Aku yang Aku

121 2 0
                                    

Aku adalah manusia yang tamak bila datangnya perihal kebahagiaan. Namun, kebanyakkannya gagal dan aku terus jadi manusia pemurah yang akan akhirnya mementingkan kebahagiaan manusia lainnya.

Tapi kali ini, aku tegas dengan prinsip tamak dalam kebahagiaan. Pertama kalinya dalam hidup, aku memilih untuk mementingkan diri sendiri. Mungkin tahun ini adalah tahun untuk lebih mengambil berat perihal diri sendiri dari manusia lain. Aku tinggalkan manusia yang tidak pernah cuba untuk berjalan seiring dengan aku, dan tidak akan sekali kali aku berpatah kembali semata untuk memimpin mereka, tidak sekali kali.

Aku akan terus berjalan dan jika sungguh aku adalah kebahagiaan buat kamu, lari dan pantas capai tangan aku untuk berjalan seiringan. Jika aku menawarkan sesuatu dan kamu menolak, aku tidak akan bertanya buat kali kedua atau tiga. Aku akan terus menutup mulut dan tawaran itu akan aku lupuskan buat kamu.

Aku akan melupakan tawaran tersebut dan andaikata kamu cuba mengungkit dan meminta peluang kedua, akan aku senyum tanpa kata. Maaf, peluang kedua adalah sesuatu yang berharga dan aku tidak akan sewenang wenangnya membazirkan peluang hanya untuk dikhianati sekali lagi.

Kali ini, aku akan buat apa saja untuk senyum aku. Bicara apa apa sahaja yang menyenangkan hati aku. Tinggalkan sahaja mereka yang tidak mahu bersama aku. Tahun ini adalah tahun dimana aku akan mencintai diri aku lebih dari segala galanya. Aku akan terus menerus memastikan yang utama dalam hidup seorang aku adalah aku.



WINSTONEWhere stories live. Discover now