Jun mengambil plaster dan membalut luka aku. " Plaster ni kena selalu tukar, jangan dipakai sepanjang masa"

Aku sekadar menganggukkan kepala. Aku merenung Jun seketika. Tiba-tiba Jun juga memandang aku , mata kami bertaut seketika sebelum aku mengalihkan pandangan ke luar.

"Dah la, halmeoni dengan Omma tunggu kat luar tu" Jun bangun. First aid diletakkan di atas meja solek. Dan Jun melangkah keluar bilik. Aku mengekori Jun.

" Dahyun okay? " soal halmeoni. Nampak dari segi riak wajahnya yang sedang risau.

"Dahyun okay je. Luka kecil je ni" aku tersenyum untuk membuatkan halmeoni tenang.

Halmeoni turut tersenyum. Muka sudah kembali ceria.

"Omma Jom, dah pukul 10 malam ni" kata Omma kepada halmeoni.

"Oh ye lah. Jom kita balik" halmeoni memandang aku dan Jun. "Halmeoni balik dulu ya. Ada masa lagi kami datang"

Halmeoni memeluk aku dan Jun. Omma turut berbuat demikian. Omma mencium pipi aku. Selepas berpelukan , halmeoni dan Omma menuju ke pintu. Aku dan Jun mengekori mereka berdua.

"Hati-hati" kata Jun.

"Baiklah selamat malam" Omma tersenyum. Lalu melangkah keluar diikuti halmeoni.

Fuhh malam yang panjang, aku mengatur langkah menuju ke bilik. Jun mengekori langkah aku. Aku berhenti secara mengejut dan menoleh ke belakang. Tanpa Jun sedari dia terlanggar aku, ha apalagi jatuh la. Aku terbaring dan Jun di atas aku. Jun sempat menahan tangannya diatas lantai sebelum mukanya terkena muka aku. Mata kami bertentangan. Lama. OMG ! Jantung aku berdegup kencang. Apakah perasan ini? Adakah ini L.O.V.E ?

"Jun?" Akhirnya aku bersuara.

Jun tersedar daripada lamunan. Entah apa yang fikir. Jun segera berdiri. Aku yang kaku dari tadi pun turut berdiri.

"Kau ni kenapa ? Apasal stop tiba-tiba? " marah Jun.

"Sorry la. Saya just nak cakap terima kasih sebab tolong cuci luka ni" aku menunjukkan jari telunjuk yang berbalut plaster kepada Jun.

"Itu je? Hmmm okaylah" kata Jun. Lalu dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Kejap marah. Kejap okay" gumam aku seorang diri. Aku pun melangkah masuk ke dalam bilik. Penat sangat hari ini. So nak rehat puas-puas.

-bersambung

L.O.V.E ?Where stories live. Discover now