Winston Merah dan Teh O Ais

445 8 0
                                    

Aku capai kunci rumah dan memastikan wallet dan rokok aku ada di poket. Dua benda yang paling penting dalam hidup aku selepas seluar dalam.

Tiba di mamak aku terus membuka aplikasi whatsapp dan membuka konversasi yang berada di ruang paling atas.

"You, i dah sampai."

Dan seperti kebiasaan, aku akan duduk di meja luar, membakar rokok sambil menunggu teh o ais yang dipesan sampai ke meja.

Teh o ais.

Entah kenapa minuman ini cukup sinonim bagi aku. Selain faktor duit yang sentiasa lari ke tangan orang lain, aku tak jumpa sebab kenapa teh o ais akan jadi minuman kebiasaan aku. Tak, teh o ais bukan lah air kegemaran aku. Air kegemaran aku mestilah air jus epal merah asli yang diperah dan diblenderkan oleh seorang yang bernama isteri di pagi hari sejurus sahaja aku ke meja makan untuk bersarapan pagi. Ahh, angan angan.

Aku kembali memandang skrin telefon. Masih tiada konversasi baru kecuali chat chat dari group group whatsapp yang takkan pernah berhenti. Apa benda entah orang orang lifeless ni bersembangl sampai drain battery aku walaupun aku tengah charge menggunakan powerbank. Oh patutlah, wayar usb aku tak bersambung. Cis.

Aku cuma mampu tersenyum nipis saat mamak menghantar teh o ais ke meja aku. Mungkin dia pelik melihat mamat berkening tebal duduk berseorangan tanpa seorang makwe di sisi.

Rokok dibakar lagi, batang yg keberapa entah. Separuh gelas sudah teh o ais aku sedut. Konversasi baru dari dia masih tak muncul.

Sedutan rokok yang terakhir dan aku ke kaunter menjelaskan bayaran.

Maaf aku tak suka menunggu.

WINSTONEDär berättelser lever. Upptäck nu