Ex Fatty Girl [Sehun . Shiyeon]

1.4K 136 12
                                    

BellaBella821, here your request. Btw,  betulkan tajuk yang awak bagi ni tentang budak perempuan gemuk? Hoho.. saya confues actually tapi try juga. Cakap ya kalau salah. Sebab saya check meaning tajuk awak and result dia memang tentang budak perempuan yang gemuk. Maaf kalau salah...

Sehun menilik kad undangan yang diberi oleh abangnya, Luhan tadi. Dia melihat nama yang tertera di dalam kad tersebut.

"Jung Shiyeon? Macam.. pernah dengar nama ni..." Sehun menongkat dagu sambil memejamkan matanya. Kerusi kulit yang sentiasa menjadi tempat punggungnya berlabuh dipusing-pusing perlahan. Otaknya cuba untuk diputarkan sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu, dia masih lagi kanak-kanak...

"Sehun! Bantu saya!" Jerit seorang kanak-kanak kecil dalam lingkungan 7 hingga 9 tahun. Tubuhnya yang montel dan pipinya yang berisi membuatkan ramai yang geram akan kanak-kanak perempuan ini. Tetapi malangnya, tubuhnya yang montel itu selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. Lebih-lebih lagi pelajar lelaki yang suka bergurau terlebih batas dengannya.

"Shiyeon! Shiyeon awak okey?" Panggil Sehun yang baru sahaja pulang dari kedai. Tangannya ada dua kon aiskrim. Dia berlari mendapatkan Shiyeon yang terduduk di atas lopak air disebabkan tergelincir.

"Tak. Saya... terjatuh tadi. Lepas tu tak boleh nak bangun. Tolong..." pinta kanak-kanak comel ini seraya menghulurkan tangannya ke arah Sehun, minta bantuan untuk bangun.

"Sekejap." Sehun meletakkan dua kon ais krim tadi di dalam bakul basikalnya. Setelah itu, dihulurkan tangannya untuk Shiyeon. 

"Satu... dua... tiga..."

"Hiyakkk!!!"

PAK!!! 

"Aduhhh!" Sehun dan Shiyeon menjerit serentak apabila Sehun tidak dapat menarik kanak-kanak itu supaya bangun. Malah, Sehun pula yang terikut masuk ke dalam lopak air sekali. Habis mereka berdua kebasahan dan dalam masa yang sama, kotor juga.

"Sehunnie! Mianhae... mian. Habis baju awak kotor sebab saya..." Shiyeon monyok. Dia menunduk kerana rasa betul-betul bersalah. 

Sehun ketawa kecil. Bahu Shiyeon ditepuk perlahan.

"Gwenchanayo... kan sweet kalau kita sama-sama kotor, sama basah. Nampak comel. Kan?" Kata Sehun sambil tersenyum. Merah wajah Shiyeon mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Sehun itu. Mereka sememangnya berkawan rapat sejak kecil. Tetapi apabila ibu bapa Sehun terpaksa pindah ke London, mereka berpisah sewaktu usia menjangkau 17 tahun.

"Jaga diri, Sehun ah..." pesan Shiyeon yang entah buat kali yang ke berapa. Air matanya juga asyik bertakung. 

"Nae. Awak pun. Jangan lupa makan. Nanti saya balik, saya nak tengok awak comel macam ni juga, nae?" Ujar Sehun sambil mencubit perlahan pipi tembam Shiyeon. Perasaan sedih usah dikata. Sudah bertahun mereka berkawan, mustahillah tiada rasa lain selain kawan di hati Sehun meskipun bentuk tubuh Shiyeon tidaklah menjadi penarik matanya.

"Awak buat saya nangis." Shiyeon menekup wajahnya dengan tangan dan menangis. Sehun segera memeluk tubuh itu dan cuba menenangkan Shiyeon yang sudah teresak-esak di dadanya.

"Saya janji, saya balik. Tapi awak kena janji juga, tunggu saya. Okay?"

Shiyeon angguk. Pelukan dileraikan. Tiba-tiba, pengumuman bagi pelepasan kapal terbang ke London diumumkan. Mereka saling berpandangan.

"Jaga diri." Pesan Sehun lagi. Shiyeon angguk. "Awak pun. Jaga diri, ya?"

"Ya. Bye..." Sehun menarik bagasi besarnya sambil melambaikan tangan ke arah Shiyeon. Shiyeon membalas sementara tangan sebelah lagi menekup mulut. Cuba menahan esakkannya kedengaran. Semakin lama dia tidak dapat menahan perasaan. Hilang sahaja lambaian dan kelibat Sehun dari matanya, esakkannya bergema.

[COMPLETED] Kpop Imagine -REQUEST CLOSE-Where stories live. Discover now