Chapter 9

1K 95 2
                                    

Aku mengelap muka dengan kain kecil. Bathrobe sudah aku pakai setelah selesai mandi tadi. Aku memulas tombol dan melangkah keluar bilik mandi. Tiba-tiba aku ternampak seseorang di almari pakaian.

"Aaaahhhhh"

Terjerit aku apabila melihat Jun didalam bilik aku.

"Shhhh" Jun meletakkan jari telunjuk pada mulutnya. "Yang kau menjerit kenapa?"

"Awak buat apa dalam bilik saya?"

"Ambil baju aku la" Jun mengambil semua bajunya dan keluar dari dalam bilik.

"Macam la nanti tak boleh ambil" dengan segera aku menuju ke pintu dan menguncinya.

"Jun nanti awak balik lambat ke?" Soal aku. Aku mengekori Jun ke muka pintu.

"Aku balik malam. Ada hal sikit dengan kawan" kata Jun lalu memulas tombol pintu.

"Jangan lewat sangat" aku tersenyum kelat.

Jun memandang aku dengan muka yang serius lalu melangkah keluar.

"Bukan nak cakap goodbye ke , kiss aku ke. Terus keluar je" aku membebel seorang diri dan menuju ke ruang tamu. Nampaknya hari ini aku dekat rumah sajalah. Menonton tv , makan dan tidur. Okay, bosan !

8.00 malam

"Hujan lebatlah pulak" aku menutup television. Langsir pintu balkoni aku tutupkan. Kilat sambar menyambar.

"OMMA !!" kedua belah tangan aku menutup telinga. Jantung degup kencang. Kilat ni merupakan kelemahan aku

Tap!

dan gelap ni jugak.

"Aaaahhhhh" aku duduk tersandar pada pintu kaca balkoni yang sudah ditutup dengan langsir. Aku memeluk kaki aku.

"Omma..... Dahyun takut" air mata aku mengalir deras. Kilat terus-terusan menyambar. Badan aku menggigil bukan kerana bermain hujan tapi terlalu takut dengan gelap tambah pula dengan kilat.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu terbuka dan aku mengagak Jun sudah pulang. Cahaya lampu dari telefon bimbit menerangi kawasan pintu. Susuk tubuh Jun sudah kelihatan.

"Dahyun?"

Aku tidak menyahut. Jun tercari-cari kelibat aku. Esak tangis aku semakin kuat sebagai 'hint' untuk Jun mencari aku.

"Dahyun?!!"

Jun menjumpai aku dan terus berlari ke arah aku.

"J-Jun" sebaik sahaja Jun berlutut dihadapan aku , terus sahaja aku menyambar tubuhnya untuk menjadi tempat aku hilangkan takut. Jun terduduk dan iPhone yang dipegangnya terlepas dari tangan. Pelukan aku semakin erat.

"Apsal bergelap ni?" Kata Jun lalu mengusap lembut kepala aku.

"Blackout" tangisan aku reda sedikit.

"Tunggu sini kejap, aku pergi check main switch"

Aku menarik lengan kemeja Jun "aku takut tinggal sorang-sorang"

"Tak apa, telefon bimbit aku ada sini. Kan terang sikit ni"

Aku melepaskan pelukan dan mengambil iPhone milik Jun. Mujurlah dia ada 2 telefon bimbit. Jun melangkah ke switch utama.

Aku melihat sekeliling. Badan masih lagi menggigil. Tiba-tiba kepala rasa sakit sangat, pandangan aku kabur. Aku dapat rasa badan aku mula mendarat di atas lantai diruang yang sedikit terang ini.

Gedebuk!

Lampu kembali menerangi kondo ini. Aku ternampak Jun berlari mendekati aku.

"Dahyun ! Dahyun !"

Dan semuanya menjadi gelap.

-bersambung

L.O.V.E ?Where stories live. Discover now